Disebabkan ada yang nak watak baru,meh author perkenalkan...
Kau bacalah sendiri.Nanti kau jumpa jugak siapa watak baru...
🤣🤣🤣#janganmarah
~~~~~~
Hana terhenti dari meneruskan langkah lariannya apabila terdengar suara jerkahan seseorang.
"Aikk??Dah kenapa pulak tu??"Hana bertanya kepada diri sendiri.Hana baru menyedari kalau dirinya sudah berada di hadapan pintu gerbang asrama Para Puteri.
Hana yang tidak tahu apa-apa langsung melangkah untuk menjauhi kawasan asrama tersebut.Namun belum sempat dia ingin menjauhi asrama puteri,Hana terdengar suara-suara orang yang kedengarannya sedang bergaduh.
"Kenapa kamu kejar pelajar tadi??"soal seorang gadis yang memakai tiara di atas kepalanya yang berbalut tudung(?).Hana tahu kalau gadis itu ialah seorang puteri kerana dia pernah melihat rupa serta bentuk daripada tiara yang dikhususkan untuk seseorang yang berdarah diraja di akademi ini.
'Aku dapat rasakan awek yang guna tiara kat kepala dia tu akak senior'Hana bermonolog sendiri.
"Ermm,tadi...budak tu.."tukang kejar si Hana tadi jadi tergagap-gagap apabila dijerkah oleh seorang pelajar senior.
"Apa budak tu!!?Dah pergi sana!!"sekali lagi si akak senior menjerkah para pembuli tu dan mereka pun melarikan diri.
Sebaik sahaja para pembuli tadi pergi,Hana keluar dari tempat persembunyiannya.Dia mendekati pelajar senior yang telah membantu dirinya sebentar tadi.
"Hmm,terima kasih sebab dah tolong saya."Hana berkata sambil menundukkan sedikit tubuhnya.
"No hal.Lagipun diorang tu memang nak kena.Btw,nama kamu siapa??"ujar si senior kepada Hana.
"Nama saya Nur Raihana Fhartina.Panggil saja Hana.Saya bukan Royal Lady ataupun Puteri.Jadi tak perlulah terlalu berformal dengan saya."kata Hana.
Pelajar senior itu nampak macam terkejut tapi tidak lama.Selepas itu,dia tersenyum gaya bersahaja.
"Hana,kalau boleh lain kali jangan lah lalu kawasan yang sunyi tu.Memang ramai pembuli selalu habiskan masa diorang kat situ."nasihat pelajar itu kepada Hana.Hana hanya menganggukkan kepalanya.
"Nama akak Tengku Puteri Zirratul Maisarah.Pelajar tahun ke-4,puteri dari negara Zianhar.Panggil je Kak Mai."kata Tengku Maisarah dengan nada riang.Hana mengerutkan dahinya sebentar lalu dia pun berkata
"Negara Zianhar??Negara yang ada hubungan rapat dengan Qhaihar??"Hana menyoal kepada Tengku Maisarah.
Hana bertanya sedemikian kerana,ketika dia mencari maklumat berkenaan Qhaihar,dia mendapat satu lagi maklumat yang penting.
Iaitu negara Qhaihar mempunyai hubungan yang amat baik serta rapat dengan negara Zianhar.
Tengku Maisarah tergelak kecil lalu dia pun menganggukkan kepalanya.
"Ha'ah.Eh,pergilah balik gi asrama kamu.Nanti warden cari,kamu yang kena."
Hana yang menyedari bahawa dirinya sudah terlewat pulang ke asrama,segera pergi dari situ.
"Terima kasih sebab dah selamatkan saya,Kak Mai."Hana mengucapkan terima kasih sekali lagi.
"Ya,sama-sama."Tengku Maisarah berkata sambil melambaikan tangannya ke arah Hana.
Hana turut berbuat sedemikian,lalu dirinya pun beredar dari situ.
~~~~~~
Sebaik sahaja aku sampai di asrama,Camile telah pun menunggu di hadapan pintu bilik kami.
YOU ARE READING
Not A Perfect Princess[OG]
Teen FictionPernah tak jumpa anak dara yang suka berangan-angan nak jadi anak raja?? "Aku nak hidup mewah..nak ada baju cantik,kereta besar,rumah besar.." Lebih kurang macam tulah diorang akan cakap. Tapi lain pulak dengan si Cik Nur Raihana Fhartina.Dia langsu...