3

216 27 8
                                        

Episode 3


Aku duduk berseorangan di pondok belakang sekolah. Apa salahnya ponteng kelas sekali sekala. Lagipun sekarang waktu matematik, aku...taknak jumpa cikgu gatal tu...

Helaian daun kering aku ambil dan mengoyakkan menjadi kecil untuk menghilangkan bosan.

Sedang asyik aku melayan perasaan, deheman seseorang membawaku ke alam realiti.

"buat apa sini?"

Aku memandang si empunya suara. "s-saya...a-awak tak masuk kelas, Jungkook?"

"cikgu tak masuk lagi, jadi saya jalan jalan lah dekat sini. Awak buat apa dekat sini Yun, hm?" Jungkook mengambil tempat disebelahku.

"saya...tak suka lah belajar math. Leceh tahu tak. Cikgu Kim tu dahlah garang. Asyik ikut mood dia aje." aduku kepada Jungkook. Dia tersenyum sambil membelai rambutku.

"alah biasa lah tu, cikgu kan. Dia bukannya garang, dia cuma..tegas. kalau tak tegas nanti pelajar pijak kepala dia haa. Lagi satu, awak tak suka math sebab dia selalu denda awak kan?"

Aku mengangguk pelan.

Dia ketawa kecil dan memegang erat kedua belah bahuku. " dia denda awak sebab awak selalu tak siap kerja sekolah yang dia bagi, tak fokus dalam kelas, asyik nak menjawab je kerja. Macam mana dia tak angin.

Dah, lepasni kita buat study group. Lebihkan masa math dari matapelajaran yang lain. Kita ada lagi 10 bulan je sebelum exam tau. Usaha sikit, baru lah membuahkan hasil. Okay?"

"malas lah... Penting sangat ke math tu? Saya rasa tak perlu kut buat study group, dekat rumah bukannya saya tak belajar." aku pout sambil kaki tak berhenti menguis tanah.

"eh! Siapa kata tak penting? Math, kita gunakan dalam kehidupan harian tau. Awak pergi kedai, nak bayar mesti pakai duit. Awak kira dulu sebelum bayar kan? Tu dekat tangan awak tu apa? Jam kan? Awak mesti tengok nombor untuk mengetahui masa. Nombor dengan matematik tak dapat dipisahkan tau!"

"ish iyalah iyalah! Bebel bebel, macam ahjumma Choi."

"tak baik cakap macam tu dekat boyfriend tau." dia mencuit manja hidungku.

"ewahh sejak bila awak jadi boyfriend saya ni haa?"

Jungkook terkedu, dia menunduk dengan muka yang teramatlah sedih. " sampai hati awak Yun, kita dah tiga tahun jadi pasangan kekasih. Awak boleh pula persoalkan bila saya jadi boyfriend awak."

"alololo... Betullah, sejak bila awak jadi boyfriend saya? Saya anggap awak ni-"

"apa?! Awak anggap saya apa?!" belum sempat aku menghabiskan ayat, Jungkook sudah memotong. Dia berdiri dihadapanku dengan muka yang memerah menahan marah.

"saya anggap awak ni lelaki yang sudah mencuri sepenuh hati saya lah."

Jungkook tersenyum kecil. Dia mula merapatkan dirinya ke tubuhku. Kedua belah tangannya diletakkan di sisi aku sebagai penghalang agar aku tidak dapat lari.

"boyfriend lah tu... Kan?"

Aku tidak menjawab, mengangguk mahupun menggeleng.

"jawab lah Lee YunHee." semakin rapat wajahnya dengan aku.

"y-ya b-boyfriend, awak boyfriend s-saya.." jawabku tergagap gagap.

"macam tak ikhlas je" bibir dimuncungkan tanda merajuk. Tetapi makin hampir lagi wajahnya, hidung kami bersentuhan.

"ish Jungkook! Ya! Awak boyfriend saya! Cinta hati saya! You are the only man who can have my whole heart! You're mine, mine, mine and mine! Puas?!" aku menolak dada bidang Jungkook agar menjauh dariku.

Dia tersenyum gembira " ikhlas kan? Kan? Kan?"

"mestilah ikhlas." pipinya aku cubit geram. Pantang sungguh aku jika melihat gigi bunny si Jengkuk ni.

"aww sakitlah awak." dia menolak tanganku dari terus mencubit pipi dia.

Sedang asyik kami bergurau senda, satu suara membuat kami tersentak.

"dah lupa ke masa siapa sekarang? Tak reti nak masuk kelas? Puas saya cari keliling sekolah, rupanya dating dekat sini." mendatar suara cikgu Kim.

Aku dan Jungkook hanya menunduk takut untuk memandang wajah dingin guru lelaki itu.

"masuk kelas sekarang atau merit kamu akan ditolak!" jerit cikgu Kim.

Aku dan Jungkook segera berlari masuk ke kelas.

Tch! Tahulah dia tu cikgu disiplin! Selama ni demerit aku semua dia yang potong!

biba.

_

Habis sahaja waktu sekolah, aku dan Jungkook 'dating' sebentar di kantin.

"so... Esok boleh kita mula study group?" soal Jungkook kemudian menyedut air milo yang dibelinya tadi menggunakan straw.

"alahh kook... Nanti nanti jelah... Lambat lagi kan nak exam." kepala dilentokkan di bahu Jungkook.

"tak kira lah lambat ke cepat, kita kenalah get ready nae?

Saya pelik lah.. Saya tengok awak jarang jarang study, asyik malas je. Tapi jadi budak top 2. Awak pakai jampi apa Yun?" gurau Jungkook.

Aku mencubit perutnya kuat.

"auch! Sakit Yun!" adunya.

Aku hanya ketawa kecil melihat wajah berkerutnya.

"kalau awak tak fail math, mesti awak dah top 1. Kalahkan Jinold tu."

"tak baik lah kook! Elok elok parents dia bagi nama Jinyoung, suka suka je awak nak tukar."

Dia ketawa mengekek di situ, aku pula tersenyum menahan tawa.

Namun senyumanku pudar selepas melihat figura seorang lelaki yang sedang berdiri, sambil melihat sekeliling seperti mencari seseorang di tempat parking kereta guru.

Deg! Aku lupa yang aku kena balik dengan Taehyung harini.

"err J-Jungkook... S-saya perlu balik sekarang, saya lupa nak bagi kucing makan." bohongku.

"awak ada kucing?" berkerut kening si Jungkook.

"k-kucing jiran! Ya, kucing jiran. B-bye." aku melambai ke arahnya dan segera berlari ke kereta Taehyung yang terletak di sebalik pokok.

"bye~~ i love you!!"

"me too!"

Tbc

[H]Seonsaengnim: Kim TaehyungWhere stories live. Discover now