Hari-hari Wizah dipenuhi dengan kesunyian selepas larangan ibunya terhadap Pau. Wizah banyak termenung semasa guru sedang mengajar dan langsung tidak mampu untuk fokus. Wizah memandang ke arah Pau, Pau hanya memandang sebelah mata. Tiada apa yang mereka mampu buat kali ini.
"Wizah,Wizah, heyy kamu ni dari tadi asyik mengelamun ajee. Haa cuba jawab soalan 3.2 (a) ni..." kata Cikgu Layla.
Wizah terkebil-kebil, dia berdebar kerana dia langsung tidak membuka buku di atas mejanya. Semua rakan-rakan mentertawakannya. Wizah hanya mampu untuk berdiam diri sahaja.
"cikgu, biar saya tolong Wizah boleh?" Pau dengan seikhlas hati ingin membantu rakannya itu.
"hmm, boleh lah. Teruskan..tapi Wizah stay berdiri" kata cikgu Layla.
Wizah mengangguk. Dalam hatinya hanya berfikir "macam mana aku nak berterima kasih dengan pau ni?".
Tidak lama Kemudian, sepucuk surat yang telah diremukkan jatuh di atas meja Pau.
Pau, aku nak cakap thanks sebab tolong aku tadi. lepas ni kita dah tak macam dulu lagi. aku tahu, semua ni salah aku. kalau aku x kacau kau mesti semua ni tak akan jadi... sorry sangat sebab aku menyusahkan kau...(WIZAH)
Pau diselubungi dengan rasa bersalah. sepucuk surat yang juga diremukkan jatuh atas meja Wizah.Di dalamnya tertulis..
Wizah, jangan salahkan diri kau. aku x suka tengok kau macam ni..aku pun nak cakap thanks sebab kaulah kawan terbaik aku pernah jumpa. memang lepas ni kita tak boleh rapat, tapi hanya pada mata mak kau and org kampung je. so dont worry okay? kita still boleh jumpa mcm dulu tapi aku ade satu tempat rahsia yang memang org kampung x dapat detect. tapi bukan untuk berdua, berempat. kau ajak Fattie dengan Liyana sekali tau! petang pkul 4 jumpa kat tempat biasa.. make sure Fattie dengan Liyana ada! (PAU)
Pada ketika ini, Wizah dan Pau tidak menganggap hubungan mereka lebih dari kawan rapat. Tetapi mereka hanya menganggap yang hubungan mereka adalah istimewa. Tepat pada pukul 4 petang Wizah memberitahu maknya untuk keluar ke rumah Fattie.
"ingat pesan mak tu," kata che leha.
Wizah berhenti seketika dan terus keluar dari rumah. Fattie,Liyana dan Wizah sempat berbual dalam perjalanan mereka.
"weii Wizah kau sedar tak yg kau sumpah mengelamun teruk dlm kelas tadi..mcm hilang anak dah aku tengok.." kata Liyana.
"rilekk ahh, kiteorang kan ada..apa,kiteorg x penting ke?" kata Fattie.
"bukan, korang penting sangat..sorrylah aku bukan ape tapi korang tahu kan yg aku ni susah gila nk bergaul dengan lelaki lain. Pau tu je yg sanggup layan karenah aku tauu..sebab tu aku rase dia special sikit..korang jangn marah aku pulakk" kata Wizah.
"ya Allah, kitaorang tak terasa sikit pun, cuma aku nk ckp yg kita ni perempuan Wizah, nk bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim ada batasnya..jangan smpai terlebih mesra..kita tak tahu dalam hati Pau tu mcm mane kan..ingat! syaitan kalau nak hasut orang step-by-step tauu" kata Liyana. Wizah hanya mengeluh ringan.
***
"Haa! sampai pun..aikk Wizah, asal kau muram je? dah tak sudi nak kawan dengan aku dah ke?" kata Pau.
"taklah aku penat sikit je" kata Wizah.
"hmm lain kali kalau x sihat jgn datang.." kata Pau dengan prihatin.
