Wizah telah bersiap sedia untuk ke sekolah. Dia langsung tidak makan apa-apa sejak semalam. Che leha sangat merisaukan keadaan anaknya itu. Sebelum keluar rumah, Wizah sempat bersalam dengan ibunya tanpa berkata apa-apa dan langsung tidak memandang wajah ibunya.
"Nak, betul ke tak nak makan..muka Wizah tu dah pucat sangat nak..tolong lah, makan sikit je.." rayu che leha.
"Takpe mak Wizah betul-betul tak lapar" kata Wizah tanpa menoleh sedikit pun pada ibunya.
Che leha tidak sedap hati. Wizah kelihatan sangat pucat dan lemah ketika menjawab soalannya tadi.
***
Tiba di hadapan pagar sekolah, dari jauh Pau nampak kelibat Wizah yang sedang membawa beg. Tetapi kali ini dia kelihatan benar-benar pucat dan tidak bermaya.
"Ehh..kenapa dengan Wizah tu? Dia okay ke tak?" Kata Pau di dalam hatinya.
Dia terus mendekati Wizah. Dengan tiba-tiba,
"Pa..." Wizah berkata lalu jatuh pengsan.
"Ya Allah Wizah! Kenapa ni? Wizah bangun! Tolongggg!! Cikguuu!! Wizah pengsan!!", jerit Pau sambil menahan badan Wizah di pangkuannya .
Secara kebetulan, Cikgu Layla juga dalam perjalanan untuk ke pejabat guru. Setelah itu, dia terdengar satu jeritan yang sangat cemas oleh Pau,
"ehhh itu bunyi macam orang menjerit...baik aku pergi tengok..." kata Cikgu Layla.
Dia terkejut melihat sekumpulan murid-murid sedang berkumpul. Dia terkejut melihat Wizah di pangkuan Pau.
"Ya Allah! Kenapa ni?" Tanya cikgu Layla dengan cemas.
"Wizah pengsan tiba-tiba cikgu!" Kata Pau.
"Dah,dah, Fattie,Liyana tolong angkat Wizah masuk dalam kereta cikgu sekarang..cepat!!". Kata cikgu Layla .
Mereka bergegas ke hospital berdekatan. Cikgu Layla segera menelefon che Leha.
***
Wizah membuka matanya perlahan-lahan.
"Makkk,mak," kata Wizah dengan lemah.
Che leha bergegas bangun dan mendekati Wizah. "Ye sayang, mak kat sini.."kata che leha dengan tenang.
"Mak, Wizah minta ampun sangat dengan mak..Wizah janji tak akan ulang perkara yang sama lagi.." kata Wizah sambil teresak-esak lantas memeluk ibunya dengan erat.
"Iya sayang..mak pun nk minta maaf dengan Wizah sebab mak pukul Wizah hari tu..mak tertekan sayang.." kata che leha lalu menitiskan air mata.
"Tak pe mak Wizah faham sangat. Wizah minta ampun ya mak.." kata Wizah lagi.
Sayu hati che leha mendengarnya. Namun, tersemat rasa syukur yang teramat kerana anaknya tidak lagi bermusuhan dengannya.
"Wizah rehat dulu ya sayang, mak ada bawa lauk kegemaran Wizah nii..ayam masak merah, Wizah suka kan? Nanti kita makan sama-sama ya..Wizah kena rehat dulu sebab doktor baru masukkan ubat tadi" kata che leha.
Wizah hanya mengangguk lalu baring dan terus tertidur. Che leha keluar berjumpa cikgu Layla.
"Fattie dgn Liyana tolong jaga anak makcik ya.." kata che leha.
"Wokkay" kata Fattie.
"Terima kasih ya cikgu, tolong bawa Wizah ni pergi hospital." Kata che leha.
"Ehh tak pe lah mak cik tak susah pun..lagi pun kos rawatan Wizah saya belanja okay? Tak mahal mana.." kata cikgu Layla dengan ikhlas.
"Ya Allah terima kasih banyak-banyak cikgu..saya tak tahu macam mana nak balas budi cikgu" kata che leha lagi.
"Ehh tak pe lagi pun Wizah ni murid special tau dalam kelas saya..dia sangat baik hati 😊 dan ceria....bagus.." kata cikgu Layla.
Sementara itu, Pau whatsapp Fattie untuk mengetahui keadaan Wizah.
Pau: Fattie, Wizah mcm mane okay tak?
Fattie: Dia okay, tapi kena rehat dulu.
Pau: aku ingat nk visit dia lah, boleh ke?
Fattie: boleh,tapi kau kena visit petang sbb mak dia datang hospital semula after maghrib. Kau kena careful la sikit..
Pau: haa..okay2.
***
"Tuk!Tuk!Tuk!"
" Assalamualaikum .." kata Pau.
Lalu dia membuka pintu.
"Ehh Pau ! Kau ni susah2 je lawat aku. Kalau busy tak yah laa datang.. aku tak mati pun.." kata Wizah dgn rasa bersalah.
"Tak pe, nk kena tunggu kau mati baru aku nk datang melawat ke? Heyyy budak ni..nah! Aku bawak Chocolate favourite kau.." kata Pau.
Wizah dengan terharunya "weii.. thanks.. aku memang teringin sebenarnya" kata Wizah dengan happy.
"Aku dah agak dahh..." kata Pau.
"Amboi.. dgn Pau kau berterima kasih..kiteorg yg jaga kau dari pagi tk nak ckp terima kasih pulakk..hmmpphh majukk ahh mcm ni" kata Fattie.
"Ahahaha...alolo merajuk pulak kawan aku ni.. ye lahh terima kasih intan payung ku Fattie dgn Liyana.."kata Wizah.
"Haa mcm ni baru betul. Sama-sama kasih hehehe.."kata Liyana.
Beberapa minit kemudian, Fattie menceritakan kisah hidupnya ketika dia kecil. Wizah gelak terbahak-bahak mendengar cerita lawak Fattie. Pau hanya memerhatikan Wizah kerana dia suka melihat Wizah tertawa. Dia berasa lega kerana Wizah okay.
"Weii Wizah, kau discharge esok kan?" Tanya Liyana.
"Yup" kata Wizah.
"Alhamdulillah" Pau berkata.
Wizah hanya senyum melihat Pau yang sanggup datang melawatnya. Dalam masa yang sama, Pau tenung Wizah.
"Aipp korang ni, mesra je aku tangok" kata Fattie.
"Mana adelah..kau tu bila nak tackle abang aku? Ke kena reject? Hmm?" Kata Pau.
"Haduu abang kau tu complicated sgt ahh.." kata Fattie.
"alaaa kau x tahu ke? MOHD FATTAH FIRDAUS memang kaki reject perempuan. Dah laaa kau x payah la letak harapan kat abang aku.. once dia ckp no, kau mengalirkan air mata darah sekalipun dia tetap akan cakap NO.." kata Pau.
"Urmmm..kalau mcm tu, aku nk tackle kau boleh tak?" Kata Fattie.
"Isshh kau ni ke situ pulakk, tak boleh, aku tak izinkan.." kata Pau.
"Alaaaa hmmmpphh..." keluh Fattie.
Semua tertawa kerana perangai Fattie.
YOU ARE READING
Engkau Tetap Milikku
RomanceWizah dan Pau berkawan rapat sejak kecil. Persahabatan mereka sangat kukuh. Tetapi, pada suatu masa ada sesuatu yang telah memisahkan mereka dan telah menyebabkan mereka tidak dapat berhubung sesama sendiri. Namun, setelah bersua muka semula, Pau me...