~ jiyu memegang telefonnya. Jam sudah menunjukkan jam 3 pagi. Dia terjaga kerana Ada satu panggilan masuk. Dia mengeluh.
Wajah hueningkai dan Taehyun ditenung. Sebentar tadi dia ditelefon Oleh pekerja yang menguruskan ladang nenek lee.
Pekerja disana Minta dia pulang dengan segera kalau boleh. Umurnya sudah 17 tahun dan mereka yakin yang jiyu sudah boleh mentadbir Aeyeon holdings.
Taehyun terjaga. "Noona kenapa tak tidur?"soalnya sambil menggosok Mata. Jiyu tersenyum. Rambut Taehyun dia usap.
"Hyun...esok noona balik Jeju. Kamu jaga hueningkai ya?"balas jiyu. Mata Taehyun terus Segar mendengar bicara jiyu.
Dahinya berkerut. "Wae?kenapa noona balik Tanpa kami?"soalnya. "Noona kena tengok kebun dan Aeyeon holdings..noona janji isnin noona balik"jelas jiyu.
Taehyun mengeluh. Dia faham kakaknya. Gadis itu adalah ketua keluarga dan Harapan orang Kampung.
Dia tak boleh pentingkan diri sangat. "Lagipun hujung Bulan ni Kita balik Jeju sama-sama...lagi 2 minggu"pujuk jiyu.
Taehyun akur. Dia mengangguk mengiyakan. Tapi dia risau Akan hueningkai. Lelaki itu manja dengan jiyu Jadi dia sedikit risau.
Bahu Taehyun jiyu tepuk dengan lembut. "Geokjeongma...noona akan jaga diri. Kamu jaga hyuka"pesan jiyu. Taehyun mengangguk.
************************************
Hanlim Art Highschool.~ Taehyun mengeluh. Seperti yang dia sangka. Hueningkai Akan merajuk. Sekarang hueningkai merajuk dengannya kerana tidak memujuk jiyu supaya tidak pergi.
Ahli TXT mula pelik. Biasanya Taehyun dan hueningkai Akan duduk rapat-rapat tapi sekarang ini hueningkai duduk jauh.
"Kai,Kau dah kenapa?"soal Beomgyu. Dia tak suka tengok wajah Taehyun yang runsing. Hueningkai mencebik. Dia jeling Taehyun.
Yeonjun meletak chopsticknya. "Korang gaduh pasal apa Pula ni?"Tanya yeonjun. Hilang selera makannya melihat perangai mereka.
"Kalau pasal noona..Aku Minta maaf tapi Kau kena ingat yang noona tengah jalankan tanggungjawab dia. Dia Anak sulung!"tegas sahaja Taehyun berkata.
Tanpa sedar mereka membuka satu rahsia. Soalan Beomgyu dan yeonjun diabaikan. Hueningkai pusing menghadap Taehyun.
Mereka bagaikan di Dunia sendiri. Mereka lupa yang Ada orang lain disisi.
Soobin tersenyum sinis. Nampaknya mereka sendiri yang Akan Buka rahsia. Yeonjun sudah menggelabah. "Yah Taehyun hueningkai!"tegurnya.
"Tapi Kau tahu Aku sayangkan noona sangat. 4 Hari bukanlah waktu yang singkat Taehyun!Kita tak pernah berpisah dengan noona sebelum ini!"bidas hueningkai.
Yeonjun sudah menepuk dahinya. Dahi Beomgyu berkerut. "Korang adik-beradik ke?"soalan Dari Beomgyu membuatkan Taehyun dan hueningkai kembali sedar.
Mereka menoleh. Keduanya terdiam. "Sekarang nak jujur atau tidak?Kang Taehyun Jung Hueningkai?"Kini soobin Pula menyoal.
Hueningkai terus menunduk. Rahsia mereka terbongkar adalah salahnya. "Maja...kami adik-beradik"tenang sahaja Taehyun menjawab.
Hueningkai terus memandang Taehyun dengan pandangan tidak percaya. "Dan cukup itu sahaja hyung perlu Tahu"tambah Taehyun.
Soobin mengangguk manakala Beomgyu membuat muka terkejut. Gilalah kalau dia tak terkejut. Mereka dah berkawan selama 5 tahun tapi mereka langsung tak Tahu tentang fakta itu.
Yeonjun hanya diam dan itu menimbulkan perasaan pelik dalam hati soobin. Soobin mula curiga dengan yeonjun.
"Kenapa dengan noona korang?"soal Beomgyu ingin Tahu. Taehyun diam. "Hyung tak perlu Tahu"Kali ini hueningkai pula yang berkata.
YOU ARE READING
우리는 (We)
Teen FictionChoi Beomgyu -dia kehilangan kembarnya -sayangkan Taehyun seperti adiknya sendiri -tablemate jiyu dan suka cari pasal dengan jiyu. Choi Ji Yu -dia seorang yang tenang dan misteri -tablemate Beomgyu -dia Akan buat apa sahaja untuk lindungi Taehyun da...