Karma bangun awal pagi dan terus bersiap untuk ke rumah Haneru.
sementara itu,Karma menggunakan kuasa solar nya untuk berkomunikasi dengan Haneru.
"Haneru,awak dah bangun ke belum?"Karma bertanya.
"saya dah bangun. baru lepas siapkan diri. saya nak pergi makan sarapan dulu. kalau awak nak datang sekarang,boleh je."Haneru mengajak
"baiklah."Karma menggunakan jamnya untuk ke rumah Haneru.
Karma sampai di hadapan pintu rumah Haneru.
bersama begnya.
tidak terlalu besar,tidak terlalu kecil.
Karma mengetuk pintu rumah itu.Haneru membuka pintu.
"amboi,terus datang."Haneru memerli sambil menjemput Karma masuk.
"abang saya tak ada. saya malas nak masak.."Karma malu.
kelihatan Halim sedang duduk membaca surat khabar itu.
"ayah,mari sarapan. Karma pun ada sekali ni . saya dan Karma akan pergi nanti."Haneru memanggil.
Halim menutup surat khabar nya dan ke meja makan.Halim duduk bergitu juga Haneru dan Karma.
Mereka sarapan bersama sama.
suasana agak sunyi."Karma,tolong jagakan Haneru untuk pak cik."Suara pak cik Halim kedengaran.
Karma memandang Halim.
dia mengangguk."terima kasih."Halim berterima kasih.
Karma mengangguk lagi.Haneru yang melihat hanya makan.
Karma tahu yang Haneru memberitahu tentangnya.setelah selesai sarapan,Haneru membasuh pinggan mangkuk dahulu.
Halim dan Karma duduk bersama sementara menunggu Haneru."Karma."Halim memanggil Karma.
"ya."Karma menyahut.
"Karma dengar apa yang Pak cik bagitahu tadi kan?"Halim bertanya untuk kepastian.
"ya,saya dengar. saya janji akan jagakan Haneru untuk pak cik "Karma dan Halim berbalas senyuman.
setelah beberapa minit,Haneru keluar dari biliknya bersama beg yang lebih kurang dengan Karma.
"Karma"Haneru yang bertudung hitam berserta dengan baju berwarna hijau beserta dengan seluar slack hitam.
mereka keluar.
Halim dan Haneru masih berada di pintu. manakala Karma hanya melihat dua beranak itu.
Halim mencium dahi dan pipi anaknya dahulu.
walaupun Halim sudah biasa membenarkan Haneru meneroka,dia tetap menyayangi anaknya itu. kerana hanya Haneru sahaja yang Halim tinggal. isterinya sudah meninggalkan nya ketika melahirkan Haneru."kalau lah keluarga saya sekukuh keluarga Haneru.."Karma berharap yang dia mempunyai keluarga yang bahagia dan berkekalan.
"Haneru,jom."Karma memanggil Haneru yang sedang memeluk Halim.
"jom."Haneru dan Karma memulakan perjalanan mereka.
Haneru sempat melambai ke arah ayahnya.
Karma hanya melihat.Karma dan Haneru ke planet Karbial.
di planet Karbial.
mereka memulakan perjalanan daripada hutan belakang rumah Karma.
"Karma,apa yang ayah saya bagitau awak?"Haneru memulakan perbualan
"dia suruh saya jaga awak. yelah, mestilah dia sayangkan awak. awak satu satunya orang dia sayang yang masih ada."Karma menjawab.
YOU ARE READING
2. Cabaran
Fantasyikuti pengembaraan ahli kumpulan Challenger untuk mengetahui kebenaran. Satu persatu cabaran yang mereka tempuhi untuk menemui nya. Juga kisah silam. Adakah ianya gelap atau tidak? Completed