15

107 9 0
                                    

Author's point of view

"Wow. Tengok tu, Yeollie. Cantikkan?"

Kelihatan Inyoung menunjuk ke arah matahari yang terbenam sambil tersenyum lebar.

"Tengoklah matahari tu. Berhenti main telefon,ye Yeollie sayang."

Inyoung ketawa kecil dalam video yang dipaparkan pada komputer riba Chanyeol yang telah dibaiki pagi tadi.

Chanyeol menonton video itu dengan wajahnya yang kekal dingin itu. Video yang lain terpapar secara automatik.

Inyoung menghirup mi segera itu sambil memandang ke luar tingkap.

"Cantikkan bintang waktu malam? Tapi,saya lagi cantik kan?"

Inyoung menoleh ke arah Chanyeol yang senyap- senyap merakamnya dalam diam sambil perempuan itu tersenyum lebar.

"Awak tak nak jawab soalan saya?"

Keadaan menjadi senyap sebelum video itu ditamatkan. Chanyeol membuka video seterusnya tanpa reaksi yang terpapar pada wajahnya.

"Yeollie! Jangan lupa belikan aiskrim yg saya nak tau! Inyoung sayang awak!"

Kelihatan Inyoung sedang melambaikan ke arah Chanyeol dari balkoni hotel mereka dalam video itu membuatkan Chanyeol memberhentikan video itu.

Dia menyandarkan kepalanya pada sofa sambil memandang jam yang sudah menunjukkan pukul 4 pagi.

"Aku tak boleh tidur sebab kau."

Dia memandang gambar Inyoung yang tersenyum lebar sebelum melepaskan Keluhan berat.

Dia memainkan video yang dia rakam ketika berbulan madu beberapa tahun lalu.

"Cepatlah Yeollie! Saya dah depan awak ni. Berhenti lah main telefon!"

Inyoung mengembungkan pipinya sambil mencekak pinggang.

"Kenapa saya rasa awak macam rakam saya?"

Inyoung meluru ke arahnya membuatkan video itu ditamatkan.

Video seterusnya dimainkan secara automatik selepas video yang tadi,sudah tamat.

"Yeollie."

Kelihatan Inyoung menoleh ke arah Chanyeol yang masih merakamnya dalam diam.

Kedengaran Chanyeol menggumam dalam video itu.

"Awak tahukan yang saya sayangkan awak sangat sangat sampai nak cium je muka awak sekarang ni kan?"

Chanyeol tidak membalas apa apa dalam video itu.

Tiba-tiba mata Inyoung berair.

Video itu berubah menjadi hitam. Hanya bunyi yang Kedengaran.

Tiba-tiba ruang tamu dipenuhi tangisan kecil milik Chanyeol.

"Kalau saya sayangkan awak , awak sayangkan saya jugak kan?"

____

Park Inyoung's point of view.

Dengkuran halus milik Seungwan memecahkan rasa sunyi bilik tidur.

Aku mengiring menghadap tingkap dengan hati yang sebak.

Dia dah tidur ke? Mungkin dah.

Cuma aku yang belum tidur. Memikirkan pasal dia.

Keluhan berat dihela sambil merenung langit malam.

2 tahun lalu.

Aku menghela keluhan berat sambil menghirup mi segera di depan Chanyeol yang bermain dengan telefonnya.

Mata dialihkan ke luar tingkap lalu merenung langit malam yang dihiasi bintang.

Aku tersenyum lebar lalu menoleh ke arah Chanyeol.

"Cantikkan bintang waktu malam? Tapi,saya lagi cantikkan?"

Dia diam membisu tanpa memandang aku membuatkan perasaan kecewa bertandang dalam hati.

"Awak tak nak jawab soalan saya?"

Dia menutup phonenya lalu merenung aku kosong.

Mata kami bertaut lama membuatkan pipi aku mula membahang. Aku segera menghirup baki mi segera dengan cepat lalu bangun dari kerusi.

Jangan lah dia terkam aku malam ni! Aku tak bersedia lagi!!

Kaki dilangkahkan menuju ke dapur mini. Pinggan dibasuh lalu diletakkan di atas rak pinggan.

Tiba-tiba pinggang aku dipeluk dari belakang membuatkan bahu aku terangkat.

"Kau pakai kemeja aku?"

Dia meramas lembut pinggang aku membuatkan pipi aku mula berona merah.

"Saya tak ada baju nak pakai jadi saya terpaksa pakai kemeja awak." 

Dia melabuhkan satu ciuman pada permukaan leher aku yang terdedah membuatkan perasaan gugup mula bertandang.

Tiba-tiba dia menjilat leher aku membuatkan mulut aku sedikit terbuka kerana geli sambil memegang lengannya yang melingkari pinggang aku.

"Yeo... Yeollie."

Dia mengangkat aku menuju ke katil membuatkan degupan hati mula menggila.

Mata kami bertaut lama sebelum dia membaringkan aku perlahan di atas katil lalu menindih aku. Dia mengucup lembut leher aku membuatkan aku mengenggam bahunya takut.

"Kau takut?"

Aku mengangguk perlahan sambil memandang tempat lain.

"Kalau kau tak nak,aku tak paksa."

Dia bangun dari katil lalu menutup lampu tidur. Dia membaringkan diri di sebelah aku membuatkan perasaan bersalah mula bertandang.

"Yeollie."

Dia menoleh ke arah aku sambil menggumam.

"Kalau awak nak,saya ok je."

Dia bangun lalu menindih aku.

Dia memegang wajah aku sebelum mengucup bibir aku lembut sambil cuba menanggalkan butang baju kemeja.

Aku perlahan lahan membalas ciumannya sambil memeluk erat tengkuknya.

                              

                            ❄️❄️❄️

[C] TOO COLD | PCY ✓Where stories live. Discover now