"Patut ke saya beli syampu goji berry dengan susu atau hazelnut dengan aloe vera?"Dia memandang aku sambil memegang telefonnya.
"Beli lah yang mana kau suka."
Aku melepaskan keluhan berat.
"Ala. Bagi lah pendapat."
Dia merenung aku dengan lama.
"Beli syampu yang kau beli sebelum ni. Bau dia wangi."
Syampu goji berry diletakkan dalam troli.
"Awak suka saya pakai syampu tu?"
Dia mengangguk lalu menolak troli ke bahagian kaunter memandangkan semua barang dapur sudah diletakkan di dalam troli.
"Kau duduk sana dulu. Aku nak bayar kejap."
Aku tersenyum lebar sambil melambaikan tangan ke arahnya.
"Saya tunggu awak tau."
Dia hanya mengangguk. Aku menuju ke tempat duduk yang hampir dengan bahagian kaunter. Chanyeol yang sedang menunggu aku perhati.
Aww. Comelnya dia.
Aku mengambil telefon dari poket lalu menangkap gambar nya sambil ketawa kecil.
Tiba-tiba dia memandang ke arah aku membuatkan aku segera menyimpan telefon dalam poket lalu melambaikan tangan ke arahnya sambil tersenyum lebar.
Dia merenung aku dengan lama sebelum melangkah ke depan. Keluhan dilepaskan lalu kepala disandarkan pada tempat duduk.
Mata dipejamkan seketika sebelum nama dipanggil.
"Inyoung."
Mata dibuka lalu bangun dari tempat duduk. Kelihatan Chanyeol sedang memegang troli di hadapan aku.
"Cepatnya awak bayar."
Dia hanya menggumam. Aku berdiri di sebelahnya sambil memeluk lengannya erat.
Dia menolak troli sambil membiarkan kepala aku dilabuhkan pada bahunya.
"Yeollie sayang."
Dia menggumam membuatkan aku tersenyum lebar.
"Terima kasih sebab teman saya beli barang dapur. Terima kasih sebab tolong bayarkan barang kita kat kaunter."
Dia berhenti di depan tempat bahagian aiskrim.
"Awak nak belikan saya aiskrim?"
Dia mengangguk lalu mengeluarkan dompetnya sambil berjalan ke arah tempat aiskrim.
Baik aku jangan buang masa.
Troli ditolak menuju ke kereta. Perlahan lahan pintu bonet dibuka lalu barang barang diletakkan di dalamnya.
"Inyoung."
Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Chanyeol sedang memegang aiskrim kon sambil memandang aku dengan risau membuatkan aku tersenyum lebar.
"Sikit lagi, Yeollie. Awak masuk kereta dulu,ye."
Dia menggelengkan kepalanya lalu menyerahkan aiskrim kepada aku.
"Biar aku masukkan barang. Kau masuk kereta."
Aku hanya mengangguk faham lalu mengambil aiskrim kon dari tangannya.
Pintu kereta dibuka lalu aku masuk ke dalamnya dengan berhati-hati.
Senyuman terbit pada wajah apabila aiskrim itu dipenuhi dengan serbuk coklat.
Chanyeol masih ingat hiasan aiskrim kegemaran aku.
Tidak berapa lama kemudian, Chanyeol masuk ke dalam kereta selepas selesai meletakkan barang di dalam bonet.
Dia memandang aku dengan lama sebelum enjin kereta dihidupkan.
"Jom balik."
_____
"Yeollie. Awak buat apa tu?"
Aku mendekati nya yang sedang memerhati bintang di langit sambil berdiri di balkoni.
"Fikirkan sesuatu."
Aku ketawa kecil lalu melabuhkan kepala pada bahunya.
"Fikirkan pasal saya?"
Dia menunduk memandang aku membuatkan aku mendongakkan kepala memandangnya.
Bibir ditempelkan pada bibirnya sekilas sambil tersenyum lebar. Dia kembali memandang langit tanpa berkata apa apa.
"Aku cuma fikirkan pasal anak kita."
Aku memandangnya dengan mata yang terbuka luas membuatkan dia tumpukan matanya pada aku.
"Kau rasa anak kita perempuan ataupun lelaki?"
Aku mengenggam tangannya membuatkan dia berdiri menghadap aku.
"Awak nak anak perempuan ke lelaki?"
Dia memandang aku lama sebelum membuka mulutnya.
"Aku dapat rasakan anak kita perempuan."
Aku ketawa kecil sambil mencubit pipinya.
"Maksudnya,anak kita perempuan lah,wahai Yeollie sayang. Orang kata,kalau suami dapat rasakan anak mereka lelaki, betul-betul akan keluar anak laki."
Dia hanya diam tidak membalas apa apa.
"Kau nak anak perempuan ke lelaki?"
Aku tersenyum kecil.
"Kalau awak nak anak perempuan,saya pun nak anak perempuan. Kalau awak nak anak laki,Saya pun nak anak lelaki."
Matanya beralih pada perut aku. Tangannya dicapai aku lalu didaratkan pada perut aku.
"Chanyoung,papa awak tengah belai awak."
Dia perlahan-lahan membelai perut aku dengan lembut sambil tersenyum membuatkan lesung pipitnya terserlah .
"Awak nampak comel bila senyum, Yeollie sayang."
Dia memandang aku lama sebelum memasukkan aku ke dalam pelukannya yang hangat membuatkan aku terkejut.
Pertama kali dia memeluk aku.
"Yeollie,awak ok?"
Dia nampak pelik sejak kebelakangan ni. Aku meleraikan pelukan lalu memegang wajahnya.
Dia menangis.
"Hei, kenapa ni?"
Aku menepis air matanya dengan ibu jari aku. Dia seolah olah tidak mahu menjawab soalan aku.
Rambutnya aku belai lembut lalu bibir ditempelkan pada dahinya lama.
"Chanyoung pasti tak suka bila awak nangis. Jom masuk . Nanti orang tengok awak nangis."
Aku menariknya perlahan masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu balkoni.
Chanyeol terus membaringkan dirinya di atas katil sambil mengiring membelakangi aku.
Aku menuju ke katil lalu baring di sebelahnya.
"Awak ok?"
Dia hanya diam. Tidak membalas apa apa membuatkan aku memeluknya erat.
Tiba-tiba dia mengiring menghadap aku membuatkan aku segera meleraikan pelukan.
Mata kami bertaut lama sebelum dia memejamkan matanya rapat.
Rambutnya dibelai sambil tersenyum lebar.
"Selamat malam, Yeollie."
❄️❄️❄️