BAB 10

172 1 0
                                    

ZIKRI yang sudah bersedia untuk melangkah ke pentas peragaan berjalan keluar dari bilik air. Rambut hitam tebal kebanggaannya yang digayakan benar-benar menaikkan seri wajah kacaknya.

"Hoi!" sergah Zikri apabila ternampak Amir.

"Apa dia?" Amir membalas dengan nada menyampah.

Tangan Amir sibuk memastikan baju rekaannya kemas dan menepati bentuk tubuh model.

"Baju yang aku suruh kau design hari tu dah siap ke belum?"

"Belumlah. Lagipun lambat lagi kan majlis pernikahan si Raf tu."

"Lambat otak kau. Bulan depan."

Zikri menderam.

"Yelah, lambat lagilah tu. Kalau cepat tu, esok atau lusa."

Amir menjawab acuh tak acuh.

Zikri yang geram berjalan perlahan merapati Amir.

"Hei, sotong. Pastikan baju tu siap on time okey? Jangan lambat. Kalau tak, siap kau aku paku ke dalam tanah. Dasar pendek."

Zikri melilitkan pita pengukur baju yang dipegang Amir ke leher lelaki itu. Dia kemudiannya melangkah pergi sambil ketawa jahat.

"Aku tak pendeklah! Kau tu yang tinggi! Ugh!"

Amir menggeram sambil menarik pita pengukur yang berselirat di lehernya.

Diana yang menyorok di balik dinding terjengket-jengket merapati kawannya.

"Kau jelas kan mengenai rancangan kita?" tanya Diana.

"Jelas. Tapi kau pasti ke krim itu takkan beri kesan sampingan pada kulit dia?" tanya Amir sambil membetulkan rambutnya.

"Taklah. Kau risau sangat ni kenapa? Krim tu akan beri kesan kepada aset dia sahaja."

Amir mengangguk sebelum matanya terbeliak.

"Aset yang mana satu?!"

"Rambut dialah! Takkan benda lain pulak!"

Diana mengherdik dengan ekspresi jijik. Amir memuncungkan bibir.

"Now, kat mana aku nak letak bakul hadiah 'khas' ini?"

Diana menunjukkan bakul hadiah yang dibawanya dengan wajah sinis.

"Kau letak aje di depan lokar dia. Selalunya ada nama di lokar model. Cari aje nama dia dan letak di situ."

Diana mengangguk sebelum memulakan langkah ke bilik lokar model. Bakul hadiah yang dibawanya berayun-ayun di tangan. Setelah memeriksa sekeliling dan memastikan tiada pengawal atau sesiapa di situ, Diana menolak pintu masuk ke bilik lokar tersebut.

Terdapat berpuluh lokar bercat kuning di situ. Kakinya melangkah menyusuri pintu-pintu besi yang berkunci dan berhenti di hadapan lokar yang tertulis nama Zikri Faizul. Ada dua buah bakul lain di hadapan lokar lelaki itu.

Diana tersengih sendirian sebelum meletakkan bakul bereben merah jambu yang berisi set penjagaan rambut di hadapan pintu lokar tersebut. Salah satu daripada botol produk tersebut telah diisi dengan krim penanggal bulu.

Krim tersebut diisi ke dalam botol yang bertanda conditioner kerana selalunya perapi akan dibiarkan selama beberapa minit setelah disapu di rambut sebelum dibasuh.

Diana tersengih sendirian memikirkan apa yang bakal berlaku apabila Zikri nanti.

"Sentuhan terakhir..."

Diana berbisik sambil meletakkan sekeping kad yang tertulis nama Zikri di bahagian atas bakul itu.

"KAU keluar dengan langsuir ke tadi?" tanya Nick sambil mengambil pas masuk daripada pengawal keselamatan.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 04, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

DIANA AMAYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang