14

100 10 0
                                    


"Syukur. Kandungan awak amat sihat setakat ini. Pastikan awak amalkan senarai senaman yang saya berikan untuk awak tadi. Jangan terlalu stress. Tak baik untuk kandungan. Minggu depan, pastikan awak datang dengan suami awak. Dia kena pastikan awak sentiasa dalam keadaan yang baik."

Aku mengangguk faham walaupun hati mula terasa sebak. Aku bangun lalu menunduk ke arah doktor itu.

"Terima kasih,doktor."

Dia hanya mengangguk sambil tersenyum. Aku perlahan lahan keluar dari bilik doktor itu lalu menuju ke luar hospital.

Tiba-tiba telefon aku berdering minta diangkat.

"Betina. Aku dah suruh pemandu teksi yang aku tempah tadi,tunggu kau kat tempat parkir kereta. Terus balik rumah tau."

Aku menuju ke tempat yang dimaksudkannya. Kelihatan seorang pemandu teksi sedang bermain telefon dalam keretanya.

"Terima kasih, perempuan."

Aku menutup telefon lalu masuk ke dalam kereta teksi.

"Cik ni, Park Inyoung ke?"

Aku mengangguk sambil tersenyum ke arah lelaki itu.

"Saya bertolak dulu, ye?"

Aku mengangguk lalu memnadang ke luar tingkap dengan sayu.

"TOLONGLAH INYOUNG! KEPALA AKU MASIH SEMAK DISEBABKAN HAL SEMALAM! BAGI MASA UNTUK AKU BERTENANG! BERHENTI GANGGU AKU!"

Keluhan berat dihela.

Aku betul-betul rindu dia. Tapi,adakah dia masih nak jumpa lagi dengan Aku? Dia betul-betul marah dengan aku.

Aku memandang telefon dengan sayu. Berharap Chanyeol akan menghubungi aku. Walaupun sudah beberapa jam berlalu,dia masih tidak hubungi aku.

Kau lari dari rumah bukan sebab tak nak ganggu dia? Tapi, sebab kau kecil hati dengan dia bila dia hampir tampar kau. Jangan nak tipu diri kau sendiri, Park Inyoung.

"Cik. Kita dah sampai."

Aku memandang pemandu itu lalu menyerahkan beberapa keping wang kepadanya.

"Terima kasih,cik."

Aku mengangguk lalu keluar dari kereta. Pintu dibuka dengan keluhan yang setia meniti di bibir. Pintu ditutup sebelum punggung dilabuhkan di atas sofa.

Aduhaiii. Lenguhnya kaki.

Aku baring di atas sofa lalu memeluk bantal kecil dengan erat. Aku membuka telefon lalu menekan aplikasi gallery. Dipenuhi dengan gambar Chanyeol yang sedang membuat kerjanya.

Aduhai. Comelnya dia. Aku ketawa kecil walaupun air mata mula membasahi pipi.

Adakah dia masih marah lagi? Ataupun dia menyesal sebab cuba tampar aku?

Kau pun satu hal, Park Inyoung. Siapa suruh kacau dia lepas rosakkan komputer riba dia?
Ah! Semaknya kepala!

______

"Aku ada belikan buah avocado untuk kau. Kata orang,buah avocado bagus untuk perempuan mengandung."

Aku tersenyum lebar.

"Terima kasih,perempuan. Sayang kau. Nanti aku makan."

Dia hanya ketawa kecil lalu menuju ke dapur bersama plastik yang mengandungi buah avocado.

Tidak berapa lama kemudian, dia muncul lalu melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Macam mana ujian tadi?"

Aku memandangnya.

"Kandungan aku sihat je."

Tiba-tiba dia memandang aku dengan kesian.

"Mesti kau sedih bila Chanyeol tak dapat temankan kau."

Aku ketawa kecil sambil menggeleng.

"Mana Ada. Lagipun dia sibuk. Takkanlah nak temankan aku pulak kan? Aku boleh je pergi sendiri."

Dia mengangguk faham lalu dia mengurut kaki Aku.

"Orang yang tengah mengandung akan lenguh kakinya sebab kandungkan bayi di dalam perut. Mesti penat kan kalau mengan-hei. Kenapa menangis?"

Aku menutup muka aku untuk mengelakkan dia melihat aku menangis.

"Kau terharu ke bila Aku urut kaki kau?"

Aku mengangguk kepala tanpa memandangnya.

"Hal kecil macam tu pun nak nangis. Sensitif lah kau ni."

Dia ketawa kecil.

"Hodohnya muka kau waktu nangis. Rasa nak bagi kaki je."

Kami ketawa sama sama.

"Lawatan kelas tu kat mana sebenarnya?"

Aku memandangnya.

"Bucheon."

Seungwan mengangguk faham lalu menoleh ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 11 malam.

"Jom tidur."

Aku bangun dari sofa lalu menuju ke bilik tidur.

"Tinggalkan aku nampak."

Langkah aku terhenti lalu aku menoleh ke arah Seungwan yang sedang menutup suis lampu Dan penghawa dingin.

"Jom lah cepat."
"Jap."

Aku masuk ke dalam bilik lalu membaringkan diri di atas katil yang empuk. Seungwan menggelengkan kepalanya sambil ketawa kecil lalu baring di sebelah aku.

"Kau tak rasa ke kau makin comel sejak kau mengandung?"

Aku memandangnya pelik. Dia membelai perut aku yang semakin membesar.

"Kalau aku jadi suami kau, dah lama aku peluk kau ketat-ketat sebab geram sangat kat kau."

Dia memeluk aku erat membuatkan aku sukar untuk bernafas.

"Oi. Gila. Lepaslah."

Dia ketawa kecil lalu meleraikan pelukan.

"Chanyeol pasti tak boleh tidur malam ni sebab tak dapat peluk kau waktu tidur."

Dia menutup lampu tidur lalu memejamkan matanya.

Aku hanya tersenyum tawar.
Aku rasa aku yang tak boleh tidur malam ni, Seungwan.

                               


                            ❄️❄️❄️

[C] TOO COLD | PCY ✓Where stories live. Discover now