16

98 11 1
                                    

"Hoi, perempuan!"

Bahu aku terangkat sedikit apabila jeritan kecil Seungwan menyapa telinga aku.

"Kau termenung apa sampai aku tanya soalan penting pun kau nganga."

Aku menggelengkan kepala sambil bermain dengan jari.

"Kau fikir pasal bulan madu kau eh?? Pipi kau merah semacam."
"Ma..Mana ada."

Dia ketawa sebelum membuka televisyen.

"Kau tak pi kerja ke?"

Dia menggeleng.

"Kau tahu kan aku dan yang lain ambil keputusan untuk jalankan tugas selang seli."

Aku hanya mengangguk faham.

"Tadi, Chanyeol call aku."

Aku memandangnya.

"Dia cakap apa?"

Seungwan menutup tv membuatkan ruang tamu menjadi sunyi.

Dia membetulkan kedudukan menghadap aku.

Macam serius je perempuan ni.

"First time dia nangis waktu call aku 5 pagi tadi."

Mata aku membuntang luas.

"D..dia nangis?"

Seungwan mengangguk lalu melepaskan keluhan berat.

"Dia tanya pasal kau."

Aku meneguk air liur. Perempuan ni. Cepatlah cakap. Jangan cakap separuh.

"Aku jawablah kau ok je. Pastu dia kata dia nak cakap dengan kau kejap. Tapi,kau tengah tidur waktu tu, takkanlah aku nak kejutkan kau. Aku cakaplah kat dia yang kau tengah tidur. Pastu dia kata pukul 9 pagi dia ambik kau."

Dia memandang aku sambil mengangkat kening.

"Jadi,pergilah kemas sekarang!! Tunggu apa lagi, cik betina?!"

Aku segera bangun lalu menuju ke bilik. Beg dicapai lalu menuju ke ruang tamu.

Kelihatan Seungwan sedang bercakap dengan seseorang melalui telefonnya.

"Dia dah bersiap dah."

Seungwan menutup telefon lalu memandang Aku.

"Dia dah tunggu kat luar."

Aku mengangguk faham lalu melangkah keluar dari rumah.

"Aku balik dulu tau."

Seungwan mengangguk.

Aku perlahan lahan menuju ke kereta Chanyeol lalu meloloskan diri masuk ke dalam kereta.

Kepala ditolehkan ke arah Chanyeol yang hanya diam sambil menekan brek untuk memandu.

"Awak masih..."
"Aku minta maaf sebab hampir tampar kau dan jerkah kau kelmarin."

Dia memandang aku sekilas. Aku tersenyum lebar.

"Kalau macam tu, saya  minta maaf sebab rosakkan komputer awak ."

Dia hanya menggumam sambil mencapai tangan aku lalu mengenggam tangan aku membuatkan mata aku membuntang luas.

"Kalau kau tak suka,aku boleh..." "Saya sukaa je."

Dia menggenggam erat tangan aku sambil memandu sebelah tangan. 

Dia nampak lain berbanding sebelum ni.

"Awak ok?"

Dia menggumam lalu membelok kereta ke belah kanan.

[C] TOO COLD | PCY ✓Where stories live. Discover now