Balai polis Seoul.
~ hyunsuk duduk memerhatikan Tuan oh yang sedang disoal siasat dalam bilik kaca itu. Disebelah hyunsuk Ada doyoung dan yedam.
"Boleh jelaskan pada kami kenapa Tuan sanggup rosakkan keluarga Choi?"Tanya pegawai polis yang bertugas.
Tuan oh berdecit. Dia letakkan kedua tangannya diatas meja. Bibirnya mengukirkan senyuman menyerigai. Matanya merenung pegawai polis itu.
"Salah mereka...kalau Kang Soomin tak kahwin dengan Choi Kangchul semua ni takkan terjadi."ujar Tuan oh. Badannya disandarkan pada kerusi.
"Maknanya tuan cemburu?"soal pegawai polis itu. Tuan oh ketap bibirnya. "Aku cemburu?ceh,jangan harap!"balas Tuan oh.
Meja dihentak kuat Oleh Tuan oh tanda dia memberontak. "Jadi Tuan mengaku yang Tuan buat semua ini?macam mana dengan 11 keluarga yang tidak bersalah?Tuan buat semua itu untuk apa?"soal pegawai polis itu dengan tenang.
Tuan oh ketawa seperti orang hilang akal. Dia teringat dengan semua mangsanya. Dia suka bagaimana mangsanya boleh mudah tertipu.
"Aku nak harta mereka...dengan harta mereka Aku boleh Jadi lebih berkuasa dan dihormati berbanding Kangchul"ujar Tuan oh sedikit teruja.
Doyoung kepal penumbuknya. Dia hampir sahaja masuk ke dalam bilik soal siasat itu Nasib yedam Ada menahan dirinya .
Hyunsuk yang mendengar ayat Tuan oh terdiam. Dia bersandar pada kepala kerusi. Matanya di tutup. Satu memory menerjah masuk.
"Hyunsuk-ah!"panggil nenek Choi. Hyunsuk yang berusia 3 tahun berlari dapatkan nenek kesayangannya.
"Halmeoni!!"jerit hyunsuk gembira. Sudah 4 Hari dia tidak berjumpa neneknya kerana neneknya sibuk dengan kerja.
Nenek Choi memeluk tubuh kecil hyunsuk. Rambut cucunya yang berwarna hitam itu diusap dengan lembut.
"Kamu dah Makan ubat?macam mana tinggal dengan nenek Lee?"soal nenek Choi. Hyunsuk tersengih.
"Dah, halmeoni!sukkie suka duduk dengan nenek Lee. Nenek lee baik"balas hyunsuk. Nenek Choi tersenyum lega.
Rambut depan hyunsuk dikuak lalu disisipkan ketepi telinga hyunsuk. "Hyunsuk-ah!"seru nenek Choi.
Hyunsuk memandang nenek Choi dengan wajah polos. "Waeyo, halmeoni?"soal hyunsuk. Nenek Choi merenung hyunsuk.
"Bila satu Hari nanti halmeoni dah tak Ada..halmeoni Nak kamu lindungi keluarga kamu...jangan benci mereka"ujar nenek Choi lembut.
Dahi hyunsuk berkerut. "Apa maksud halmeoni?"soal hyunsuk. Nenek Choi tersenyum. Dia membawa hyunsuk duduk di bangku luar rumah mereka.
"Hyunsuk-ah...kamu perlu Tahu tentang mereka..halmeoni takut halmeoni tak sempat"ujar nenek Choi. Hyunsuk terdiam.
"Kamu Ada adik kembar..Nama dia yeonjun. Kamu juga Ada adik lain Bernama soobin dan soowin"ujar nenek Choi.
Hyunsuk Masih terdiam. Dia memberikan ruang untuk nenek Choi bercerita.
"Kamu sepatutnya dah Mati, sayang tapi halmeoni tak putus asa dengan kamu..usaha halmeoni Berjaya. Kamu dah sihat"ujar nenek Choi.
YOU ARE READING
우리는 (We)
Teen FictionChoi Beomgyu -dia kehilangan kembarnya -sayangkan Taehyun seperti adiknya sendiri -tablemate jiyu dan suka cari pasal dengan jiyu. Choi Ji Yu -dia seorang yang tenang dan misteri -tablemate Beomgyu -dia Akan buat apa sahaja untuk lindungi Taehyun da...