2

115 10 0
                                    

"Terima kasih sebab belanja aku makan kat sini. Dah lah tempat ni mahal gile."

Dia hanya tersenyum bangga.

"Dulu kan kau suka belanja aku. Kali ni,aku belanja kau lah pulak."

Pipinya aku cubit.

"Kesian kawan aku ni. Dah lah baik,cantik pulak tu. Tapi,single."

Dia senyum lebar.

"Jom gi tengok movie nak? Movie yang kau suka tu dah keluar."

Mata aku membuntang luas.

"Siot ah!! Nak ikut jugak!"

Dia ketawa kecil.

"Aku tengah ajak kau lah ni ,gila."

"Tapi,kau tak gi kerja ke sia?"

Dia menampar lengan aku dengan kuat.

"Aku ambik cuti. Jomlah pergi."

Kami menuju ke arah kereta Audi berwarna hitam milik Seungwan selepas menghabiskan makanan yang dibayar oleh Seungwan.

Seungwan memandu keretanya dengan keadaan tenang sambil berbual dengan aku.

"Macam mana dengan Yeol? Dia dingin lagi macam dulu ke?"

Aku menggelengkan kepala aku sambil memaksa diri aku untuk ketawa kecil.

"Dia dah tak dingin. Dia ceria je selalu."

Dia ketawa kecil.

"Baguslah. Terima kasih sebab kau dah ceriakan dia."

Seungwan memandang aku sekilas lalu kembali memandang jalan raya.

Hanya senyuman tawar yang aku mampu lemparkan sekarang ni.

________________________

4 tahun yang lalu.

"Haiiii, Chanyeol."

Dia hanya mengangguk tanda membalas sapaan aku .

Aku cuba bermesra walaupun kami baru pertama kali berjumpa.

"Mana adik awak, Seungwan?"
"Buat kerja rumah."

Aku hanya mengangguk faham.

"Saya datang ke sini sebab Seungwan tertinggal fail dia kat hostel. Boleh awak tolong serahkan fail ni dekat dia?"

Fail itu diserahkan padanya. Dia hanya mengambil fail itu dari tangan aku sambil mengangguk tanda boleh. Dia masuk ke dalam rumahnya.

"Chanyeol!!"

Langkahnya terhenti lalu dia menoleh ke arah aku.

"Sebenarnya,dia ada banyak lagi barang yang dia tinggal kat hostel. Waktu kelas terakhir untuk semester tahun ni,dia tak sempat ambil barang kat dorm sebab dia ada hal waktu tu . Dan dia terus balik habis lepas kelas."

Kelihatan jelas dia melepaskan keluhan berat.

"Barang tu ada dalam kereta kau kan?"

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kekok lalu menuju ke arah kereta aku. Bonet kereta dibuka aku.

Malangnya, pintu bonet itu terhantuk pada kepala aku membuatkan aku hampir jatuh terduduk di atas tanah.

Dia sempat menyambut aku dengan lengannya. Aku memandang mata hitamnya yang bundar itu. Kelihatan matanya membuntang luas kerana terkejut.

"Kau ok?"

Aku hanya mengangguk lalu berdiri dengan elok.

"Dahi kau berdarah."

Kali ini,mata aku pula membuntang luas. Aku cuba memegang dahi ,tetapi tangan aku dicengkamnya .

"Jangan pegang ."

Dia menarik tangan aku masuk ke dalam rumah.

"Ikut aku."





                          ❄️❄️❄️

[C] TOO COLD | PCY ✓Where stories live. Discover now