Tidur aku terganggu apabila bunyi pintu balkoni terbuka. Aku segera memandang ke tepi.
Chanyeol tiada.
Aku segera bangun dari katil dengan keadaan yang mamai lalu mengintai ke celah balkoni.
Kelihatan Chanyeol sedang berdiri tegak sambil memandang ke arah langit malam.
"Yeollie sayang."
Dia menoleh ke arah aku membuatkan aku berdiri di sebelahnya.
"Awak tak boleh tidur?"
Dia menggeleng lalu berdiri menghadap aku membuatkan aku tersenyum lebar.
"Awak nak cakap sesuatu kat saya?"
Dia berdiam seketika sebelum sambil merenung aku dengan mata yang hitam itu sebelum membuka mulutnya.
"Aku minta maaf sebab selalu berdingin dengan kau."
Aku cuba mengawal reaksi di muka.
"Awak nampak lain, Yeollie sayang. Awak ok?"
Dia menggelengkan kepalanya.
"Aku rasa bersalah sebab berdingin dengan kau. Sebenarnya,bila aku tahu yang kau mengandung,Aku rasa gembira sangat,tapi-uh.."
Aku memeluknya erat sambil membelai lembut rambutnya.
"Saya tak kisah kalau awak berdingin dengan saya. Walaupun awak dingin,saya tetap sayangkan awak. Faham?"
Dia melingkarkan lengannya pada pinggang aku erat membuatkan aku ketawa kecil.
"Sukanya saya bila awak peluk saya macam ni. Macam koala."
Dia mengucup leher aku membuatkan aku ketawa kerana geli.
Tiba-tiba dia menjilat kulit tengkuk dengan perlahan membuatkan aku segera menarik rambutnya perlahan.
"Yeol... Yeollie."
Dia mengangkat aku menuju ke katil lalu membaringkan aku dengan perlahan.
Pintu balkoni dibiarkan terbuka membuatkan angin malam yang sejuk menampar kulit dengan lembut.
Chanyeol menindih aku sambil merenung aku lembut. Dia memegang wajah aku lalu melabuhkan bibirnya pada dahi aku.
"Inyoung."
Dia mengucup bibir aku lembut membuatkan lengan aku melingkari tengkuknya. Aku membalas ciumannya sambil memejamkan mata.
Tiba-tiba dia menggigit lembut bibir aku membuatkan bibir aku terbuka.
Ciuman kami semakin mendalam dan semakin ghairah.
Aku segera melepaskan tautan bibir lalu mencari nafas yang hilang.
Chanyeol baring di sebelah aku tanpa melepaskan lengannya pada pinggang aku. Mata kami bertaut lama sambil mencari nafas yang hilang.
Tiba-tiba dia bangun lalu menindih aku sekali lagi.
"Aku betul-betul rindukan kau."
Dia mendekatkan wajahnya pada wajah aku.
Bibir aku dipagutnya lembut membuatkan aku membalas ciumannya sambil memegang kuat bahunya.
Malam itu merupakan malam yang tidak boleh aku lupakan selamanya.
______
10 bulan kemudian.
"Bagilah Chanyoung tidur dengan aku. Biar Inchan tidur dengan korang ye?"
Aku melepaskan keluhan berat lalu menyerahkan Chanyoung padanya.
"Kalau dia nangis,kau pujuk. Jangan panggil aku."
Dia hanya tersenyum lebar sambil mencuit hidung kecil Chanyoung.
"Hari ni, Chanyoung tidur dengan mak cik,ye?"
Dia mendukung Chanyoung menuju ke bilik tidur. Aku memandang Inchan yang sedang tidur dengan lena manakala Chanyeol pula sedang menaip sesuatu pada komputernya.
"Kau pasti nak biarkan Chanyoung tidur dengan Seungwan?"
Aku ketawa kecil lalu duduk di atas katil bersebelahan dengannya.
"Kenapa? Seungwan kan cikgu tadika, pasti dia pandai jaga budak."
Dia hanya diam tidak membalas apa apa sambil menutup komputernya lalu komputernya diletakkan di atas meja.
Dia membaringkan dirinya sambil melabuhkan lengan atas dahinya.
"Awak ok?"
Dia hanya mengangguk lalu memandang aku lama sebelum mendepakan tangannya.
"Nak peluk."
Aku ketawa sambil masuk ke dalam pelukannya yang hangat.
"Manjanya si comel ni."
Dia hanya menggumam sambil menyembamkan wajahnya pada leher aku.
"Yeollie sayang."
Dia menggumam sambil mengucup leher aku sekilas.
"Tak sangka kita dapat baby kembar kan?"
Dia hanya menggumam sambil melingkarkan lengannya pada pinggang aku.
"Aku suka anak kembar."
Dia mendongakkan kepalanya memandang aku membuatkan aku ketawa.
"Awak nampak comel bila dongak kepala."
Aku memegang wajahnya lalu menggeselkan hidung aku dengan hidungnya sambil tersenyum lebar.
"Erghh. Comelnya Yeollie saya ni."
Pipinya aku cubit geram. Dia hanya merenung aku lama sebelum memanggil nama aku.
"Inyoung."
Aku berhenti mencubit pipinya lalu menggumam. Dia mengucup bibir aku sekilas lalu menyembamkan wajahnya pada leher aku membuatkan aku ketawa kecil.
"Awak malu ke?"
Dia menggelengkan kepalanya.
"Yeollie."
Dia menggumam lalu memandang aku.
"Awak rasa Inchan dan Chanyoung ikut siapa?"
Matanya menikam lembut mata aku.
"Mata dan hidung mereka ikut kau. Mulut mereka pula ikut aku."
Rambutnya aku belai lembut membuatkan dia memejamkan matanya. Dahinya aku kucup sekilas manakala dia pula hanya mendiamkan diri.
"Awak dah tidur?"
Dia tidak membalas apa apa. Tiba-tiba bunyi dengkuran halusnya memenuhi ruangan bilik membuatkan aku tersenyum kecil.
Lengannya masih melingkari pinggang. Aku memandang Inchan dari jauh memandangkan aku tidak boleh bangun dari katil.
"Selamat malam, Inchan sayang."
Mata aku beralih pada Chanyeol yang sudah tidur lena diulit mimpi. Bibir ditempelkan pada pipinya.
"Selamat malam,baby ais."
"Apa kau kata tadi?"Dia membuka matanya sambil mendekatkan wajahnya pada aku membuatkan aku ketawa kecil.
"Baby ais. Kenapa? Nak marah saya lah tu."
"Mama. Nak susu badan. Kita kan baby."
"Yah! Park Chanyeol!"
"Alaa~. Bagilah kita susu~"
"Tidur cepat!"
❄️❄️❄️
~TAMAT~