♤{BAB 02}♤

89 11 0
                                    

Sejak hari tu,Kak Long memilih untuk duduk rumah aje.Tolong mak.Masak,cuci pakaian,menyapu dan macam2 lagi kerja rumah dia buat.

Kak Long berhenti kerja sebab rumah  'abang' Shahrin dan Marsha si dada rata tu berhadapan dengan kedai Pak Meon.

Patutlah....

Bila nak beli barang dapur,biasanya mak atau aku je yang pergi.Kami tak suruh Kak Long sebab,yelah kau tau jugakkan.

Jadi,pada pagi di hari Sabtu ni,aku dan Kak Long ambil keputusan untuk berehat-rehat kat beranda belakang rumah sambil makan keropok lekor cicah sos buatan mak,fuyoh,SEDAPNYA TAK TERHINGGA!!!

Sambil makan,sambil itu jugak aku dan kak long berbual-bual.

Walaupun aku dan kak long jauh berbeza,aku dan dia tetap rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Mungkin kerana kami 2 beradik sahaja.

Masa best2 kami tengah makan,tiba2 aku dan kak long terdengar bunyi enjin kereta.

Aik,bila masa pulak ayah ada kereta??Bukan ayah pakai basikal je ke???

Aku dan kak long meluru keluar dari beranda lalu menuju ke hadapan rumah.

Terkaku.Terkejut.Tergamam.Terpegun.Terkentut,eh silap.

Maaf 🙄🙄🙄🙄🙄

ADA SEBUAH LIMOSINE BERWARNA HITAM TERCONGGOK DIHADAPAN RUMAH KAMI!!!

OH MY GOD!!!!!!!!!

Aku melihat,jiran kami turut terjenguk-jenguk keluar kepala untuk melihat limosine itu.

Pintu dibuka dari dalam,lalu keluarlah seorang wanita bersama 2 orang lelaki yang memakai tuxedo berwarna hitam.

Perghh,sado badan tu.Kalah ngan si Shahrin.Kak Long pun sampai mata tak terlari dari melihat ketampanan kedua anak teruna itu.

Ceh,dok usya anak teruna orang pulak kakak aku ni....🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

Akhirnya,mereka bertiga telah sampai di hadapan kami berdua(betul ke ayat aku ni??)

"Maafkan saya,adakah cik ini ialah Cik Raihana??"wanita yang bersama 2 mamat sado tu sambil menunjukkan ibu jarinya ke arah aku.

Aku lantas mengangguk perlahan."Siapa cik ni???Ada apa datang ke rumah kami pagi2 ni?"Kak Long menyoal dengan nada tidak senang.

Wanita tadi tersenyum manis ke arah kami berdua.

"Nama saya ialah Aziqah.Cik berdua boleh memanggil saya dengan panggilan Cik Azi.Dan,saya ialah wakil Kedutaan Malaysia."katanya sambil menunjukkan sebuah kad kepada kami.

Betullah...dia tak main2.

"Dan,yang berdua ni ialah wakil dari Akademi Puteri Aurora.Kanan saya,Ray.Yang kiri saya ni pulak,Zack."

Hanya Zack sahaja yang memberikan kami senyuman.Manakala,Ray pula menundukkan kepala tanda hormat.

Aku dan Kak Long pula meng'o'kan sahaja.

"Tujuan saya dan mereka ini datang ke sini ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Raihana kerana telah terpilih untuk menjadi pelajar di Akademi Puteri Aurora ataupun Princess Aurora Academy."

Sekali lagi,aku dan Kak Long termanggu-manggu.

Hah...?

Apa dia cakap...?

Aku terpilih untuk belajar kat sebuah akademi....

Apa pulak Akademi Puteri Aurora tu....???

Kak Long memandang ke arah aku.Aku membalas pandangan Kak Long.

Not A Perfect Princess[OG]Where stories live. Discover now