16

204 17 2
                                    

Episode 16

Perut yang tidak henti memulas, aku tekan dengan telapak tanganku.

Kenapa sekarang kau sakit? Aku nak belajar sains ni. Bukan senang cikgu Bang Coki nak mengajar dengan fokus tanpa curi curi buat tiktok.

Dahi bertemu dengan sisi meja. Aku menundukkan kepala.

"YunHee, kamu okay atau tidak?" soal Cikgu Bang kerisauan.

"s-sakit perut sikit.."

"kamu nak berslowmo hareudang atau nak saya panggilkan guru bertugas?"

"ani..tak sakit sangat p-pun.."

"baiklah kalau macam tu..

Kelas! Kita ada lagi 5 minit sebelum masa tamat. Semua boleh buat tik- eh! Semua boleh buat kerja sendiri. Saya nak ke tandas. Keluar rehat pada masa yang pengetua sudah tetapkan faham!" cikgu Bang mengemas alatan tulis juga buku bukunya yang berselerak di atas meja.

"FAHAM!!!"

"cikgu, nak melabur atau bertiktok dalam tandas tu cikgu?" soal Daehwi.

"err n-nak berak lah!" sepantas siamang dia menuju ke tandas.

"Yun, jom." Hyejung menepuk bahuku sekali.

"pergi mana.."

"kantin lah..rehat dah kan??" tangannya menilik jam di pergelangan tangan.

"tiga minit lagilah.."

"alaa semua dah keluar dah. Jom lah makan..aku lapar ni." perangai gediknya mula muncul.

"ish. Aku tak lapar! Kau pergi jelah makan dengan Chanyeol si buah hati kau tu!" tengking aku.

"kau..sakit perut sangat kan Yun? A-aku pergi bagitahu guru bertugas ya?" tergagap gagap dia berkata.

"siapa cikgu bertugas minggu ni?"

Almaklumlah..masa perhimpunan haritu aku TERtidur. Semua salah pengetua! Dia tipu murid! Dia bilang mahu bercakap sepatah dua kata aje. Tapi bila mikrofon tu dapat ke dia..haa berdozen dozen kata kata keluar dari mulut.

"err kalau tak silap minggu ni ada tiga orang guru bertugas.

Cikgu Hed Bana

Teacher Lo Anjeng

Madam Ha Lalan"

"madam Ha Lalan toyyiban tu pun sekali?!

Tak apalah...aku..nak duduk dalam kelas je. Kau pergilah rehat dulu."

"hurmm yelaa..kau nak pesan apa apa tak?"

"aku nak mee bawah pinggan."

"okay cau!" lantas Hyejung berlari ke kantin bersama Chanyeol yang dari tadi menunggu dia di hadapan kelas.

Aku mengurut pelipis kepala. Sakit perut kalini ssuppp sampai ke kepala.

"Y-Yun.." tegur satu suara.

Aku memandang kiri dan kanan berselang seli. Namun tiada seseorang pun yang dilihat.

"Yun...belakang lah.."

Kepala aku toleh kebelakang secara slowmo (๑ ิټ ิ)

"J-Jungkook..awak..tak turun rehat?" teragak agak aku mahu berbual dengan dia.

"sekejap lagi. Saya nak bercakap dengan awak sikit boleh?"

Air mukanya bertukar serius. "awak marahkan saya lagi? Sampai bila kita nak macam ni Yun? Awak asyik larikan diri dari saya aje. Study group awak tak datang sebab ada saya kan?"

Aku terkedu lidah, apa lagi alasan yang mahu diberi?

Jujur, aku tak mahu hubungan kami renggang seperti ini. Tapi, ego yang setinggi gunung membatasi niatku mahu berbaik semula.

"saya, tak marahkan awak. Awak tak ada salah pun. Cuma saya lately ni tak ada mood mahu berbual dengan lelaki. Walaupun awak....kekasih saya."

Alasan tidak munasabah?

Eh ini alasan aku, bukan alasan kau.

#aqilzulkiflee

#akiddos

"Yun, saya minta maaf pasal hal minggu lepas. Bukan sengaja nak tiru essay awak..juga tentang saya selalu nasihat awak tu..benda betul kan apa yang saya nasihat?"

"sudahlah Jungkook. Orang kalau sudah meniru, tak ada istilah tidak sengaja. Pasal nasihat tu, saya tak kisah.

Nanti bila saya dah ada mood nak berbual dengan awak. Saya akan jumpa awak."

"awak pergilah turun kantin. Tinggalkan saya seorang disini." sambungku lagi. Aku memusingkan badan kehadapan, melentokkan kepala pada meja semula.

"t-tapi saya nak awak maafkan saya dulu."

Tak faham bahasa dia ni. Dengan segala amarah yang terkumpul aku bangun dari duduk. Tangan aku mengetuk meja kuat sekali.

"AWAK NI KENAPA JUNGKOOK?! SAYA CAKAP PERGI TURUN, PERGI JELAH TURUN! NAK KENA CAKAP BERAPA KALI LAGI?! AWAK NAK SAYA CAKAP LOGHAT KELANTAN?! TERENGGANU?! PAHANG?! HAA?!

AWAK NAK SANGAT SAYA MAAFKAN AWAK KAN?! OKAY, SAYA MAAFKAN AWAK! BOLEH TURUN SEKARANG? SAYA MAHU BERSENDIRIAN!" tengking aku dan masih tidak memandang wajahnya.

Jungkook diam sejenak.

Tak lama, dia bersuara kembali." Y-YunHee... S-saya rasa--"

"APA LAGI YANG AWAK NAK JUNGKOOK?! PERGI TURUN LAH!!"

Aku dah macam bercakap dengan meja guru dah. Malas nak pusing belakang punya pasal. Sudahlah perut ni sakit memulas. Tak pepasal terburai isi perut.

"a-awak b-bocor Y-Yun..."

Deg!

Automatik darah merah menyerang wajahku. Malu yang teramat. Aku duduk semula di atas kerusi.

Patutlah sakit sangat perut.

"a-awak pergi turun Jungkook...saya n-nak uruskan hal saya.." kataku malu malu.

Jungkook segera keluar dari kelas.

Keluhan berat keluar dari mulutku. Apa aku nak buat sekarang?! Kenapa tiba tiba nak period pula? Selalunya 18 hari bulan. Ini baru 15 hari bulan. Erghh!!! aku benci 15 hari bulan.

#sekolahnyahh

#loveyoupakcikradzijidin

Puas aku berfikir, pad tak bawa pula...

Fikir lagi

Fikir

Lagi

Lagi

Lagi

Dan lagi

Masih berfikir

Fikir kembali

Fikir

Dan

Haa! Nak tak nak aku kena buat juga.

Telefon dari dalam beg aku ambil. Nombor cikgu Kim didail. Tak sampai 5 saat dia sudah jawab.


Tbc

[H]Seonsaengnim: Kim TaehyungWhere stories live. Discover now