♤{BAB 12}♤

57 7 2
                                    

Untuk kelas aku yang pertama,Miss Cathrine minta aku ke depan untuk kenalkan diri.Tadi masa Puan Vicky,dia tak suruh aku perkenalkan diri.Just masuk dan ambik tempat duduk.

Sebab tulah aku disuruh untuk perkenalkan diri aku kepada all classmates aku.

So,macam mana nak perkenalkan diri anak2 sekalian??

Senang aje tu.Ikut macam apa yang aku buat.

"Hai semua nama saya Nur Raihana Fhartina.Dari Malaysia.Harap kita semua boleh jadi rakan baik."

Mereka semua mengangguk lalu memandang sesama sendiri.Tiba-tiba,ada seorang pelajar angkat tangan.

Hmm,si Deanna.Pelajar dari United Kingdom.

"Kau ni Royal Lady atau Princess,eh??"soal Deanna dengan wajah yang super-duper blur.

Oh,aku lupa.Aku tak pakai tiara kat atas kepala sebab aku kan cuma pelajar biasiswa biasa.

Aku rasa si Deanna ni Royal Lady.Sebab tiara dia yang agak simple namun nampak kecantikannya.

Ouu,dan aku pun baru tau,dalam ramai-ramai kawan aku,rupa-rupanya si Aury ataupun Audrey dan Aiko-chan tu ialah seorang Puteri.

Manakala Camile,Lee dan Lovelia pulak ialah Royal Lady.

Walaupun soalan Deanna tu dikira soalan yang macam ada nada kurang ajar,aku tak ambil hati pun.Mungkin dia pelik sebab aku yang takde apa-apa ni boleh pulak masuk dalam kelas Aryia ni.

"Cik Hudson,sila jaga pertuturan kamu."aku terdengar Miss Cathrine menegur Deanna dengan nada tegas.

Deanna menunduk seketika sebelum memandang semula ke arah aku.Wajahnya ketika itu macam nak minta maaf aje kat aku.

Hmm,semua pelajar di sekolah ni memang dipanggil oleh cikgu menggunakan nama belakang diorang ke???

"Maafkan saya,Raihana,atas pertanyaan yang biadab tadi."ujarnya kepada aku.

Aku tersenyum sambil mengangguk.

"Tak apa.Lagipun bukannya salah awak pun.Awak cuma nak tanya.Awak boleh panggil saya Hana aje.Ou,untuk jawab pertanyaan awak tadi tu,saya cuma pelajar biasiswa dan saya bukan royal lady atau princess."aku menjawab dengan penuh keselambaanya.

Mereka semua,terkecuali Lovelia dan Lee,melopong seketika.

"Seriuslah,aku ingat dia princess ataupun royal lady tadi.."

"Hmm,bertuah betul dia kan.Dapat masuk sekolah cam ni."

"Baguslah tu.Ada jugak pelajar biasa kat sekolah ni,tak perlulah kita semua kena terlalu berformal sangat bila berjumpa."

Macam-macam lagi aku boleh dengar komen dari mulut pelajar 1 Aryia ni.Takde komen negatif,komen positif aje.

Bagusleh,tak susahlah hati aku kat sini.

"Baiklah semua.Kamu pulak Cik Hana,balik ke tempat duduk kamu."

Aku dengan senang hati menuju semula ke arah tempat duduk aku.Sambil mencari posisi mana ngam ngan aku,aku cuba bertanya kepada Lovelia.

"Lia,Miss Cathrine ajar subjek apa??"

Lovelia menoleh sekilas ke arah aku.

"Subjek bahasa kebangsaan.Dan,jangan bercakap masa cikgu sedang mengajar."katanya dengan nada yang tegas.

Aku blur untuk seketika.Namun,setelah 4 saat,akhirnya aku pun paham dengan pesanan si Lia tu.

Inikan kelas Aryia.Kenalah jaga pertuturan,kelakuan dan yang paling penting ialah,harus ada DISIPLIN.

Not A Perfect Princess[OG]Where stories live. Discover now