W:memory of taehyun

120 19 2
                                    

Hanlim Art Highschool.

~ akhirnya jiyu sudah kembali sekolah. Senyuman terujanya memang dia tak boleh sorok. Beomgyu yang dibelakang jiyu hanya menggeleng.

"Jiyu!!"panggil seseorang. Jiyu dan Beomgyu menoleh. "Na Eun!!"balas jiyu. Mereka mula berpelukan didepan pintu kelas.

Beomgyu yang malas nak hadap drama mereka mula masuk kelas. "Jiyu,Aku rindu Kau!"luah na eun. Jiyu tersenyum. "Aku juga!"balas jiyu.

Na eun adalah kawan jiyu disekolah ini. Waktu rehat biasanya mereka melepak bersama. Na eun Tahu kisah silam jiyu.

Jiyu melabuhkan punggung disebelah Beomgyu. Kerusi hadapan jiyu ditarik na eun lalu dia duduk. Jiyu jeling sekilas Beomgyu yang melentokkan kepala atas meja. Tidur.

Agak susah juga jiyu nak kejutkan Beomgyu bangun tadi pagi. Itupun dia terpaksa Tarik telinga Beomgyu. Siapa suruh bangun lambat.

"Jiyu..sepanjang Kau tak Ada kan. Jaehyuk asyik termenung taw"na eun mula bergosip. Dahi jiyu berkerut. "Kenapa dia termenung?"soal jiyu Nak Tahu.

Jarang dia berminat dengan gossip murah na eun ni. Na eun terus pukul bahu jiyu. "Aduh!"Adu jiyu tapi diendahkan na eun.

Na eun ni tak sedar ke dia pukul bahu tangan jiyu yang sakit tu. Hampeh punya kawan. Beomgyu yang terdengar jiyu mengadu sakit terbangun.

Dia terus pandang jiyu. Tangan jiyu diambil lalu dia urut dengan perlahan. "Apa lagi dia suka Kau..ooh Beomgyu Kau dah bangun!"ujar na eun teruja.

"Kau ni ,na eun...Nak pukul jiyu pun agak-agaklah!"tegur Beomgyu. Jiyu hanya diam. Ada satu perasaan yang susah dia ungkapkan meliar dihatinya.

"Kau okay jiyu?"soal na eun. Jiyu tersenyum kekok. "Aku okay. Gumawo gyu sebab tolong urut"ujar jiyu. Beomgyu tergamam.

'Gyu'

Itu Nama panggilannya dengan Beomjyu. Mendengar jiyu panggilnya dengan Nama gyu buatkan dia sedikit tersentak dan tergamam.

"Cheonma!"balas Beomgyu kekok. Mereka kembali duduk seperti biasa memandangkan cikgu sudah masuk kelas.

Mereka belajar seperti biasa sehinggalah Ada satu ketukan dipintu menganggu pelajaran mereka. Semua menoleh kearah pintu.

"Maaf ssaem tapi kami perlukan bantuan jiyu sunbae sekarang ini!"ujar pelajar itu. Dahi jiyu berkerut.

Dia diperlukan?Oleh siapa? "Siapa yang perlukan dia?"soal cikgu Kim. Pelajar itu ketap bibirnya. " Lee ssaem yang suruh panggil jiyu sunbae!"balas pelajar itu.

Cikgu Kim mengangguk lalu mengisyaratkan jiyu agar ikut pelajar lelaki tadi. Jiyu dengan tak relanya mengikut pelajar tersebut.

"Kenapa panggil Saya?"soal jiyu. "Taehyun hilang kawalan dan hueningkai cakap hanya sunbae yang boleh tenangkan dia"balas lelaki itu.

Jiyu terkejut. Taehyun hilang kawalan?bagaimana?bukan adiknya sudah sembuh Dari penyakit itu?

Jiyu terus berlari bersama pelajar itu. Dia risau akan adiknya itu. Takut Taehyun sesak nafas.

****************************************************************************
Taehyun sedari tadi hanya memandang rakan sekelasnya yang seronok bermain dengan peralatan makmal sains.

Dia hanya berdiri dihujung meja. Hueningkai dan dia bukanlah ahli kumpulan yang Sama Jadi mereka berpecah.

Sedang leka Taehyun dalam Dunianya sendiri,dia ditegur Oleh seorang pelajar perempuan. "Ooh,Ji Eun. Nak apa?"soal Taehyun dingin.

Ji Eun hanya tersenyum dan itu membuatkan Taehyun pelik. Ji Eun berbalas pandangan dengan ahli kumpulan mereka yang lain.

Tangan Taehyun ditarik Kasar lalu dipakaikan satu rantai besi yang Ji Eun jumpa tadi. Niat mereka hanya mahu bergurau.

우리는 (We)Where stories live. Discover now