9

99 11 0
                                    


Pintu rumah dibuka aku apabila Chanyeol sudah balik. Dia masuk ke dalam rumah bersama kotak kek di tangan.

"Untuk kau."

Aku mengambil kotak kek dari tangannya lalu mengucup bibirnya sekilas.

"Terima kasih, Yeollie."

Dia hanya menggumam lalu menuju ke bilik tidur. Kotak kek dimasukkan ke dalam peti sejuk lalu aku melangkah menuju ke bilik.

Kelihatan Chanyeol sedang baring dengan pakaian yang belum ditukarnya.

Aku mendekatinya lalu perlahan lahan menanggalkan tali leher yang diikat pada kolarnya. Lengannya diletakkan atas dahinya.

"Awak ok?"

Dia hanya menggumam tanpa memandang aku.

Aku membelai rambutnya dengan lembut sambil tersenyum lebar.

"Awak nak makan apa-apa?"

Dia menggeleng lemah. Lengannya yang diletak di atas dahi aku alihkan lalu aku mendaratkan tangan aku pada dahinya.

Biasa saje. Tidak panas.

"Betul ke awak ok ni?"

Dia perlahan-lahan membuka matanya lalu merenung aku.

"Tolong jangan kacau aku. Aku penat."

Aku ketawa kekok.

"Kalau macam tu,saya keluar dulu. Kalau awak nak apa apa panggil saya tau."

Dahinya aku kucup sekilas lalu keluar dari bilik sambil melepaskan keluhan berat.

Tiba-tiba pipi aku terasa basah. Basah dengan air mata.

Kau nak sensitif sangat pahal, Inyoung? Dia penat kan? Dia cakap macam tu pun kau dah nangis. Dia tak jerkah kau pun kan? Kau nak melebih pahal?

Keluhan berat dihela.

Kenapa dengan kau, Inyoung?

_____

Aku menuju ke bilik setelah selesai menghidang makanan untuk makan malam.

"Yeollie. Jom makan malam. Saya dah masak."

Kelihatan dia sedang menyandarkan badannya pada kepala katil sambil membaca buku.

"Aku tak nak makan."

Keluhan berat dihela.

"Awak tak ada selera?"

Dia mengangguk perlahan tanpa memandang aku.

Aku menuju ke dapur lalu meletakkan semangkuk nasi dan juga beberapa lauk kegemaran dia di atas dulang.

Dulang ditatang menuju ke bilik. Punggung dilabuhkan di atas katil bersebelahan dengannya sambil meletakkan dulang di atas meja.

"Walaupun awak tak ada selera nak makan, awak kena makan sikit. Kalau tak, perut awak masuk angin, faham?"

Aku menyua sesudu nasi berserta seketul daging ke arah mulutnya.

"Buka mulut awak. Bom nak masuk ni."

Aku ketawa dengan jenaka aku sendiri manakala Chanyeol hanya kekal fokus membaca.

"Aaa. Buka lah mulut."

Dia menggelengkan kepalanya membuatkan aku tersenyum lebar kerana dia kelihatan comel.

"Awak nak makan ke ataupun kena kacau dengan saya malam ni?"

Dia membuka mulutnya membuatkan aku ketawa. Aku memasukkan sesudu nasi ke dalam mulutnya lalu mencubit pipinya dengan lembut.

"Comelnya Yeollie saya ni. Erghh. Rasa nak cium awak je sekarang ni."

Dia hanya diam sambil menguyah makanan. Aku menyandarkan tangan aku pada dahinya. Panas.

"Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak demam?"

Patut lah dia tak ada selera nak makan.

Dia diam membisu. Tidak membalas apa apa.

"Yeollie."

Dia menoleh ke arah aku dengan wajah dinginnya.

"Esok awak duduk rumah sampai demam awak kebah. Saya akan inform dalam group student awak yang kelas cancel. Ok?"

Aku menyuap sesudu nasi lagi ke dalam mulutnya manakala dia hanya ralit merenung  aku.

"Ok."

                               

                           ❄️❄️❄️

[C] TOO COLD | PCY ✓Where stories live. Discover now