Kain basah diletakkan di atas dahi Chanyeol yang masih panas."Lepas makan ubat,awak kena tidur. Jangan buat kerja lagi."
Dia hanya menggumam sambil memejamkan matanya.
"Kalau awak nak apa apa, panggil saya tau."
Dia membuka matanya lalu memandang aku.
"Inyoung."
Aku ketawa kecil.
"Ye, Yeollie sayang."
Dia merenung aku seketika.
"Aku rasa sejuk."
Selimut aku tarik hingga paras dadanya.
"Sejuk lagi ke?"
Dia mengangguk kepalanya.
"Saya nak perlahankan penghawa dingin kejap."
Tiba-tiba dia menarik tangan aku membuatkan aku menoleh ke arahnya.
"Jangan lah perlahankan."
Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal.
"Takkanlah awak nak biar diri awak sejuk ni?"
Dia diam membisu. Tidak membalas apa apa membuatkan aku baring di sebelahnya.
"Awak nak saya peluk?"
Dia hanya diam sambil ralit memandang aku. Aku memeluknya dengan erat.
"Sejuk lagi?"
Dia menggelengkan kepalanya membuatkan dirinya kelihatan comel.
Aku mengucup seluruh wajahnya sambil tersenyum lebar.
"Kalau awak nak saya peluk awak,bagitau je. Saya takkan bantah."
Dia hanya memejamkan mata. Tidak balas apa apa.
"Yeollie."
Dia membuka matanya lalu memandang aku.
"Aku nak tidur. Jangan bising."
Aku hanya mengangguk faham membelai lembut rambutnya yang lebat.
Dia hanya membiarkan aku bermain dengan rambutnya.
Mata dilarikan ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 9 pagi.
Tidak berapa lama kemudian, dengkuran halusnya memenuhi bilik tidur membuatkan aku mengucup bibirnya sekilas.
"Mimpi indah, Yeollie. Saya Sayang awak."
____"Kelas petang ini akan dibatalkan hari ini kerana saya ada urusan keluarga. Kelas akan digantikan pada malam esok. Terima kasih."
Butang send ditekan.
Tidak beberapa lama kemudian,ramai orang dalam group itu membalas.
"Baik,sir."
Aku menutup aplikasi WhatsApp lalu menekan aplikasi gallery.
Apa lah gambar yang disimpan dalam telefonnya.
Bibir aku mula mengukirkan senyuman lebar apabila semua gambar aku disimpan dalam telefonnya.
Gambar aku ketika tidur pun disimpannya membuatkan aku segera lompat ke atas katil lalu mengucup seluruh wajahnya bertubi-tubi menyebabkan dia terjaga dari tidurnya.
"Kenapa..."
Aku memeluknya dengan erat lalu mengucup bibirnya sekilas.
"Awak simpan gambar saya senyap- senyap."
Aku menunjuk gambar yang ditangkapnya kepadanya membuatkan dia mengambil telefon itu dari tangan aku.
"Tolong jangan kacau hal peribadi aku."
Aku memuncungkan mulut aku lalu memeluk tubuh aku sendiri.
"Hal peribadi awak ialah hal peribadi saya juga, Yeollie."
Telefon diletakkannya di atas meja lalu dia baringkan dirinya di atas katil sambil memejamkan mata.
Aku menyentuh dahinya. Suam.
"Demam awak nak kebah."
Dia hanya menggumam.
Aku menoleh ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 3 petang.
"Awak nak tidur lagi?"
Dia hanya menggumam tanpa memandang aku.
"Dah pukul 3 petang ni. Saya takut kepala awak pening je."
Dia merengus malas lalu bangun sambil memandang aku.
"Jangan marah."
Dia menggelengkan kepalanya tanda tidak marah membuatkan aku mengucup pipinya bertubi-tubi.
"Jom makan tengah Hari. Saya dah masak."
"Ok."
❄️❄️❄️