Karma pulang ke rumahnya.
Akabane tidak kelihatan."dah seharian abang hilang. dia ke mana?"Karma menyiapkan barang untuk ke sekolah esok.
setelah itu,dia menyediakan makanan kerana berasa agak lapar.
selepas itu,dia ke biliknya untuk tidur.
"Karma,karma...help me..Karma.. Akia Karma!"
ada suara yang menggangu Karma tidur.tetapi, disebabkan terlalu letih dan mengantuk,dia mengabaikan nya.
Karma bangun daripada tidur.
Karma menyiapkan dirinya untuk ke sekolah.setelah beberapa minit,dia sampai di sekolah.
dia masuk ke dalam kelasnya.Haneru sudah berada di tempat duduk nya.
bersama 'kawan-kawannya' .
Rayyan masih belum kelihatan.
Karma terfikir tentang mimpinya semalam.
Rayyan dicederakan oleh seseorang yang dia sendiri tidak tahu."Karma,kenapa ni?mana Rayyan?" Haneru bertanya.
Karma hanya menggeleng kan kepalanya.
Karma memandang ke arah 'kawan-kawan' Haneru.
Haneru duduk di tempat duduk Rayyan."saya tahu yang mereka khianati saya...."Haneru bersuara dengan sayu.
Karma terkejut.
"Rayyan bagitahu awak,kan?"Karma bertanya untuk kepastian.
"dia juga ada beritahu saya tentang benda tu..."Haneru memperlahankan suara nya supaya tiada sesiapa yang mendengar
"kalau Rayyan bagitahu awak,itu bermakna dia percayakan awak. hey,nak pergi melawat dia tak?mungkin dia demam ke apa ke..."Karma membuat rancangan.
"saya setuju. tapi..."Haneru seperti mahu memberitahu sesuatu.
"kenapa?"Karma pelik.
"saya ada terdengar suara dia minta tolong. tapi,saya tak tahu nak buat apa."
Karma terkejut."saya pun..."Karma memberitahu.
"saya dapat rasakan sesuatu yang teruk berlaku pada Rayyan.."Haneru memberitahu apa yang dia rasa.
seorang guru masuk ke dalam kelas.
semua murid ke tempat duduk masing-masing. begitu juga Haneru.
cikgu itu memandang ke arah tempat duduk Rayyan."Rayyan tak datang kelas ke hari ni?"Cikgu bertanya.
mereka yang lain menggeleng kepala begitu juga Karma dan Haneru.
" biarkan lah dia,cikgu. mesti dia ponteng tu.."seorang lelaki yang tidak pandai tutup mulut.
"tak baik kamu cakap macam tu. Karma,awak rakannya kan,kamu tahu ke mana dia pergi?"Cikgu bertanya dengan lemah lembut.
Karma menggeleng kepala.
"Rayyan mana ada kawan,cikgu. buat apa cikgu tanya dia?dia sendiri pun tak tahu."budak yang sama menjawab.
"saya tak tanya kamu. baiklah,kalau macam tu. kita mulakan pembelajaran."Cikgu memulakan pembelajaran.
waktu pulang.
Haneru dan Karma bersama sama ke rumah Rayyan.
Haneru menekan loceng.pintu dibuka.
Anya dan Yahya kelihatan sedih.
Haneru dan Karma pelik."apa yang berlaku?"Haneru bertanya sebaik sahaja mereka masuk.
Rayyan tidak kelihatan.
"Rayyan...dia...dia.."Anya tidak berani untuk memberitahu.
YOU ARE READING
2. Cabaran
Fantasyikuti pengembaraan ahli kumpulan Challenger untuk mengetahui kebenaran. Satu persatu cabaran yang mereka tempuhi untuk menemui nya. Juga kisah silam. Adakah ianya gelap atau tidak? Completed