♤{BAB 01}♤

114 10 8
                                    

Pada hari Isnin,iaitu hari yang paling aku 'benci',sekali lagi aku didenda oleh Cikgu Ain,iaitu guru kelas aku.
Denda nya ialah berdiri di luar kelas sampailah habis waktu Cikgu Ain.

Mengapa aku didenda sedangkan aku datang awal dan kerja sekolah aku telah pun aku siapkan???

Begini ceritanya....

Flashback....

Aku dengan relaksnya berjalan pergi sekolah.Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke dalam pagar sekolah,datang dah seekor SOTONG TAK CUKUP ZAT ke arah aku.

"Hmm,ada apa,aku kan dah datang awal.Boleh kasi aku masuk tak??"aku meminta kebenaran sambil menjulingkan mata ke atas.

SOTONG tu senyum sinis kepada aku.

"Heh,kalau bukan sebab Cikgu Arif,aku takkan panggil kaulah.Dah,pi bilik disiplin,sekarang.Cikgu Hensem tu nak jumpa."SOTONG berkata sambil memeriksa kukunya.

Heh,ingat cantik sangat ke kuku kau tu??

"Baik."aku membalas pendek sebelum berlalu meninggalkan SOTONG GEDIK kat depan aku ni.

Kenapa aku tak membantah??Sebab guru penolong kanan hem kat sekolah ni ialah MAK si SOTONG TU.

Nanti tak pasal2 dia mengadu kat mak dia tu,habis aku.

Sebab mak dia tu jenis percaya cakap anaknya.Tambahan lagi,SOTONG ni suka reka cerita.

Lain yang jadi,lain yang dia cerita.

Dahlah aku malas nak cari pasal pagi2 ni.

Sebaik sahaja aku sampai di hadapan bilik disiplin,aku mengetuk pintu sebelum masuk.

"Masuklah,pintu tak kunci"

Aku masuk ke dalam bilik disiplin,dan aku nampak,Cikgu Arif ngan Cikgu Ain sedang rancak berbual berdua.Siap bertepuk tampar lagi.Mataku juga sempat menangkap tangan Cikgu Arif yang menyetuh dada Cikgu Ain.

Ya Allah....

Cikgu aku ni tak takut ke nanti ada yang ketiga..??

Kedua2 orang guru itu memandang ke arah aku seperti ingin menelan aku...

Ehh???

Ya,aku baru teringat.

Cikgu Arif dan Cikgu Ain kan dah bertunang.

Patutlah diorang marah sangat kah aku.

Aku dah kacau daun..

Endflasback....

Sebab tulah aku kena denda sekarang ni...

Apalah Cikgu Ain tu,patutnya dia berterima kasih kat aku sebab aku dah mucul kat situ bagi mengelakkan maksiat terjadi.Ini tidak,didendanya pulak aku.

Semasa aku berdiri di luar,aku terlihat SOTONG ataupun si SALINA dan geng2 dia sedang senyum mengejek ke arah aku.

Ada ke patut??Dia rupanya tipu aku pagi tadi arahan atas seseorang.

Seseoranglah sangat.Aku kenallah siapa yang tak puas hati ngan aku ni.

Heh,tunggu kau nanti😏😏😏.

Ada lori,
Ada bas,
Ada hari,
BOLEH BALAS!!!

~~~~~~

Sebaik sahaja aku sampai di hadapan rumah,aku terus memberi salam.

"ASSALAMMUALAIKUM,MAK.HANA DAH BALIK."

Seusai memberi salam,aku membuka tali kasut dan meletakkannya kat dalam almari kasut yang memang dah diletak kat luar rumah.

Not A Perfect Princess[OG]Where stories live. Discover now