BAB 7

123 3 0
                                    

DIANA mengheret bagasi besarnya menyusuri balai ketibaan dengan hidung yang kembang kempis. Udara di tanah airnya terasa seperti luar biasa segar. Dia benar-benar tidak percaya tiga tahun telah berlalu. Terasa seperti baru semalam dia berlepas ke UK.

Setelah tamat belajar di University of Manchester, dia pulang ke Malaysia sendirian hari itu kerana ayahnya sibuk. Angin hangat pantas menyapa wajahnya apabila dia keluar ke tempat pick up.

"Diana!" jerit Amir sambil mengibas-ngibas tangan penuh teruja tidak ubah seperti sesungut sotong yang tergapai-gapai.

Malisha ada di belakangnya.

Diana berlari pantas ke arah mereka sambil mengheret beg. Kasut tumit tingginya yang berdetak-detak di atas lantai, menarik perhatian orang di sekeliling.

Malisha dan Amir memandang Diana dari rambut ke hujung kaki dengan penuh kagum.

"Oh my nyaaahhh! Look at you! I'm so proud of you, babe!"

Amir merenung Diana dengan mata terbeliak sambil memusing-musingkan badan gadis itu.

Diana yang dahulu sudah tiada. Di hadapannya kini adalah seorang bidadari. Kulit Diana yang dahulunya menggerutu serta berjerawat kini licin bak telur rebus. Keningnya telah dirapi dan rambut menggerbangnya pula terurus kemas.

Malisha memeluk dan mencium pipi Diana untuk melepaskan rindu.

"Kau nangis apa hal ni, Mir?" tanya Diana sambil tersengih.

Gigi putihnya tersusun. Dia tidak lagi memakai pendakap gigi.

"Sebab kau la! Nyah, kau cantik gila okey! Macam Bella Hadid dah sekarang. Of course la mak terharu, terkejut, semua ada! OMG, OMG, OMG gitu!"

"Mengadalah kau." Diana tersipu malu.

"You looked like a model tahu tak? Macam real life Barbie! Please jadi model untuk baju-baju aku lepas ni, okey?"

Wajah gadis itu mulai menjadi merah.

"Dengan syarat kau kena design baju aku dulu. How's work?"

"Ha, sudah, sudah. Sambung sembang kat rumah nanti. Jom, nanti security guard tu marah kita pula."

Malisha mencelah sambil menekan butang unlock pada alat kawalan jauh keretanya.

Amir dan Diana tersengih sebelum berjalan menuju ke kereta sambil mengheret bagasi.


DIANA menggoyang-goyangkan kaki sambil merenung sekeliling. Tidak ramai yang berkunjung ke Starbucks malam itu kecuali beberapa orang pelajar dari universiti berhampiran.

Amir selesai membayar harga dua cawan caramel macchiato dan berjalan menuju ke meja mereka sambil bersenandung lembut.

"Ha, apa dia yang kau nak gosip dengan aku?" tanyanya setelah melabuhkan punggung.

Diana mengetuk-ngetuk cawan minumannya dengan mata yang dikecilkan. Bibir mungilnya dimuncungkan. Matanya bersinar-sinar merenung Amir.

"Kau dah kenapa renung aku macam tu?" tanyanya.

"Mir, apa cerita tiga orang tu?" tanya Diana dengan muka berminat bercampur misteri.

"Tiga orang yang mana?" Amir keliru.

"Rafael Hafiz, Nick Daniel dan Zikri Faizul."

"Ohh, tiga jebon tu. Hmm, setahu akulah kan, Rafael kerja dengan ayah dia. Nick sekarang terkenal di YouTube dengan vlog paranormalnya dan Zikri pula sibuk dengan modeling," terang Amir panjang lebar.

"Modeling?"

"Yes. Teka siapa yang kena hadap muka dia kalau ada fashion show."

Diana mengangkat sebelah keningnya.

"Akulah. Sometimes aku perlu bekerja dengan dia. Menyampah tahu tak. Dahlah sombong, mulut puaka pula. Kadang-kadang dia kompelin pasal design aku. Geram tahu tak!" bebel Amir sambil menongkat dagu.

"Aha, begitu... Tell me about Rafael Hafiz, everything about him."

"Hmm, yang aku tahu, dia kerja dengan syarikat keluarga dia la of course. Tapi hari tu, Zikri ada minta aku design baju untuk dia. Katanya untuk majlis pernikahan Rafael. Dia dah bertunang, tapi aku tak kenallah siapa tunang dia."

Diana mengangguk-angguk dengan wajah sinis.

"Kenapa kau tanya semua ni?"

Amir kehairanan.

Diana merapatkan kerusinya kepada Amir sambil mengetap bibir penuh teruja. Amir pula berasa seram dan menarik kerusinya jauh daripada gadis itu.

"Nyah, aku seramlah dengan kau. Memang orang yang balik dari luar negara menakutkan begini ke?"

"Bukanlah. Aku ada pelan ni sebenarnya. Sejak dari UK aku dah fikir benda ni."

"Apa yang kau fikir?" tanya Amir teragak-agak.

Diana tersenyum lebar. Tersangat lebar. "Masa untuk balas dendam."

"Balas dendam? Dengan Rafael, Nick dan Zikri?"

"Yes. Kau ingat kan semua yang diorang dah buat pada kita dulu?" tanya Diana dengan wajah geram.

"Takkanlah aku lupa. Tapi, seriuslah kau nak balas dendam?"

Wajah Amir berkerut.

"Of course. Kau ingat aku nak lupakan aje apa yang diorang buat? Aku sampai nak bunuh diri tau disebabkan tiga ekor tu."

Diana menumbuk meja, perlahan.

"Okey. Tapi, apa yang kau nak buat?"

"Adalah. Aku nak mula dengan seorang demi seorang. But before that, Amir Zafran, kau setuju ke nak tolong aku?"

Diana menduga.

Amir mengetuk-ngetuk bibir dengan riak wajah sedang berfikir.

Diana menunggu jawapan kawan baiknya itu dengan tenang walaupun hatinya melonjak-lonjak tidak sabar.

"Baiklah. Apa rancangan kau?"

DIANA AMAYAWhere stories live. Discover now