Dosa Jariyah LGBT+

23 2 0
                                    

Soalan:

Apakah hukum menulis tentang kisah berkaitan LGBT+ tetapi tidak sampai ke tahap seks dan sebagainya?

Jawapan:

Alhamdulillah,

Segala puji bagi Allah SWT penguasa langit dan bumi,

LGBT+ malas saya nak terangkan kerana ia adalah singkatan kepada Lesbian (songsang perempuan), Gay (songsang lelaki), Biseksual (suka kedua jantina) dan Transgender (penukaran ke jantina lainnya).

Sesungguhnya, semua perkara ini bertentangan dengan perkara fitrah (kebiasaan) dan aqli (akal).

Sejak dahulu lagi ada tentang benda ni,

Surah Al-A'raaf Ayat 80 hingga 85,

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".

Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.

Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Berbalik kepada konteks asal,

Sama ada;

1.Kandungannya teramat sedikit ataupun banyak,
2.Perlakuan LGBT+ teramat sedikit/sekejap/sebentar atau banyak/lama/berpanjangan,
3.Karakter atau watak yang mengajak ke komuniti LGBT+ meskipun tiada perlakuan zahir atau batin,
4.Dan semua di atas dan TIADA penghalang padanya (seperti 'maksiat' pengajaran)

Maka ia adalah HARAM dan BERDOSA!

Mengapa?

Kerana pertama kamu baru sahaja menggalakkan pemikiran melawan fitrah dan aqli.

Kedua, kamu menunjukkan keindahan dunia LGBT+. Kamu tidak tahu sesiapa yang membacanya mungkin merasakan LGBT+ itu indah. Dan kerananya jika ia terasa LGBT+ indah dan ingin dicuba, maka kamu baru sahaja berdosa meskipun kamu tidak tahu mengenainya.

Kerana kamu membuka laluan perkenalannya ke keindahan dunia LGBT+ yang sememangnya ditentang agama.

Senang sahaja konsep saya,

TAKNAK ORANG BUAT MAKSIAT, JANGAN BUKA LALUAN ORANG LAIN BUAT MAKSIAT

KESIMPULAN

Janganlah kita sesekali menulis cerita dengan unsur LGBT+ tanpa penghalang.

Adalah lebih baik langsung tidak terlibatkan komuniti LGBT+ dalam cerita anda.

Bimbang dalam pemikiran orang lain, ia adalah betul dan menyeronokkan.

Dan mengalirlah dosa jariyah pada anda.

Wallahualam

Coretan Tarbiah Demi Allah [ Q & A ]Where stories live. Discover now