W: Yeonjun exam

122 16 0
                                    

Sekembalinya hueningkai dan yang lain Dari sekolah. Mereka menuju terus ke bilik tidur Taehyun. "Annyeong!"sapa hueningkai.

Taehyun tersenyum. Dia Sedang duduk bersandar di kepala katil. Beomgyu tergamam apabila lihat bilik Taehyun.

Nampak cantik dan matang. Selama ini dia tidur di bilik lain bersama abang-abangnya. Yeonjun dan soobin. Jiyu bangun Dari duduk.

Dia mengemas mangkuk bubur. Sebenarnya dia Baru lepas bagi Taehyun Makan dan kebetulan hueningkai dan adik-beradik Choi pulang.

"Saya keluar dulu!"pamit jiyu. Yeonjun ekori jiyu Dari belakang. Dulang ditangan jiyu diambil. Jiyu terkejut.

"Sunbae!"seru jiyu. Yeonjun tersenyum. "Biar oppa Bawa..."ujar yeonjun. Jiyu hanya biarkan yeonjun Bawa dulang itu.

Malas dia mahu gaduh dengan yeonjun. Puan Ji yang berada di dapur tersenyum ke arah jiyu dan yeonjun. "Taehyun dah Makan?"soal Puan Ji.

Jiyu terus mengangguk mengiyakan. "Kamu yeonjun Nak Makan?"soal Puan Ji. Yeonjun pantas menggeleng. "Ani,ahjummah. Saya dah Makan dengan adik Saya dekat sekolah tadi"ujar yeonjun.

Puan Ji mengangguk faham. Dia memandang jiyu. "Jiyu Nak Makan?kamu Belum Makan lagi"ujar Puan Ji risau. Jiyu hanya tersenyum.

"Aniya,ahjummah. Yuyu tak lapar"balas jiyu. "Kenapa jiyu tak Makan?muka jiyu dah pucat oppa tengok!"ujar yeonjun.

Yeonjun juga risau lihat keadaan jiyu. Gadis itu nampak pucat berbanding pagi tadi. "Baguslah kamu Ada..tolong bagi yuyu Makan ya"ujar Puan Ji.

Yeonjun sentuh lengan jiyu. Jiyu tergamam. "Duduk!"arah yeonjun. Jiyu tersedar dia pantas menarik lengannya dan duduk.

Yeonjun tersenyum. Makanan yang tersedia di atas meja dia ambil lalu ingin menyuap jiyu.

Jiyu yang perasan dengan perbuatan yeonjun terus menghalang lelaki itu. "Saya boleh Makan sendiri,sunbae!"ujar jiyu.

Sudu di tangan yeonjun di ambil. Yeonjun tersenyum melihat jiyu Makan. Dia menopang dagu memerhatikan jiyu.

Jiyu pegang sudunya dengan kuat. Dia tak selesa ditenung oleh yeonjun. Soobin yang Baru turun terus menerpa kearah yeonjun.

Habis terkejut yeonjun dibuatnya. Jiyu tersenyum segaris. "Ah,WAE!!?!"soal yeonjun tak puas hati kepada soobin.

Soobin mengambil tempat disebelah yeonjun. Dia tersenyum kekok kearah jiyu sebelum memandang yeonjun sepenuhnya.

Soobin memang agak kekok dengan jiyu memandangkan dia tak rapat dengan jiyu. Gadis itu terlalu misteri baginya.

"Kenapa Kau dekat sini?pergi belajar! awal Bulan depan Kau Akan ikut ujian KAIST"tegur soobin. Yeonjun mula mencebik.

"Kau ni tak rilekslah..nantilah Aku belajar!"balas yeonjun. Soobin gelengkan kepalanya.

"Bulan depan ujian?"soal jiyu. Soobin terus menoleh. "Nae...Bulan depan ujian KAIST untuk kemasukkan universiti"balas soobin.

Jiyu mengangguk faham. Dia teringat seseorang. "Maksudnya dia juga Akan jawab ujian tu."bisik jiyu. Yeonjun yang terdengar jiyu seperti bercakap terus bertanya.

"Jiyu cakap apa tadi?"soal yeonjun. Jiyu gelengkan kepalanya. "Aniya...Saya dah siap makan"balas jiyu. Dia bangkit Dari duduk dan mengangkat pingannya.

Bahu yeonjun ditepuk Oleh soobin. Yeonjun tersentak. "Kau suka dia ke?"Tanya soobin dengan polos. Dahi yeonjun berkerut.

"Apa Kau mengarut ni!dah pergi sana!Kau pun Ada exam Bulan depan"halau yeonjun. Soobin mencebik tak puas hati.

우리는 (We)Where stories live. Discover now