"alaa Pau, kalau pasal kau semua benda dia sanggup buat..." kata Fattie.
Wizah menepuk peha Fattie dengan muka yang berkerut.
"dah laa, jom ikut aku.." kata Pau .
Pau membawa mereka ke suatu tempat di tepi laut yanng dipenuhi oleh semak samun.
***
" aku rasa kat sini boleh clearkan sikit , pastu kita boleh hias-hias sikit kasi lawa.. amacam?" kata Wizah.
"memanglah tempat ni tempat baru kita pun, so , suka hati korang lah nak buat macam mana pun.."kata Pau.
" so macam mana nak nak selesaikan masalah aku dengan Wizah ni? "kata Pau.
" okay, first thing first,korang hanya boleh bergaul kat sini je " kata Fattie.
"second, korang kena elakkan berselisih dekat mana-mana pun.
Pau menggangguk. "thank you tau korang sebab tolong aku dengan Pau " kata Wizah.
"eleh, aku okay je, lagipun aku tak suka lah tgk kau dgn Pau mcm ni..tak syokk ahahahaha" kata Fattie. Mereka ketawa bersama.
***
Wizah pulang ke rumah pada pukul 6 petang.
"haii, lewat balik? melilau ke? ha?" kata che leha.
"isshh mak ni, nasib baik orang balik tau" kata Wizah.
"haa biadap..heyy!" kata che leha dengan rasa geram.
"TUK!TUK!TUK!"
"Wizah, meh makan ni.. kang perut tu masuk angin aku jugak yang susah.." kata che leha.
Dia sangat sayang akan Wizah sebenarnya. Yelah mak mana aje tak sayang anak kan?.
"orang tak lapar laa mak" kata Wizah dengan sedikit perasaan iri hati dengan maknya.
"Wizah marahkan mak lagi ke? dah la tuu..jangan laa mcm ni sayang, kamu tak makan langsung dari pagi tadi..Fattie ada whatsapp mak yang kamu cakap kamu penat..mungkin sebab tak mkn laa tu. Meh laa jamah sikit tak baik tau..penat mak bawak nasi ni.."rayu che leha pada anaknya.
namun, rayuan itu langsung tidak memberi kesan pada Wizah kerana dia menganggap bahawa ibunya telah memutuskan satu hubungan istimewa dalam hidupnya.
"takpelah mak masuk bilik dulu ye nak..kalau ade apa2 nnti bagitahu aje mak dlm bilik tu ya?.." kata che leha dengan hampa.
che leha meletakkan makanan di atas meja dapur lantas memasuki biliknya.
che leha berbisik di dalam hatinya "maafkan mak Wizah, mak tak de niat nak pukul Wizah hari tu..mak cuma malu dgn org kampung..semejak arwah ayah kamu tinggalkan keluarga ni, mak tertekan nak..mak rindu sangat pada ayah kamu..mak faham mesti kamu marah sangat pada mak kan? takpelah nak, mak memang layak kena marah.." kata che leha dengan penuh rasa sayu.
Menitis air matanya.
Pada masa yang sama, di bilik Wizah, dia juga menangis..
"maafkan Wizah sbb buat mak macam ni, Wizah takde niat pun nak merenggang dengan mak..tapi Wizah terasa hati sebab mak hina Pau. Dia sangat istimewa mak..selagi mak tak maafkan Pau selagi tu lah Wizah tak boleh nak maafkan diri sendiri..dia bukanlah seburuk yang mak sangkakan..Wizah anggap dia macam abang Wizah sendiri dan tak lebih dari tu..Wizah sunyi mak..sbb Wizah anak tunggal, tiada peneman..maafkan Wizah...".
Wizah langsung tidak menyentuh makanan di atas meja dapur.
YOU ARE READING
Engkau Tetap Milikku
RomanceWizah dan Pau berkawan rapat sejak kecil. Persahabatan mereka sangat kukuh. Tetapi, pada suatu masa ada sesuatu yang telah memisahkan mereka dan telah menyebabkan mereka tidak dapat berhubung sesama sendiri. Namun, setelah bersua muka semula, Pau me...