adik ?

866 39 0
                                    

Oikawa melambai kepada para peminatnya. Iwaizumi hanya menunggu masa untuk membaling bola mengena kepalanya. Namun Oikawa segera menamatkan sesi berjumpa dengan peminat. Dia segera masuk ke dalam gim untuk latihan bola tampar. Langsung tidak sedar sepasang mata yang memandangnya kosong tanpa sebarang perasaan.

Dia muak melihat wajah itu. Tak sangka pula dia berada satu sekolah dengan jejaka itu. Boleh dikatakan itu abangnya. Onii-san.

Sedih hati mengenang kembali. Dia dibuang keluarganya kerana kurang upaya pendengaran. Dia dibesarkan oleh pasangan tua yang menjumpainya di gereja. Tidak sedikit pun dia merasa kurang kasih sayang. Tapi sekarang hanya tinggal nenek yang masih hidup.

"Shiro!" Tersentak dia apabila bahunya ditepuk daripada belakang. Sahabat sedang menantinya, Ryu Akari.

Oh lupa mahu kenalkan diri. Aku Oikawa Shiro. Pelajar tahun kedua di Aoba Johsai High School. Ahli kelab memanah dan pernah bertanding hingga peringkat kebangsaan.

Gadis di sebelah ni pula kawan baik aku. Sama jugak ahli kelab memanah. Dia ni peminat Iwaizumi-senpai. Huh, jarang ada yang minat Iwaizumi-san.

Akari ada satu rahsia besar. Setiap hari dia akan buatkan bento atau bekal makanan kepada Iwaizumi-san. Setiap hari guys. Dia akan letak dalam loker jejaka tersebut. Entahlah, mungkin Iwaizumi-san sengaja tidak mengunci lokernya. Mungkin mahu mudahkan kerja Akari walaupun dia sendiri tak tahu siapa yang buatkan bento tu.

Kami mula menuju ke kelas selepas Akari meletakkan bento ke dalam loker Iwaizumi-san.

\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_

"Obaasan(grandma),Shiro dah balik." Dia menanggalkan kasutnya. Dia dapat menghidu bau yang enak. Kaki mula diatur ke dapur.

"Obaasan." Panggilnya. Dia melipat lengan baju. Masakan tadi diletak dalam bekas. Dia membantu nenek menghidang makanan. Perut mula meronta-ronta minta diisi.

"Mari makan Shi-chan." Nenek mula duduk diikuti Shiro.

"Itadakimasu." Masing-masing mula menyuap makanan ke dalam mulut.

"Jadi, macam mana sekolah?" Nenek mula membuka suara.

"Macam biasa. Minggu depan ada pertandingan memanah di sekolah. Bertanding dengan sekolah jiran."

"Kamu masih tidak menegur dia?" Lambat nenek mengatur kata. Shiro sangat faham siapa 'dia' yang dimaksudkan. Sudah tentu abangnya, Oikawa Tooru. Dia hanya menggeleng sebagai jawapan.

Nenek hanya mampu diam. Bukan mudah menerima keluarga yang sudah membuangnya. Tapi itu salah ibu dan bapa. Si abang tersebut pasti langsung tidak tahu-menahu tentang hal ini.

"Obaasan harap sangat kamu boleh tegur. Mana tahu dia pun tengah mencari kamu." Seperti biasa dia hanya mendapat kebisuan daripada anak di depannya ini.

\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_\_

Shiro menggenggam tangannya yang sudah sejuk. Hari ini dia sudah mengambil tindakan. Dia sedah penat mendengar keluhan nenek.

Sekarang dia sedang menunggu si abang. Tidak lama kelibat yang ditunggu tiba. Dia mula menjadi gugup. Segera nafas diambil lalu dihembus perlahan.

Oikawa menyengetkan kepalanya. Gadis di depannya sungguh mirip dengannya. Siapa pun boleh beritahu yang mereka adik-beradik. Dia menggenggam tangan kanannya. Jangan-jangan...

"Ano... Saya Shiro. Oikawa Shiro." Shiro memegang belakang lehernya. Genggaman tangan Oikawa semakin kuat. Firasatnya tepat. Tapi dia menunggu kata-kata seterusnya.

"Seperti yang senpai dengar. Saya... Adik senpai yang telah dibuang suatu masa dahulu." Dia mula menunduk. Bibir bawah digigit. Air mata ditahan semampu boleh.

Haikyuu: CompilationWhere stories live. Discover now