Keesokan harinya, dengan secara tiba-tiba Wizah tidak nampak langsung kelibat Pau di sekolah pada pagi itu. Keadaan semakin lama semakin merisaukan Wizah apabila Cikgu Lyla berkata bahawa Pau tidak hadir ke sekolah atas sebab tertentu. Kemudian, Wizah dengan segera bertanyakan hal ini kepada Fattie dan Liyana.
" Weii kau tau tak kenapa Pau tak datang harini " tanya Wizah kepada Fittie dan Liyana.
" entahla aku pun langsung tak nampak kelibat dia harini " kata Fattie.
***
Di rumah Pau " mummy, mummy pasti ke ni? "Tanya Pau dengan sedikit cemas.
"Alaa kita pergi sekejap je sayang tak lama pun, nanti kita balik la lagipun meeting ni urgent kalau mummy tak datang, nanti jatuh la sale mummy...kenapa ? Anak mummy tak nak tengok mummy berjaya eh..." kata Datin Farida.
Pau tertawa sinis" mummy pernah ambil berat ke pasal kitaorang " tanya Pau dengan sedikit perasaan menyampah terhadap ibunya.
Datin Farida berkata "ehh hello!mummy ambil be.."
dengan tiba-tiba telefon ibunya berdering, lalu dengan pantas dia menjawab.
Pau berkata di dalam hati "hah, tengok tu ambil berat konon nak cakap dengan anak pun tak sempat."
***
Tepat pukul 12 : 00 tengahari Wizah terus mencapai telefonnya yang terletak di atas meja dan terus Whatsapp Pau.
Wizah : assalamualaikum Pau kau pergi mana, kenapa tak datang sekolah harini? Cikgu cakap kau ada sebab tertentu, boleh aku tahu?
Pau : waalaikumussalam maaf la kalau buat kau tercari-cari..semalam parents aku tiba-tiba kena attend mega meeting tentang fesyen di London. Tapi kau jangan risau sebab aku pergi sekejap je.
Wizah :hmmm ye lah.. kau betul-betul pasti ke ni ?
Pau : iyee..kenapa kau rindu aku eeehh
Wizah :eeww memang tak la aku nak rindu kau..dahla malas aku nak cakap dengan orang macam kau. Aku nak pergi solat zuhur..
Pau :ok bye assalamualaikum.
Wizah : bye waalaikumussalam .
***
Setelah sebulan berada di kota London, Pau bertanya kepada ibunya lagi " mummy bila nak balik ni..kata sekejap je " kata Pau.
"Tak lama dah, nanti kita balik la.. " kata Datin Farida.
" Hmmpph " Pau mengeluh ringan.
Sebenarnya Pau sangat rindu akan kawan-kawannya terutama Wizah.
Selepas asar Pau keluar bersiar- siar dengan terpaksa bersama abangnya Daus di tepi laut.suhu disana sangat - sangat sejuk sehingga Pau leka bermain dengan nafasnya yang mengeluarkan wap itu.
"Huhh! Hahh! Huhh! " Pau yang leka bermain dengan nafasnya.
" haduu..kau ni kan, boleh tak jangan main hembus - hembus macam tu busuk laaa." Kata Daus.
"alaa macam laa kau tak pernah buat dekat England dulu. Waktu tu kau punya nafas 10X lagi busuk dari nafas aku sekarang tau.." kata Pau dengan menyampah sekali.
Daus tidak menyampuk langsung selepas adiknya berkata begitu. Di situlah keistimewaan Daus, sejak kecil dia memang tidak pernah berniat ingin memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, dia hanya berdiam diri.
Tidak lama kemudian, Pau bersandar pada satu palang yang menghadap laut sambil memegang telefonnya.
Kemudian, dengan secara tidak sengaja seorang lelaki asing terlanggar Pau dan menyebabkan telefonnya terjatuh ke dalam laut tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
Engkau Tetap Milikku
RomanceWizah dan Pau berkawan rapat sejak kecil. Persahabatan mereka sangat kukuh. Tetapi, pada suatu masa ada sesuatu yang telah memisahkan mereka dan telah menyebabkan mereka tidak dapat berhubung sesama sendiri. Namun, setelah bersua muka semula, Pau me...