7

193 23 11
                                    

Episode 7

Selepas tamat majlis perkahwinan kami. Aku dibawa ke rumah Taehyung. Besar juga rumahnya, nak dikata istana, bukan juga. Tidakku sangka gaji seorang guru dapat membeli rumah sebesar ini.

Kata omma, aku perlu tinggal di sini mulai sekarang.

"bilik kau dekat atas. Bilik tengah, pintu coklat." kata Taehyung seraya meletakkan kunci keretanya di atas meja kaca.

"appa!" jerit seorang budak lelaki sambil berlari ke arah Taehyung.

"Taewoo anak appa!" Taehyung mendukung Taewoo sambil berpusing pusing.

"appa, tu siapa?" tangan Taewoo menunding ke arahku.

Taehyung menurunkan budak lelaki itu dari dukungan. "ahh kamu boleh panggil dia omma Yun-"

"aniyooo!!

Panggil saya noona." kataku.

Taehyung berdecit. " Taewoo ni dah jadi anak kau juga tau. Apa salahnya panggil omma."

"no! Saya muda lagi lah cikgu!"

"noona ni murid appa ek?" soal Taewoo.

"nae, noona murid--"

"dan isteri appa." celah Taehyung.

Pipiku dari putih susu, bertukar merah. MALU.

"eh, isteri appa bukan omma ke?"

"ya, noona ni pun isteri appa juga. Anggap saja dia omma kamu." Taehyung menekankan perkataan noona dan omma itu.

Taewoo mendekatiku lalu tanganku dia salam. Aku mengusap rambutnya dan mencangkung untuk samakan ketinggian kami.

"Kim Taewoo?" soalku mesra.

"ya!" jawabnya riang.

"noona panggil... Woonie boleh?"

Dia mengangguk laju. "boleh! Boleh! Appa pun panggil Taewoo Woonie mulai sekarang!"

"perlu ke? Woonie? Macam tak sedap je bunyinya. Hurm... Macam mana dengan... Taenie?"

"ewww lagi lah tak sedap bunyinya! Dah lah! Appa tak reti bagi nama!" Woonie menjeling Taehyung.

"ewah.. Nama kamu Taewoo tu apa yang beri tau! Baru hidup 4 tahun nak sembang lebih."

"diamlah appa!"

Aku yang melihat dua beranak itu bertengkar, hanya menggelengkan kepala.

"jadi umur Woonie 4 tahun lah ya?"

Tak sempat woonie menjawab Taehyung sudah jawabkan. "yelah, aku dah cakap tadi kan. Ke kau tak reti kira? Oh lupa, kau kan lembab math."

WTF?!! Depan budak dia malukan aku?! Tak guna.

"kenapa appa cakap macam tu dekat noona?" woonie bersuara.

"tak apalah woonie..appa tak sengaja tu. Lagipun noona memang tak reti sangat matematik. Cikgu noona mengajar macam anjing gila." aku tersenyum sinis dan menjeling Taehyung.

"eh kau mulut jaga--"

"Taehyung..." unnie Jiseul datang kearah kami dan memeluk Taehyung.

Ini kali kedua aku berjumpa dengan unnie Seul. Kali pertama masa aku terserempak dengan Taehyung dan unnie di pasar raya 3 bulan lepas.

Tapi, dia masih sama. Pakaian tak berubah. Masih tak cukup benang. Seksi ya ampunn.

Patut cikgu Kim suka. Gatal!

"sayang...where are you going?" Taehyung mengusap pipi unnie.

Wekk nak muntah bhaii tengok drama dorang.

"I nak keluar lah... Macam tak biasa je you ni.

Eh! YunHee kan?!"

Aku mengangguk dan dia segera memeluk tubuhku erat.

"aww my madu!!" katanya.

Aku ingat dia nak serang aku tadi.

Hurm, jarang perempuan gembira bila di duakan. Suami kahwin lain pun dia tetap happy. Tabahnya unnie Seul T_T

"maaflah unnie tak dapat hadir majlis perkahwinan kamu tadi..busy sikit."

"eh tak apa..."

"unnie nak keluar ni. Kamu buat je rumah ni macam rumah kamu sendiri-- eh! Memang dah jadi rumah kamu pun lah!" dia ketawa di akhir ayatnya.

"ah..heh..take care unnie.." senyuman kekok tak pudar pudar dari tadi.

"naee!"

"duduk elok elok dekat rumah tau Taewoo." pesan unnie.

"bye sayang." pipi Taehyung dikecup sekilas kemudian dia berjalan keluar dari rumah.

"errr saya naik bilik dulu lah cikgu."

"kenapa noona panggil appa, cikgu?" celah Woonie.

"hah? Kenapa tanya?"

"noona dengan appa kan dah kahwin. Panggil lah sayang ke I you I you ke...macam omma panggil appa.."

Aku terkedu lidah sebentar. " ah? Noona d-dah biasa p-panggil cikgu.."

Tanpa sempat Woonie bersuara lagi, aku berlari naik ke tingkat atas.

"maaf Woonie, noona nak rehat!" jeritku dari atas.

Bilik yang dikatakan Taehyung aku cari. Tengah tengah. Pintu coklat.

Haa tu. Sebelah bilik Woonie?

Aku melihat papan kayu kecil yang tergantung di pintu bilik sebelahku bertulis 'Taewoo'. Cantik ukirannya.

"berdiri situ dah kenapa? Nak mencuri?" tegur Taehyung yang entah sejak bila dia berdiri belakang aku.

Ingat aku dah papa kedana ke sampai nak mencuri? Miskin sangat aku ni?

"kutuk aku lah tu. Nak jadi isteri durhaka sangat dah." kata Taehyung sebelum masuk ke dalam biliknya, berhadapan dengan bilik aku.

Aku mengeluh berat. Agaknya sampai bila aku boleh tahan duduk sini?

Cam syial.

Pintu bilik aku buka dan melangkah masuk ke dalam. Setiap sudut bilik ini aku perhati.

Cantik.

Dinding berwarna biru laut dihiasi pula dengan berlian berlian berkilau yang melekat di situ. Membuatkan bilik ini tampak lebih cantik.

Aku mula menyusun baju ke dalam almari. Barang barang yang dibawa, aku susun di tempat yang sepatutnya.


Tbc

[H]Seonsaengnim: Kim TaehyungWhere stories live. Discover now