9

211 25 18
                                        

Episode 9


Kereta berjenama Audi Allroad berwarna hitam berkilat milik Taehyung meluncur masuk ke dalam kawasan sekolah.

Dia memarkirkan kereta di tempat yang sama seperti selalu, belakang pokok.

Aku tak tahu kenapa dia suka sangat parking sini. Apa bezanya kalau parking dekat sebelah tempat jaga tu? Sama je kan, ada juga kereta guru lain.

Tali pinggang aku buka dan menyarung beg sekolah pada bahuku.

Baru sahaja aku mahu keluar dari kereta, beg sekolah aku ditarik Taehyung. Aku memandang wajah selambanya.

"apa?!" soalku kasar.

Taehyung menghulurkan tanggannya "salam, suami ni suami."

Aku membuat muka meluat dan terus mengambil tangan Taehyung, lalu dicium.

Aku membuka semula pintu kereta. Namun beg aku ditarik sekali lagi.

"apa lagi?!"

"haa durhaka, durhaka!"

Taehyung memuncungkan bibirnya "morning kiss."

Aku memandangnya dengan
kening yang berkerut kerana terkejut. "morning kiss kepala otak cikgu lah!" aku terus keluar dari kereta cikgu gatal ni.

_

"okay, masa dah habis. Untuk kerja rumah, saya nak kamu semua buat muka surat 67,68,69 dan 70. Esok saya nak tengok semua dah siap. Faham?" kata Tae-- bukan bukan. Cikgu Kim.

Aku mengangkat tangan untuk bertanya.

"ya YunHee." cikgu Kim mengangkat kedua belah keningnya.

"boleh saya tanya, macam mana nak buat muka surat?"

Mendengar saja soalanku itu, satu kelas ketawa sakan.

Cikgu Kim pula sudah memerah wajahnya. "jangan tanya soalan bodoh, Kim YunHee." ujarnya geram.

"Lee lah cikgu, bukan Kim." celah Jung SaeTan, classmate aku.

"kamu diam SaeTan."

"YunHee, ikut saya ke bilik disiplin sekarang." kata cikgu Kim tegas.

"eh kenapa pula? Selalunya saya bergurau tak kena panggil pun." mukaku sudah berkerut. Pelik dengan guru aku yang seorang ini.

"sekarang!"

Terhinjut bahu aku mendengar cikgu Kim menjerit. Dengan segera aku membuntutinya ke tempat yang paling dibenci murid sekolah. Bilik disiplin a.k.a bilik cikgu Kim Taehyung.

"masuk."

Aku hanya mengikut arahannya. Masuk sahaja aku ke dalam bilik itu, dia mengunci pintu dan melabuhkan punggung di kerusinya.

"asal ni cikgu? Nak kunci kunci bagai." soalku tidak puas hati. Sebenarnya, penat berdiri ni.

"kenapa? Apa masalahnya jika saya kunci?"

"haih la... Nanti apa pula pelajar pelajar lain kata."

"apa yang mereka kata?"

[H]Seonsaengnim: Kim TaehyungWhere stories live. Discover now