Aku menghidangkan makanan di atas meja dengan perut yang terasa sakit. Aku gagahkan diri untuk mengemas dapur dengan tekak yang terasa loya.
Chanyeol pula baru melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Selamat pagi, Yeollie!!"
Dia hanya menggumam sambil memasukkan sesudu bubur ayam ke dalam mulutnya. Aku hanya tersenyum tawar sambil memandang nya.
Tiba-tiba isi perut seperti nak terkeluar membuatkan aku segera ke tandas.
Aku memukul dadaku untuk memaksa isi perut keluar,tetapi tidak berhasil.
"Inyoung. Kau ok?"
Aku menggelengkan kepala tanpa memandang nya. Dia memimpin aku menuju ke ruang tamu selepas aku membasuh muka.
Jam ditolehnya sebelum berdiri.
"Aku betul-betul dah lambat. Aku pergi dulu. Makan ubat Panadol."
Dia mencapai beg bimbitnya lalu menuju ke pintu rumah.
"Yeollie. Awak nak pergi dah?"
Dia menganggukkan kepalanya lalu keluar dari rumah begitu sahaja .
Hati mula terasa sebak. Air mata mula mengalir deras.
"Tapi,macam mana dengan saya?"
_____
"Seungwan. Boleh tak aku mintak tolong kau?"
"Kenapa dengan suara kau, Inyoung?"
"Tolong bawak aku pergi hospital. Aku Rasa tak sihat lah."
"Ermm. Tunggu dalam 30 minit. Nanti aku sampai. Bye."
"Bye"Telefon bimbit diletakkan di dalam beg tangan lalu badan aku disandarkan pada sofa. Rasa pening mula menyerang.
Air mata tidak berhenti mengalir. Perasaan aku bercampur baur.
Tidak berapa lama kemudian,hon kereta bergema.
Seungwan dah sampai.
Aku menutup semua suis lalu keluar dari rumah menuju ke arah kereta Seungwan.
"Kenapa muka kau pucat?"
"Aku tak tahu. Pagi tadi memang aku rasa loya,sakit perut lah."Seungwan memandu keretanya menuju ke hospital.
Setelah beberapa minit kemudian,kami tiba di hospital. Aku mengambil nombor giliran lalu duduk di kerusi yang disediakan.
"Aku rasa kau mengandung lah."
Aku memandang pelik ke arahnya.
"Takkan lah aku mengandung?"
Seungwan ketawa kecil.
"Aku rasa je lah,betina. Lek ah."
❄️❄️❄️