4

203 26 5
                                    

Episode 4

Sepanjang perjalanan ke rumah aku, kami langsung tidak bersuara. Keadaan di dalam kereta sungguh sunyi. Tiada suara dari aku, Taehyung mahupun radio.

Apa kedekut sangat dia ni taknak buka radio?

Baru saja aku mahu menekan punat on di radio, Taehyung bersuara membuatkan niatku terbantut.

"best dating tadi?" soalnya dingin.

Tetiba nak dingin ni kenapa?

"err, maaflah saya masuk kelas lambat tadi.."

"bukan itu jawapan yang saya mahu."

Aku terkebil kebil memandangnya. Apa punya soalan dia tanya tadi? Mestilah best. Dating kot.

"awak tahu tak masuk kelas lewat tu salah? Boleh dikira ponteng tau!"

"apa pula ponteng?! Saya masuk kelas juga kan! Bukannya tak masuk." aku menjelingnya tajam.

"kalau saya tak jumpa awak dengan Jungkook tadi, korang mesti tak akan masuk kelas kan? Niat nak ponteng kan? Kan? Kan?"

He is soooo annoying!

"haah, memang nak ponteng pun." jawabku selamba.

"okay... Saya report omma."

"ada nampak macam aku kesah?" kataku perlahan.

"nasib awak baik tau saya tak potong demerit awak. Jungkook je saya potong."

Mataku membulat mendengar kata kata Taehyung. Bukan dia bagi dua pilihan ke, sama ada mahu masuk kelas atau merit akan dipotong? Dan kami...dah masuk kelas, jadi kenapa masih perlu di merit?

"EH CIKGU DAH KENAPA?! TAK ADIL LAH MACAM TU, DEMERIT JUNGKOOK CIKGU POTONG! SAYA TAK POTONG PULA! TAK BAIK TAHU TAK PILIH KASIH ANAK MURID NI! LAGI PUN KAMI TAK PONTENG. KAMI MASUK KELAS JUGA KAN?! ISH TERUK LAH CIKGU NI!" Kini amarahku tidak dapat ditahan lagi.

"habistu awak nak saya potong merit awak juga lah? Sanggup ke haa?! Demi budak Jungkook tu?"

"YALAH! TAK KISAH LAH DIA JUNGKOOK KE SIAPA KE, TAPI KESALAHAN KAMI SAMA, KALAU MERIT DIA DIPOTONG, MERIT SAYA PUN SAMA!" marahku.

"okay... Saya akan potong merit awak sebab masuk kelas lewat, tak hormat guru, tengking guru dan kurang ajar dengan guru."

"tch, menyampah. Pergi mampos lah."

"berkata kesat dengan guru."

"ish diamlah!!"

"memarahi guru."

"kalau cikgu tak diam, saya akan lari di hari perkahwinan nanti!"

Terus dia diam.

Haa takut.. Dasar gatal!

_

Aku menghempaskan badan di atas sofa bilikku. Stress juga memikirkan tentang hari perkahwinan nanti. Lusa, lusa dah nak kahwin.

Sumpah aku tak ready!

Tok Tok Tok!

"Yun, kamu dah siap ke belum? Cikgu kamu dah tunggu dekat bawah tu!" jerit omma dari luar pintu bilik.

"cikgu? Siapa?"

"Taehyung lah, siapa lagi. Kan Puan Kim ajak kamu makan tengah hari di rumah dia."

Adumakk lupa!

"lima minit!" jeritku dan segera menukar pakaian. Tak perlu lah nak mandi bagai, aku dah lambat.

Seusai bersiap, aku menuruni tangga dan pergi ke ruang tamu. Tangan omma appaku dicium dan aku terus masuk ke dalam perut kereta KIM TAEHYUNG GATAL.

"hmp, busuk. Tak mandi eh?" soal Taehyung yang sedang fokus memandu itu.

"cikgu diamlah."

_

Kereta Taehyung diparkir di pekarangan rumah keluarganya.

Sebelum aku menjejakkan kaki ke dalam rumah keluarga Kim, aku menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan.

Sebaik sahaja pintu dibuka "YunHee! Kajja duduk." Puan Kim membawaku menuju ke meja makan. Aku manarik kerusi dan melabuhkan punggung disitu. Dihadapan Kim Taehyung.

"ahjumma Jung masak banyak ni. Khas untuk kamu." katanya dengan gembira.

"kita... Berempat saja?" soalku seraya memandang Tuan dan Puan Kim.

"isteri dan anak cikgu Kim tak makan sekali?" sambungku lagi.

"Taewoo ada dekat tadika... Isteri Taehyung ni tak perlu nak ditanyalah, malam baru nampak batang hidung dia. Asyik keluar je. Anak dan suami tak--"

"mama! Sudah lah! Dia tengah k-kerja lah tu."

Puan Kim berdecit. "backup sangat si Jiseul tu. Kamu perlu ajar sikit isteri kamu tu jadi isteri mithali. Disiplin pelajar boleh dijaga, bini seorang tak boleh nak jaga. Tak gunalah jadi guru disiplin kalau rumah tangga pun tak reti nak jaga, tak boleh nak disiplinkan isteri kamu tu."

Tak semena mena Taehyung kena ceramah hari ini.

Aku hanya diam, tak mahu masuk campur hal keluarga mereka. Taehyung pula sudah menundukkan wajahnya.

"sudah tu Haewoon, tak elok bertengkar depan rezeki ni. Ada tetamu pula tu. Malu sikit." kata Tuan Kim yang dari tadi berdiam diri, kini bersuara.

"maaflah Yun, bukan apa, Taehyung ni perlu di nasihat banyak kali baru nak diikut.

Mari makan."

Ahjumma Jung iaitu orang gaji keluarga Kim menuang jus oren ke dalam gelasku.

"gomawo!"

"cheonmaneyo..." jawabnya sambil tersenyum.

Aku mengambil penyepit dan mula memasukkan makanan ke dalam mulut. Taehyung pula asyik mencuri curi memandangku. Ingat aku tak perasan?


Aku menolak kakinya menggunakan kaki aku. Lantas dia memandang wajahku sambil mengangkat kening.

"stop staring at me." ujarku tanpa suara.

Dia hanya menghiraukan kata kata aku dan menyambung makan.

Kakinya mula bergeser dengan kaki aku. Sesekali dia mencubit betisku dengan jarinya.

"appo!" aku menjerit kecil.

"Yun, kamu okay? Tak sedap ke makanan tu?" soal Puan Kim.

"tak adalah Puan, saya tergigit lidah saja." jawabku sambil memandang wajah Taehyung geram.

"eh, apa pula panggil Puan... Panggil mama je, lusa dah nak jadi menantu mama kan." kata 'mama'. Aku mengangguk sambil tersenyum kekok.

"ni lusa nak kahwin, dua dua dah ready?"

Tbc

[H]Seonsaengnim: Kim TaehyungWhere stories live. Discover now