Soalan:
Bolehkah seseorang penulis mengharamkan orang lain mengambil inspirasi dari karyanya?
Jawapan:
Sebelum itu, dalam Surah Ali Imran Ayat 189,
"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa tiap-tiap sesuatu"
Dalam konteks pemilikan di dalam dunia, tiada langsung manusia memiliki satu pun kawasan malah secubit tanah juga dikira bukan miliknya manusia.
Semua di dunia adalah pinjaman Allah SWT sebagai sementara kerana manusia ini hidupnya di dunia dan akhirat ialah persinggahan kekal abadinya.
Untuk menjawab soalan di atas, jawapannya ialah boleh diharamkan karya kita itu.
Dan berdosa orang tersebut mengambil setelah dia haramkan secara jelas seperti pengumuman atau penyataan bertulis.
Namun, hendak dijadikan cerita bahawa semua adalah kepunyaan Allah SWT.
Hendaklah semua manusia memikirkan bahawa semua perkara ialah milik Allah SWT.
Mengambil karya dan mencuri hak cipta masih berdosa kerana ia dikira mencuri.
Tetapi kalau mengharamkan sampai tahap inspirasi pun diharamkan maka agak sukar kerana manusia walau akalnya satu, ideanya seribu.
Semua perkara ada kaitannya, dan inspirasi juga idea seorang manusia.
KESIMPULAN
Boleh haramkan karya kita.
Tetapi kalau boleh, benarkanlah mengambil inspirasi kerana manusia perlukan sesama lain.
Namun, hak cipta dan penghasilan masih haram diambil dan diciplak.
Wallahualam
YOU ARE READING
Coretan Tarbiah Demi Allah [ Q & A ]
RandomDalam menulis ni kita tak sedar ada satu benda sedang masuk pada kita? Perkara ini yang penting bagi seorang mukmin, sama ada dahulu, kini dan selamanya. Mengapa? Kerana padanya terdapat satu metodologi dalam menentukan pengakhiran kita kelak. Itula...