BAB 5

23 4 2
                                    

Hari demi hari,minggu demi minggu, kini telah genap 10 tahun mereka bersendiri. Sudah tentu perasaan Wizah berkecamuk. Marah, sedih,kecewa dan pelbagai lagi persoalan yang timbul di fikirannya.

Di manakah Pau?.

Bagaimana dengan keadaannya? Adakah dia memang sengaja untuk menjauhi Wizah?, begitulah antara persoalan di mindanya.

***

Hari ini, Pau pulang ke Malaysia dengan memegang jawatan sebagai seorang doktor pakar bedah(DR.FAWWAZ). Kerinduan dia terhadap rakan-rakannya hanya Tuhan saja yang tahu. Selepas dia meletakkan beg di dalam biliknya, dia terus keluar dengan berpakaian hoodie dan jeans. Dia sempat bertemu dengan Fattie dengan Liyana dalam perjalanan.

"Assalamualaikum...Fattie, Liyana! "kata Pau dengan gembira.

Namun, Pau masih lagi tidak nampak kelibat Wizah. Pau sangat boleh mengecam muka mereka kerana mereka sentiasa berkepit aje.

"Ermmm encik ni siapa ye? Orang baru dalam kampung ni ke?" Kata Fattie yang tidak mampu mengecam muka Pau.

"Hmm pernah makan PAU tak?" Tanya Pau dengan ketawa ringan.

"Selalu kenapa?" Tanya Liyana yang benar-benar tidak mengenali seorang jejaka kacak yang berdiri di hadapannya.

"Usshhh korang ni memang dah lost sangat ni🥺.. I am MOHD FIDA' FAWWAZ..kenal lagi tak?haduu korang ni kacau mood aku betul laaa..." kata Pau.

"PAU!!!!" jerit mereka berdua.

"PAKK!!"

satu tamparan hebat daripada Liyana hinggap di bahu Pau.

"Adoi! Sakit lah, kau ni pahal.." Tanya Pau.

"Itu, sebab kau tinggalkan kitaorang tanpa sebab! Rindu tau weii kat kau..sorry laa aku terkejut sangat sbb ye laa tiba-tiba muncul seorang lelaki yang handsome nak mampus depan aku, then tanya kenal ke tak? Aku berdebar tau tadi sebab aku ingat kau jodoh aku dah😬😂" kata Liyana yang terlalu excited berjumpa dengan Pau.

"Isshh kau ni ke situ pulak..ni Wizah tahu ke tak yang kau dah balik?" Tanya Fattie.

"Jangan! Jangan bagitahu Wizah, biar aku buat surprise " kata Pau.

"Urrmm, aku bukan ape tau, kalau kiteorg 10 kali rindu kau, aku pasti yang Wizah 100 kali lagi rindu kau tauu.. so, kalau nk buat surprise jangan kasi dia terkejut sangat sebab aku takut dia tak nak jumpa kau.." kata Fattie.

"Ye laa kau kan tak contact dia langsung, tahu tak? Dia kecewa gila dengan kau..sekarang ni dia layan kiteorg, tak sama tinggi happy dia bila kau ade..aku risau tgk dia..kau kena buat something Pau.." keluh Liyana.

"Hmm kesian dia..aku memang ade sebab di sebalik semua tu, lagipun aku bukannya sengaja..jom lahh aku belanja korang tgk wayang dekat bandar boleh kita sembang banyak-banyak" kata Pau.

"Haa..cantekkk jom aku lapar ni hehehe" kata Fattie.

Sambil mereka berjalan,

"aku teringin nak tahu kau pakai ape ek sampai jadi terlebih handsome ni?" Tnya Liyana.

"Isshhh kau ni.." kata Pau.

"Alaaa bagitahu laa" kata Fattie.

"Kau pun same, Haduu😂" kata Pau.

***

"Ya Allah, kenapa aku rasa macam aku dekat sangat dengan Pau.." rintih Wizah ketika membaca witir solatnya.

Wizah mendapat straight A's dalam SPM. Kini, dia juga bergelar doktor pakar forensik( DR.FARWIZAH). Dia juga tidak menyangka bahawa dia antara doktor termuda yang sampai ke tahap itu. Namun, dia tidak pernah sedikit melupakan Pau di ingatannya.

Engkau Tetap MilikkuWhere stories live. Discover now