Calling...
"Hai Alvin"
"Hai bos, Saya betul-betul nak minta maaf tentang hari tu sebab rancangan kita tak berjaya"
"aku tak tahulah nak cakap apa, tapi, kau ni memang spesies yang lembab eh.... sebab dalam ramai-ramai orang yang aku dah ambil sebelum ni, kau antara orang yang paling gagal untuk buat kerja aku..."
"Saya betul-betul nak minta maaf bos"
"kali ni Aku ada plan baru, jadi aku tak nak kau terpinga-pinga lagi...kali ni, kalau kau miss sikit, payment kau aku cancel faham!"
"Faham bos.. tapi agak sukar untuk kita dapatkan perempuan ni sebab ada seorang lelaki yang sedang lindungi dia... dan lelaki itu bukan calang-calang... jadi kita perlu lebih berhati-hati."
"Aku tahulah! Kau tak payah nak nasihatkan aku.. Aku cuma nak kau jalankan tugas kau elok-elok.."
"Baik bos."
******
Dua jam sebelum pembedahan dilakukan....
Wizah kini terlantar di atas katil. Pau berada di sisi kanannya dan Fattie berada di sisi kirinya. Manakala Liyana dan Firas berada di depannya.
"Pau..."
"Ya..."
"aku nak cakap terima kasih sangat sebab kau selalu tolong aku, semua benda aku buat , Kau tak pernah tak sokong aku. 😊 Dan kalau lepas ni aku..."
"Shhhh..tak perlulah cakap benda yang bukan-bukan. Listen, sekarang ni aku dan semua orang nak kau sihat je okay...."
Wizah tersenyum dan mengangguk dengan perlahan.
"Fattie, Aku sayang kau taww, Liyana pun sama... Thank you for everything..😭😭"
"Ish kau ni beria lah!!" Kata Fattie sambil mengelap air matanya.
"Hahahahaha.. yelahh manalah tahu aku...."
"Eeeeiiii....Janganlah cakap macam tu.."
Fattie dan Liyana memeluk Wizah.
Wizah hanya mampu tersenyum dengan tenang.
****
"Puan dah bersedia?"
'aikkk... Puan? ....apa-apa jelah...'
Wizah angguk.
Wizah dapat merasakan ngilu injection pada bahunya.
Kemudian, sayup-sayup dia mendengar counting daripada doktor yang berada di sisinya.
5,4,3,2,1.....
Kini, dia tidak mampu untuk membuka matanya.
Matanya tertutup rapat.
***
Wizah dikelilingi dengan suatu tempat yang cerah dan berwarna putih.
Tiba-tiba,
Che Leha menghampirinya..
"Mak!"
Wizah memeluk ibunya dengan erat.
"Kenapa mak tinggalkan Wizah?"
"Siapa kata mak tinggalkan Wizah? Mak akan sentiasa ada dalam hati Wizah... Lagipun mak happy je dekat sini 😊"
"Alaaa... Mak dah tak sayang Wizah ke?"
"Takkanlah mak tak sayang.. cuma Mak nak pesan satu je pada Wizah"
" Apa dia?"
"Wizah janji dengan mak, jangan sesekali tinggalkan Pau ya nak..."
"Kenapa mak?"
"Pau sayang sangat dekat Wizah.."
"Ingat nak, Pau dah jaga Wizah, Wizah kena jaga Pau... Dia pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Pau juga perlukan sokongan daripada Wizah..."
Wizah mengangguk.
"Janji dengan mak ya nak.."
"Baiklah mak, Wizah janji.."
"Mak Kena pergi sekarang..."
"Hah! Mak jangan tinggalkan Wizah!!...Mak!!"
****
Setelah sedar dari koma,
"Wizah.. kau okay Tak ni..." Kata Pau.
"Pau!"
Wizah memeluk Pau dengan erat sekali sambil menangis.
Wizah tidak sedar dengan tindakannya kerana kesan sampingan Anesthesia atau dikenali sebagai bius masih lagi tidak hilang dari badannya. Anesthesia ini sering berlaku kepada pesakit yang telah menjalani rawatan pembedahan. kesan sampingan yang biasa dialami oleh beberapa pesakit ialah seperti:
-penat
-sakit tekak
-loya
-muntah
-pening
-lupa ingatan buat seketikaJadi, sekarang Wizah lupa dirinya buat seketika..kerana itu dia memeluk Pau.
Pau kaku.
"Ermmm...Wizah, janganlah macam ni..😅😬."
Semua orang terkejut melihat reaksi Wizah dengan Pau.
Pau langsung tidak boleh bergerak.
Fattie mendekati Pau dan melepaskan Wizah daripada Pau.
"Wizah, Kau janganlah macam ni.. kau tidur ya.." kata Fattie
"Aku rindu mak.."
"Okay, okay .... Kau tidur dulu.."
Wizah tidur semula.
***
"Weh Pau, apa yang dah jadi tadi?"
"Ouhh..tu namanya Anesthesia..biasanya berlaku apabila seseorang itu telah pun menjalani pembedahan ...macam kalau kita tengok pada kes Wizah tadi.. dia tu lupa ingatan sekejap je.. maksudnya dia lupa diri dia siapa sebab tulah dia peluk aku hehehe..😅 aku pun terkejut..."
"Ouhh.. kau pernah alami ke?"
" aku tak pernah alami cuma waktu aku kerja dekat London dulu adalah seorang patient aku ni dia sama kes macam Wizah... lupa ingatan untuk sementara waktu...jadi dia ingat aku suami dia 🤣..tapi kau jangan risau...sebab lepas dia lupa ingatan, kemudian bila dia tidur semula, bila dia bangun balik, semua benda akan jadi seperti sediakala."
"Alhamdulillah nasib baik...😂😂"
Pau hanya tersenyum.

YOU ARE READING
Engkau Tetap Milikku
RomanceWizah dan Pau berkawan rapat sejak kecil. Persahabatan mereka sangat kukuh. Tetapi, pada suatu masa ada sesuatu yang telah memisahkan mereka dan telah menyebabkan mereka tidak dapat berhubung sesama sendiri. Namun, setelah bersua muka semula, Pau me...