Soalan:
Boleh ke kalau dalam tu ada unsur maksiat yang sedikit. Satu sketsa atau scene je...nisbah pada scene lain ialah 1:20 misalnya.
Jawapan:
Alhamdulillah,
Maksud dan erti maksiat dah diceritakan dalam penulisan sebelum ini.
Taknak terang panjang panjang kali ini, penat tangan kome nak menulisnya.
Surah Al-Zalzalah Ayat 8,
"Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
So, cukuplah ayat dari Surah Al-Zalzalah ni menerangkan, tentang kejahatan sekecil zarah pun akan ditimbang.
Tetapi tuan, tulisan itu bukannya untuk kejahatan?
Maksiat jahat tak?
Kalau ada orang curi barang saudara/saudari kauorang gelar apa?
Dermawan? Karyawan? Bangsawan?
Silap haribulan korang gelarnya syaitan.
Betul tak?
Mereka melakukan kejahatan. Skop kejahatan ni meluas dengan takrifannya ialah melakukan sesuatu sehingga memudaratkan orang lain atau diri sendiri dan persekitaran.
Kejahatan = maksiat
Full stop.
KESIMPULAN
Walau sekecil mana scene maksiat yang kauorang tulis tu, ia tetap dinilai di sisi Allah SWT.
Wallahualam
YOU ARE READING
Coretan Tarbiah Demi Allah [ Q & A ]
RandomDalam menulis ni kita tak sedar ada satu benda sedang masuk pada kita? Perkara ini yang penting bagi seorang mukmin, sama ada dahulu, kini dan selamanya. Mengapa? Kerana padanya terdapat satu metodologi dalam menentukan pengakhiran kita kelak. Itula...