keesokan harinya.
Karma bangun dari tidur nya.
dia bersiap untuk ke sekolah.
walaupun masih awal.
dia mahu bercakap dengan Rayyan."kejap,semalam kan saya ada dekat taman tu. macam mana saya boleh sampai bilik?"Karma baru perasan yang semalam dia tertidur di taman.
Karma ke bilik Akabane.
dia mengetuk pintu.
tiada yang menjawab.Karma membuka pintu perlahan.
tidak berkunci.
fikir Karma.
abangnya tiada di situ."mana abang ni?awal nya dia keluar. takpelah mungkin boleh tanya Rayyan ."Karma terus teleport ke sekolah.
di ruang yang sempit dan gelap.
Karma muncul dan terus bergegas ke sekolah.
Karma sampai di dalam kelasnya.
kelihatan Rayyan sudah berada di tempat duduknya.Karma masuk dan duduk di sebelah Rayyan.
Rayyan seperti biasa.
mendengar earphone tanpa wayar.
sambil membaca buku.
Haneru belum sampai lagi.
Karma hanya menunggu.
sementara itu,Karma ingin berbicara sesuatu dengan Rayyan.belum sempat Karma membuka mulut,
"abang awak yang hantar awak balik."Rayyan sudah menjawab soalan nya.
yang lain terkejut melihat Rayyan bercakap.
kerana Rayyan memang jenis yang malas buka mulut biasanya."macam mana awak tahu?bukan awak dah balik ke?macam mana abang saya boleh ada kat situ?bukan ke awak kata yang ada kuasa solar ke ke yang boleh jejak kaki di situ?"Karma bertanya semula.
"I came back. dan,awak belum baca lagi ke buku yang saya bagi tu?"Rayyan menutup bukunya dan memandang Karma.
"Not yet..."Karma agak malu.
"jawapan awak ada dalam tu."
Mereka kembali senyap.
Rayyan kembali membaca bukunya.setelah beberapa minit.
cikgu masih belum masuk."mana Haneru?dan mana cikgu?dah lama ni.."Karma bermonolog dalam.
"Haneru tak datang sebab demam. cikgu Intan tak dapat datang sebab ada sekatan di tempatnya. "Rayyan menjawab soalan Karma melalui hati.
"ok,kalau macam tu balik nanti kita pergi melawat Haneru."Karma membuat plan.
"tak boleh sebab papa saya akan sampai kat rumah dalam pukul 3:40 petang. kita balik pun pukul 3 petang. saya takkan sempat ke rumah Haneru. kalau papa saya tahu,mama saya akan kena."
Rayyan memberitahu awal awal."dah tu semalam awak ok je datang taman tu "Karma bertanya tentang semalam.
"semalam papa saya overseas. dia baru balik dalam pukul 1 pagi tadi ."
Rayyan menutup bukunya dan memandang Karma.
supaya senang dia bercakap dengan Karma."saya tahu yang ibu awak juga jadi mangsa dera. kalau macam tu,apa kata biar saya je yang bercakap dengan papa awak. jangan risau,saya takkan bagitahu tentang awak tu.."Karma membuat plan.
"tengok lah dulu. papa saya jenis yang akan main lepas je kalau bercakap. saya minta maaf lah dulu kalau papa saya tu cakap benda yang tak elok dengan awak."Rayyan meminta maaf dahulu.
"kenapa awak perlu meminta maaf? saya tahu yang mereka bukan keluarga kandung awak. tapi,apa yang saya nak tahu,macam mana awak boleh datang ke sini dan boleh berada bersama keluarga awak tu sekarang ni?"Karma bertanya.
"saya akan jawab benda tu bila kita dalam perjalanan ke rumah Haneru nanti. tu pun kalau boleh lah.."Rayyan kembali membaca bukunya.
Karma juga begitu
dia membaca buku yang Rayyan berikan kepada nya.
tiada sesiapa yang perasan.
kerana mereka malas layan.

ANDA SEDANG MEMBACA
2. Cabaran
Fantasiikuti pengembaraan ahli kumpulan Challenger untuk mengetahui kebenaran. Satu persatu cabaran yang mereka tempuhi untuk menemui nya. Juga kisah silam. Adakah ianya gelap atau tidak? Completed