"kringgg!!!!" loceng berdering dengan sangat kuat tepat pada pukul 5:30 pagi. Warden yang bertugas dengan gigih mengejut anak-anak mereka.
"TUK!!TUK!!TUK!!"
"Bangun,bangun...mandi!"
Wizah yang tidur di katil atas segera melompat ke bawah seperti aksi 'spiderman' gituuu kerana terkejut akan bunyi ketukan pintu yang kuat oleh warden.
Gelaran "Puan Suri" memang tidak lapuk di genap fikiran murid SK BANDAR JAYA yang merupakan seorang guru dan warden yang tegas dan garang. Namun, jauh di pandangan hati sangat bersifat keibuan.
Wizah dengan sepantas kilat mencapai toiletres di atas para dan terus menuju ke tandas kerana takut untuk beratur panjang. Masih memegang jawatan sebagai pen.ketua asrama yang nakal tetapi berwibawa.
Setelah selesai mandi, rakannya Fattie berkata
"wei, kau ni setiap hari memang org yg first masuk toilet, x
tak penat ke nk kena bangun mengejut cam tu?".Wizah berkata " tak, aku lagi selesa laju2 hehehehe".
"hmmmpphh, tahu tak mak aku ckp tak elok bangun mengejut, boleh dpt Heart attack tau! ."
Wizah berkata lagi "iyooolah fattie, Macehh sbb amik berat pasal aku...tapi aku nk bangun cam biasa jugak 🤪🤪🤪".
"eyyy sabor je lah dgn kau ni Wizah"
***
Tepat pukul 6 pagi semua murid berkumpul di surau untuk solat subuh berjemaah. Kemudian, pukul 0645 pagi mereka semua burkumpul di DM (DEWAN MAKAN) untuk sarapan.
Sedang mereka makan, Wizah berbisik di dalam hati
"ya Allah, kenapa harini bubur sayur😭"
...kerana Wizah tidak menyukai sayur. Tetapi untuk menjaga hati 'puan suri' dia terpaksa mencari alternatif lain agaknyaa.. di kanannya Fattie dan di kirinya Liyana. Wizah bercakap dgn nada perlahan serentak kepada mereka berdua
" korang, nnti kalau nk pergi basuh mangkuk cover aku auuu..."
liyana berkata "Wizah tak mati pun makan sayur tu, cuba dulu baru tahu rasanya, haiii Wizah ,Wizah ...." 😬😬
Fattie berkata "aku dh kenyang nii.. ahaaa! Aku tahu ape kate kau kasi je sayur tu kat Pau dia kan 'hantu sayur'"
Wizah berkata "mcm mane nk pass kat side lelaki masalahnya? Puan suri betul2 kat depan tu menghadap kita haduuu😌"
Pau merupakan seorang lelaki yg 'beshe2 je' tapi pendiam gila. Wizah ni memang suka menyakat si Pau ni.. sekarang diorang dah jadi close friend haaa susah tau nk kenal dgn org yg pendiam ni... susah senang mesti mereka kongsi bersama. Diorang x kesah kwn2 nk ckp ape pun. Yg penting mereka okay di mata cikgu dan tiada masalah👍.
"Pssstt, Pau nk sayur tak?" Dgn nada bisik Liyana bertanya. Pau hanya sekadar mengangguk.
Semasa puan suri leka berbual, mereka main passing dgn pelbagai gaya😂 tetapi sentiasa berhati-hati. Mereka berjaya!
***
Keluar DM, Wizah mengejar Pau.
"weyh, thanks aaa sbb tolong habiskan sayur aku, kau tahu kan aku tak suka...eee tak sedap bwekkk pahit"
pau berkata "kau ni acting je lebih bukan makan pun.."
Wizah berkata lagi "hello! Aku pernah rase okay!"
Pau, "bila?"
Wizah, " dulu aaa"
Pau, " itu dulu, ni sekarang tak sama"
Wizah, "Fine🙄"
***
Di dalam kelas, Wizah duduk di sebelah Pau. Kemudian, Cikgu Layla memberi tugasan untuk kerja berkumpulan. Pau, walaupun seorang yang susah untuk bergaul dengan orang lain tetapi sangat menonjol dalam memberikan pendapat atau idea. Idea Pau pun bukan 'kaleng-kaleng', sentiasa diterima oleh rakan-rakannya.
***
Suatu hari, mak Wizah (che' Leha) telah diberitahu oleh orang kampung bahawa anaknya bergaul rapat dengan budak lelaki. Dalam hatinya berkata
"sejak bila anak aku 'kawan rapat' dengan lelaki ni? aku rasa dah larang dia hari tu...".
Selepas keluar ke pasar che leha ternampak anaknya Wizah berdua-duaan dengan Pau. Lantas che leha menengking dari jauh
" Wizah!, kau balik sekarang! Ooo ini kerja kau ya! patulah balik sekolah petang bukan tengah hari! mari sini!"
setelah Wizah mendekati che leha, dia terus menarik sanggul anaknya dengan kuat lalu menuding jari ke arah Pau dan berkata
"budak tak guna! kau jangan ganggu anak aku lagi! lepas ni kalau aku dapat berita bukan2 dari orang kampung pasal kau dengan anak aku, SIAP KAU AKU KERJAKAN! Ishh nasib baik anak orang!".
Tetapi che leha tidak perasan akan kehadiran Fattie di sebelah Pau akibat dilindung oleh semak yang agak tebal dan tidak dapat dilihat dari jauh.
***
Setibanya mereka di rumah che leha memukul anaknya kerana berasa malu dengan orang kampung atas perbuatan anaknya yang berdua-duaan. Che leha berkata dengan perasaan yang sangat marah
"kau ni memang tak pandai nak jaga maruah aku kan! mana aku nak letak muka ni! aku malu tahu! satu kampung duk bercerita pasal kau, kau tak malu ke hah? kau tu betina bukan jantan! agak-agakla kalau nak keluar berdua sekali pun!".
Wizah mencelah dengan nada yang teresak-esak "orang pergi de..de..dengan fattie bu..bu..bukan berdua pun. Yang mak nak marah sangat ni kenapa?".
Che leha berkata " hah! menjawab, aku tak kira lepasni aku tak nak kau merayap dengan mana-mana jantan sekali pun faham! kalau aku nampak kau keluar lagi, lagi teruk kau kena!".
Wizah masih tidak mahu mengalah "orang tak keluar berdua lah!".
Che leha dengan geramnya "kau ni memang biadap sungguh!".
Lantas che leha memukul Wizah dengan rotan yang digantung pada dinding.
Wizah meraung "mak sakit makkk!, sakit!"
YOU ARE READING
Engkau Tetap Milikku
RomansaWizah dan Pau berkawan rapat sejak kecil. Persahabatan mereka sangat kukuh. Tetapi, pada suatu masa ada sesuatu yang telah memisahkan mereka dan telah menyebabkan mereka tidak dapat berhubung sesama sendiri. Namun, setelah bersua muka semula, Pau me...