6

195 22 6
                                    

Episode 6


Kini tibalah hari yang tidak ditunggu aku.

Hari dimana perkahwinan aku dan CIKGU KIM akan berlangsung.

"Yun dah siap?" soal omma dan memegang kedua belah bahuku.

Aku mengangguk dan menatap muka sendiri di hadapan cermin. Solekan yang tak terlalu tebal, menaikkan seri wajah.

"dah boleh masuk dewan dah ni." ujar appa seraya membetulkan suit putih yang dipakainya.

Aku bangun dan memegang lengan appaku.

Sebelum masuk ke dalam dewan, aku menarik nafas dalam dalam dan menghembusnya perlahan. Tiga kali aku tarik nafas

"dah lah tu. Bukan nak pergi berperang pun. Duk bernafas macam nak mati dah."

Fuh. Sentap sungguh ayat appa.

Tanpa berlengah, appa terus membuka pintu besar dewan itu. Perlahan lahan aku dan appa berjalan beriringan memasuki dewan perkahwinan.

Aku melihat kearah Taehyung yang berdiri membelakangi paderi itu. Dia mengenakan tuxedo hitam bersama kasut berjenama Saint Laurent berwarna hitam.

Sungguh aku gugup sekarang ini. Dengan tetamu yang ramainya, semua memandang kearahku dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Kasut bertumit tinggi ini menyukarkan aku untuk berjalan.

Melihat muka Kim Taehyung yang ketat itu lagi menambahkan rasa gugupku. Sejak dari gurauan aku kelmarin, dia bersifat dingin terhadapku. Melayan aku pun seperti acuh tak acuh saja.

"okay Lee YunHee, appa iring kamu sampai sini saja." lingkaran tanganku dilepaskan. Perlahan lahan aku mendaki tiga anak tangga itu.

Taehyung sedia menghulurkan tangan. Aku menyambut tangannya, lengan kami mula melingkar diantara satu sama lain.

"ready?" soal paderi sambil membuka kitabnya.

Taehyung mengangguk. Aku pula teragak agak mahu mengangguk.

Taehyung menolak sedikit pinggangku membuatkan aku segera mengangguk.

Entah kenapa aku baru terfikir nak lari sekarang. Perkahwinan ni bertujuan untuk Taehyung mudah mengajar aku saja kan? Kenapa perlu buat seperti perkahwinan pengantin yang saling mencintai antara satu sama lain?

Kau faham tak maksud aku?

Kenapa nak tempah dewan? Kenapa perlu pakai pakaian yang berjenama dan mewah? Kenapa perlu jemput ramai tetamu?

Buat yang sederhana sudahlah.

Kami akan bercerai juga nanti...kan?

"Lee YunHee, kamu dengar tak apa saya cakap?" soal paderi dengan suaranya naik seoktaf.

"haa? A-apa?"

"tolong tumpukan perhatian. Fokus!"

Aku tertunduk malu.

"kita mula semula." ujar paderi itu.

"Kim Taehyung." panggil si paderi.

"ya saya." balas Taehyung di sebelah.

"sudikah kamu menerima Lee YunHee sepenuh hati kamu? Menjaga, menyayangi dan sehidup semati dengannya? Sanggupkah kamu ada dengannya apabila dia berada di dalam kesusahan, Kim Taehyung?"

"ya. Saya sudi dan saya sanggup." jawab Taehyung.

"Lee YunHee." paderi itu memanggil namaku pula.

"s-saya."

Paderi melontarkan soalan soalan yang sama seperti yang ditanya Taehyung tadi.

Teragak agak aku mahu menjawab.

"y-ya..." sepatah sahaja aku balas.

Namun ianya sudah pun membuatkan hubungan kami sah sebagai suami isteri.

"okay, you must kiss your bride."

Deg! Terbuntang biji mata aku.

Kiss? Kiss kepala--- bhaphak dia!

Taehyung memusing badan menghadapku, begitu juga aku. Pinggangku ditariknya. Sungguh dekat wajahku dan dia.

"cik..gu..." air mata yang bergenang aku tahan dari jatuh.

Semakin dekat wajah kami.

Hidung bersentuhan.

Dekat lagi.

Dan dekat.

Tiada jarak diantara kami lagi.

Chupp

Dahiku dia cium.

Dalam beberapa saat, dia melepaskan ciuman. Bibirnya mula menarik segaris senyuman.

Tetamu menepuk tangan gembira. Ada juga yang menjerit, menangis dan menutup mata malu.

Bermulalah sesi mengambil foto perkahwinan kami bersama keluarga dan saudara mara.

"cikgu..boleh kita makan..sekarang?" perlahan saja suaraku.

"kajja." dia membawaku ke meja makan pengantin.

Sambil sambil kami makan, ada juga yang datang mengucapkan tahniah.

Tapi...

Unnie Jiseul dan Taewoo tak nampak pula.

Nak tanya Taehyung...takut pula. Dia sudah lah dingin sekarang dengan aku.

"cepat sikit makan. Jangan jadi lembap."

Apa bodoh? Tetiba nak sound aku. Cepat cepat nak gi ane?

Marah ni marah.

Aku menjeling Taehyung dari tepi. Namun jelinganku dibalas dengan jelingan maut darinya.

"tch, tak guna." monologku.

Seusai makan, aku berbual rancak bersama saudara mara.

"hey pengantin baru..." tegur satu suara dari arah belakang. Aku dan Taehyung sama sama menoleh.

"yow Jimin!" Taehyung memeluk rakan sekerjanya itu.

M-macam mana cikgu Park boleh ada pula ni? Bukan perkahwinan ni dirahsiakan ke?

"hai YunHee."

Aku memandangnya. Sapaan dia aku balas sambil tersenyum kambing.

"jangan risaulah.. Taehyung dah bagitahu cikgu untuk rahsiakan perkahwinan kamu ni."

"ohh...o-okay.."

"eh cikgu Park pun ada?!" tegur salah seorang saudaraku dan memeluk cikgu Park.

Aku menarik tangan saudaraku jauh dari situ.

"Yoongi, kau jangan lupa janji kau." pesanku kepada dia.

"janji yang mana satu ni? Yang kau berak tak tutup pintu tu? Ke yang kau follow tiktok coki? Atau kau termasukkan phone appa Lee dekat dalam jamban tu? Ke yang--"

"diam bodoh. Suara tu perlahan sikit anjeng. Sial." haa tak semena mena kau kena carut harini.

"kau akan rahsiakan tentang perkahwinan ni." ujarku.

"ohhh aku kata akan."

"shit! Kau dah janji siot!" lengannya aku pukul kuat.

"auch! Appo! Aww! Arh! Huwaa!" tergedik gedik dia menahan sakit.

"ya, ya, aku janji." tanganku ditahan dari terus memukul dia.

"aku pegang janji janji kau!

Kalau aku dapat tahu rahsia ni bocor, kau orang pertama aku cari! Faham!" aku menunding jari tepat ke biji matanya.

Yoongi memekkan muka dan menjelingku.

"kau kalau aku korek biji mata kau, aku bagi terus haiwan kesayangan auntie Shin makan!" kata aku geram.

"anjing?"

"buaya."

Terus tersedak Yoongi dibuatnya.

Tbc

[H]Seonsaengnim: Kim TaehyungWhere stories live. Discover now