8

105 11 1
                                    


Tidur aku terganggu apabila wajahku terkena sinaran cahaya matahari.

Aku duduk sekejap lalu memandang sekeliling bilik tidur.

Bilik tidur? Bila aku ada dekat sini?

"Aku angkat kau masuk dalam bilik kita. Aku tak nak kau mati kesejukan kat luar tu. Dah lah kau tak bawak selimut."

Aku menoleh ke arah Chanyeol yang sedang cuba memakai tali leher.

Aku tersenyum lebar sambil mendekatinya.

"Awak risaukan saya?"

Dia menoleh ke arah aku tanpa berkata apa apa membuatkan suasana menjadi kekok. 

Aku ketawa kecil.

Tali leher dirampas aku darinya lalu mengikat pada kolar bajunya.

"Kenapa awak pakai tali leher hari ni? Selalunya awak tak pakai."
"Hari ni perasmian ulang tahun universiti Aku untuk kali ke 50."

Aku hanya mengangguk faham sambil tersenyum lebar.

"Awak nampak lagi hensem kalau awak pakai tali leher, Yeollie. Pasti ramai perempuan yang ada kat situ tenung awak. Kalau ada yang tenung awak, kata kat dia yang awak dah ada isteri yang paling cantik kat dunia ni."

Aku ketawa besar apabila memuji diri sendiri.

Dia hanya diam membisu sambil membetulkan butang di bahagian pergelangan tangan.

"Awak balik pukul berapa hari ni?"

Aku membetulkan kolar bajunya dengan segera selepas mengikat tali leher.

"Kalau majlis tu habis awal, aku balik kul 1 petang."

Aku hanya mengangguk faham lalu memandangnya. Aku mengucup seluruh wajahnya sambil memeluk lehernya.

"Kalau awak rajin,belikan Saya cheese cake."
"Ok."

______

"Baekhyun. Saya mengandung. Tengok gambar ni."

Lelaki yang dipanggil Baekhyun itu meluru ke arah isterinya lalu merenung gambar fetus di tangan isterinya.

"Ahhh!!!! Aku akan jadi ayah tak lama lagi!!!!Yeahhhh!!!"

Baekhyun melompat gembira lalu memeluk isterinya erat.

Aku hanya tersenyum kecil walaupun hati aku mula diselebungi rasa cemburu.

Gilalah kalau aku langsung tak ada perasaan cemburu dalam diri ni.

Kenapa lah aku tengok cerita ni? Buat aku rasa menyampah je.

Aku terus menutup TV lalu menoleh ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 9:48.

Aduhaiii. Lambat lagi dia nak balik.

Tiba-tiba telefon aku berdering meminta untuk diangkat.

"Kenapa kau call aku,perempuan?"

"Macam mana semalam?"

Apa jawapan yang aku patut bagi kat dia?

"Dia gembira sangat semalam sampai cium cium muka aku tau."

Dia ketawa kecil membuatkan aku hanya tersenyum tawar.

"Aduhaii. Aku tak boleh bayangkan dia buat macam tu depan aku."

Aku hanya ketawa kecil.

"Kau buat apa sekarang ni?"

Aku menoleh ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 9:50.

Lambatnya masa.

"Tengah semak kerja budak. Aku rasa mengantuk,jadi aku call lah kau."

Aku hanya tersenyum lebar.

"Kalau kau rindu aku,mengaku je lah. Nak bina alasan yang tak munasabah pulak."

Dia ketawa besar.

"Kau ni. Nasib baik aku dah kurang mengantuk ni. Bye."
"Bye."

Telefon diletakkan di atas meja dengan berhati-hati.

Aduhaii. Bosannyaa.

                             

                           ❄️❄️❄️

[C] TOO COLD | PCY ✓Where stories live. Discover now