18

190 17 1
                                    

Episode 18

"kita...ada anak sendiri."

"okay."

Wajah Taehyung kini berubah terkejut. "b-betul ke ni Kim YunHee?" bergetar getar bibirnya mahu mengeluarkan kata kata.

"ya..." aku menarik segaris senyuman.

"...tapi anak awak jelah. Saya tak sedia lagi." sambungku lagi.

Secara refleks air mukanya bertukar masam mencuka.

"alaa~~ Yun...bolehla~~" pipiku dia cubit berulang kali.

"nope."

"alaa awak taknak anak ke sayang?" kening diangkat berulang kali.

Aku terkedu lidah sebentar.

Soalan spm pun tak susah macam ni.

"b-bukan tak nak... Anak, suami isteri mana je yang tak mahu. But not now Tae..." pipinya aku usap.

Keluhan berat keluar dari mulut Taehyung. "I'll wait until you're ready."

Dahiku dia kecup lalu memeluk tubuhku erat. Muka aku sembamkan ke dada Taehyung.

Tubir mataku menakung cecair jernih. Aku cuba menahan air mata dari menitis. Bukan menangis tanda kecewa tapi bahagia. Dia faham keadaan aku.

A-aku dah mula sayangkan dia.

_

"weh bagi pemadam aku." Hyejung merampas pemadam di tangan aku.

"eee bangang bethol pompuan ni main rampas rampas! Mintak leklok tak boleh ke nyah?!" kepalanya aku tolak sedikit.

"hey!

Apa main kepala kepala ni?! Berani kau sentuh kepala girlfriend aku!" Chanyeol yang datang entah dari mana terus jentik dahi aku.

"sakit lah bodoh--"

"unnie."

Seorang gadis datang dengan membawa sehelai kertas kajang yang telah dilipat kecil.

"ye, nak apa dik?" soal Hyejung.

"ani. Saya bukan nak cakap dengan Hyejung unnie, tapi dengan Yun unnie."

Aku ketawa terbahak bahak disitu. Satu kelas pandang aku pelik.

"unnie, ni Jungkook oppa bagi." dia menghulurkan kertas tadi kepadaku.

"J-Jungkook? O-okay...gomawo."

Aku mengambil kertas itu dan membaca isi dalamnya.

'Hye sweetheart.

Dah lama kita tak berbual. Bila saya nak bercakap dengan awak aje, mesti awak larikan diri. Jadi, saya mampu hantar surat sahajalah. Walaupun dah banyak kali. Awak tak balas juga.

Yun, saya rindu nak berbual, bergurau senda dan bermanja manja dengan awak. Saya rindu awak Yun. Saya rindu suara awak, jenaka awak, sentuhan awak, segala galanya tentang awak. Kenapa awak taknak bercakap dengan saya Yun? Dah berbulan bulan kita macam ni. Saya ada salah dengan awak ke YunHee? Kalau ada, i'm so sorry! Saya nak hubungan kita pulih seperti sedia kala. Bukan berjauhan macam ni. Memang awak duduk depan saya je tapi bila awak tak layan saya, saya rasa jauh sangat dengan awak Yun.

Awak dah berubah YunHee. Kalau ada masalah, ceritalah pada saya. I am always here for you. I'm always waiting for you to tell me.

Yun, saya betul betul minta maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan terhadap awak. Saya minta maaf sebab selalu membebel dekat awak Yun. Tolonglah maafkan saya. Tolong pertimbangkan tentang hubungan kita. Dah bertahun kita jaga hubungan ini takkan awak nak sia sia kan macam tu je.

Kalau awak masih cintakan saya, tolong pujuk hati awak untuk teruskan hubungan kita macam dulu dulu. Bukan macam sekarang.

Tapi kalau awak dah tak ada hati dengan saya, tolong bagitahu. Jangan biar saya bertepuk sebelah tangan Yun.

I'll wait until you're ready, Lee YunHee.'

"Lee YunHee!"

Terhinjut bahu aku mendengar jeritan itu. Kepala diangkat, aku memandang si empunya suara.

Cikgu Jung.

"mengelamun apa?! Sampai tak sedar saya masuk! Tak dengar ke saya panggil kamu berkali kali?!" tengking cikgu Jung.

Aku menunduk. Air mata aku seka kasar.

"surat apa tu?! Baca apa sampai menangis nangis?!"

Aku segera merenyukkan kertas itu dan menggenggamnya kemas.

"bagi sini saya tengok." dingin saja suara guru biologi itu.

"bagi sini!" tengkingnya lagi.

Aku masih berkeras tidak mahu menyerahkan kertas itu.

"Lee YunHee! Kamu ni pekak ke apa?! Beri saya surat tu!" meja guru diketuk kuat.

"okay, tak apa. Saya nak baca, kamu tak bagi, biar guru disiplin yang baca."

Deg!

Sumpah oksigen hilang ni.

"pergi bilik disiplin sekarang.

Saya kata sekarang!"

Dengan pantas aku berlari ke bilik disiplin.

Sesampai sahaja aku dihadapan pintu bilik disiplin itu, perasaan takut mula menyelubungi diriku.

Bagaimana harusku berhadapan dengan cikgu Kim kelak?

Sabajap aku tibe.

Tiba tiba pintu dikuak dari dalam. Terpapar wajah kacak cikgu Kim dihadapan pintu.

"eh Yun, buat apa dekat sini? Nak jumpa saya?" lembut saja suara dia.

Mulutku bergetar getar mahu keluarkan suara. Dengan sekali hembusan nafas, aku cuba untuk tenangkan diri.

Okay YunHee, kalau nak selamat, ini jalan terbaik!

Aku menolak cikgu Kim ke dalam bilik disiplin dan segera mengunci pintu.

"oh noooo YunHee jangan apa apakan saya!!!"

Cikgu Kim terduduk dan memeluk lututnya erat.

Lamakk mengada jantan nih.

"eh tak tak, saya tak akan buat benda bukan bukan dekat cikgu. Saya cuma..."


Tbc

Taehyung colour rambut piu piu piu!

[H]Seonsaengnim: Kim TaehyungWhere stories live. Discover now