13

95 9 0
                                    


Aku terjaga dari tidur apabila cahaya matahari menerpa pada wajah lalu aku memandang ke tempat Chanyeol.

Kosong.

Aku segera bangun dari katil lalu keluar dari bilik dengan hati yang tidak berapa seronok.

Kenapa dia angkat aku ke bilik tidur tapi dia langsung tidak tidur di bilik kami?

Pintu bilik kerjanya dibuka.

Tepat sangkaaan aku. Dia tidur di sini lagi.

Aku mendekatinya dengan perlahan.

"Yeollie. Bangun."

Badannya aku goncangkan sedikit membuatkan dia terbangun.

"Kenapa awak tidur kat sini lagi? Awak masih marah saya lagi?"

Dia bangun dari sofa lalu keluar dari bilik meninggalkan aku berseorangan di bilik kerjanya.

Aku segera mengikuti langkahnya dengan cepat lalu memeluk belakangnya dengan erat membuatkan langkahnya terhenti.

"1 malam saya tak peluk awak."

Dia hanya diam membisu.

"Tolong menggumam. Sekali pun takpe."

Aku meleraikan pelukan lalu berdiri di hadapannya. Dia merenung aku dengan kosong membuatkan hati aku terasa sebak.

Mata aku mula menjadi kabur kerana air mata yang memenuhi empangan mata.

"Saya minta maaf."

Aku memeluknya erat sambil menghamburkan tangisan.

Seperti biasa, dia langsung tak membalas pelukan membuatkan hati aku bertambah kecewa.

"Saya tak suka bila awak diam."

Dia merengus geram lalu menolak aku perlahan. Aku memandangnya dengan perasaan terkejut manakala dia pula merenung aku tajam dan mengangkat tangannya untuk menampar aku.

Aku memejamkan mata dengan erat sambil menggenggam tangan dengan erat. Walaupun beberapa saat telah berlalu,aku masih tidak terasa apa apa.

Aku membuka mata aku dengan perlahan. Kelihatan dia masih merenung aku dengan tajam. 

"TOLONGLAH INYOUNG! KEPALA AKU MASIH SEMAK DISEBABKAN HAL SEMALAM! BAGI MASA UNTUK AKU BERTENANG! BERHENTI GANGGU AKU!"

Dia meraup rambutnya geram lalu membuka langkah menuju ke bilik air meninggalkan aku yang masih terkejut kerana jerkahannya.

Perasaan takut mula menyelubungi hati dan badan aku mula menggigil.

Siapa suruh kau ganggu dia waktu dia marah? Siapa suruh kau gedik nak tumpahkan air atas komputer dia? 

Semua salah kau, Park Inyoung.

Aku perlahan lahan menuju ke bilik lalu memerhati setiap sudut bilik kami dengan hati yang kecewa.

Aku akan melakukan sesuatu.

Tapi, betulkah tindakan aku nanti?

_______________________

"Kau gaduh dengan dia ke?"

Aku ketawa kecil walaupun hati sudah terasa sebak.

"Mana Ada. Dia ada lawatan kelas untuk beberapa hari. Jadi, aku  bermalam kat sini untuk beberapa hari. Boleh kan?"

Dia tersenyum lebar lalu mengangguk kepalanya laju.

"Nasib dia ada lawatan kelas, kalau tak, sunyi aku. Lagipun housemate aku ke luar negara untuk beberapa bulan."

Aku memandang dia pelik.

"Sibuknya housemate kau."

Seungwan mengangkat kening lalu membisik.

"Anak orang kaya. Biasalah."

Aku hanya mengangguk faham.

"Inyoung."

Aku menoleh ke arahnya.

"Bukan kau ada check up ke hari ni?"

Aku menepuk dahi. Macam mana boleh terlupa?

"Aku memang tak boleh teman kau. Aku kena pergi kerja kul 10 pagi. Aku hantar kau kat sana je tau. Jom bersiap."

Aku mengangguk faham lalu bangun dari sofa menuju ke bilik untuk bersiap.

Selepas bersiap, aku menuju ke ruang tamu. Kelihatan Seungwan sudah tunggu di dalam kereta.

Aku segera menuju ke luar rumah lalu mengunci pintu rumah dengan kunci yang diberi oleh Seungwan tadi.

Pintu kereta dibuka lalu aku meloloskan diri untuk Masuk ke dalam.

"Kau muram ni sebab rindu kat dia ke?"

Aku menoleh ke arah Seungwan sambil tersenyum kecil.

"Mana Ada. Aku cuma risau pasal kandungan Aku je."

Dia ketawa kecil lalu memulakan pemanduannya.

"Aku betul-betul minta maaf sebab tak dapat temankan kau hari ni. Kalau aku tahu yang suami kau ada lawatan kelas hari ni, dah lama aku akan minta cuti sebab nak teman kau. Aku ingatkan dia akan bawak kau pergi hospital hari ni."

Aku hanya diam membisu. Tak tahu nak balas apa.

"Kau boleh kan naik teksi nak balik rumah aku?"

Aku mengangguk perlahan.

"Terus balik rumah tau. Jangan singgah mana mana. Kalau kau nak mengidam apa apa, call aku. Aku akan belikan."

Aku ketawa kecil.

"Baiknya makcik awak, sayang."

Kami ketawa kuat.

"Tak sangka aku akan jadi mak cik tahun ni. Cepatnya masa berlalu."

Dia tersenyum kecil sambil memberhentikan keretanya berdekatan dengan tempat parkir kereta.

"Nak aku teman kau kejap?"

Aku menggeleng kepala.

"Tak payah. Aku boleh pergi sendiri."

Dia memandang aku risau.

"Jangan risau. Aku pandai jaga diri."

Aku keluar dari kereta lalu melangkah ke dalam hospital. Aku menghentikan langkah lalu menoleh ke arah kereta Seungwan.

Dia masih memerhati aku dengan risau membuatkan aku tersenyum lebar lalu melambaikan tangan ke arahnya.

Dia tidak membalas apa apa. Aku perlahan lahan masuk ke dalam hospital dengan hati yang sayu.

Kaki dilangkahkan menuju ke tempat duduk dengan perlahan lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi yang disediakan.

"Sayang. Kalau anak kita perempuan,awak nak nama kan dia apa?"

Aku menoleh ke tepi. Kelihatan perempuan itu sedang berpegangan tangan dengan suaminya sambil tersenyum.

Perasaan cemburu mula bertandang dalam hati.

"Saya pun tak tahu. Nanti kita search dalam internet tau."

Aku menghela keluhan berat.

Mata menjadi kabur apabila air mata mula memenuhi empangan mata.

Saya betul-betul rindukan awak, Yeollie.

                              

                            ❄️❄️❄️

[C] TOO COLD | PCY ✓Where stories live. Discover now