Keesokan harinya, Wizah sentiasa menggunakan teksi untuk ke hospital, tetapi kali ini, dia tidak menyangka bahawa Pau sanggup menghantarnya ke tempat kerja.
Di dalam kereta, "asal kau diam? Jangan laa marah aku lagi🥺..." Kata Pau.
"Tak marah..aku takde pape nak cakap.." kata Wizah.
"Ouh.. okay" kata Pau.
Situasi mereka agak 'awkward' apabila berada di dalam kereta bersama.
Tiba di tempat kerja, "Thanks.." kata Wizah.
"No prob.." kata Pau.
***
Setelah Wizah masuk ke dalam office nya,
"uuuuu!!!, siapa tu doktor?, boyfriend baru ehh..." kata Fariha.
"Ishh awak ni mane adelah.." kata Wizah.
"TUK!TUK!TUK!"
Bunyi ketukan dari pintu bilik Wizah.
"Masuk..." kata Wizah.
"Ade kes baharu hari ni doktor..2 kes.." kata Fariha.
"Okay, tapi saya busy sikit..boleh tak awak cakap dengan DR. HISYAM, suruh dia Handle kan satu kes boleh?" Kata Wizah.
"Baik doktor." Kata Fariha.
Tepat jam 12 tengah hari,
"TUK!TUK!TUK!,
" Doktor.. tak nak lunch ke?" Tanya Fariha.
"Takpe saya dah kenyang" kata Wizah.
"Tapi, boyfriend doktor cakap dia nak lunch sama-sama?" Kata Fariha lagi.
"Ehh..saya mane ade boyfriend😬 awak ni biar betul Fariha.." kata Wizah.
"Betulllll... dia tunggu dekat luar.." kata Fariha.
Wizah keluar dari tempat kerjanya, dan melihat Pau yang sedang menunggu kehadirannya sambil bersandar pada kereta.
"Kau ni pahal tiba-tiba nak ajak aku lunch ni? Tak pernah pernah pun kau ajak aku?" Tanya Wizah.
"Pernah ke, tak pernah ke, itu lain cerita, sekarang ni kau lapar ke tak? Kalau kau lapar, aku nk bawak kau pergi satu tempat yang special ni.." tanya Pau.
"Tak pe lah weii.. aku betul-betul tak lapar ni.." kata Wizah.
"Serious?" Tanya Pau.
"Yup" kata Wizah.
Tidak lama kemudian,
"TUK,TUK,TUK!".
"Masuk..." kata Wizah.
"Doktor ni ade bungkusan daripada boyfriend doktor..dia cakap kalau doktor tak makan, nanti dia datang sendiri and suap doktor makan.." kata Fariha.
"Amboii, ye lah letak je atas meja tu nnti saya makan, saya tak lapar lagi.." kata Wizah.
"Baik doktor.." kata Fariha. Tiba-tiba
"blurrrrpppp"
bunyi daripada perutnya yang merintih kelaparan.
"Hmm..hang ni perut, macam tahu-tahu je ade makanan kan.. heyyy..sabarrr, aku nak makan laa ni.." kata Wizah kepada perutnya😂.
"Ting!"
Bunyi notifikasi WHATSAPP daripada Pau.
Pau: Woi!! Kau makan ke tak?
Wizah: tak nak! Tak sedap🥱
Pau: ye ke? Nk aku belikan yg lain?
Wizah: tak lah aku saje je..dah habis dah pun
Pau:😒 aku dah agak dahh..kau mesti lapar..
Wizah: Isshh dah laa aku nk sambung kerja, banyak lagi mayat nk kena uruskan ni..nnti kau yg aku mayatkan kangggg...nak?
Pau: kau nak aku mati ke weii?
Wizah: kalau dah ajal nk buat mcm mane?
Pau: Tapi..
Wizah: okay bye!😴
"Wehhh aku tak habis tulis lagi...dia bye cam tu je..hmmpphh aku baru nk bagitahu benda penting..." keluh Pau.
***
Setelah Wizah pulang dari kerja,
"usshh bau ape yang wangi sgt ni?" Kata Wizah.
"Wizah! Cepat laa siap! Kan kita kena pergi makan malam rumah Pau harini? Dia tak bagitahu kamu ape-ape ke? Tanya che leha.
"Aikkk! Bila masa dia bagitahu?" Tanya Wizah.
"Cuba tengok telefon tuu..." kata Che Leha. Wizah terus membuka telefonnya, banyak notifikasi missed call dari Pau.
"Allah ... Wizah ter mute pulakkk..." keluh Wizah lagi.
"Dah,dah jom cepat nnti Pau tunggu..." kata che leha sambil memakai kasutnya.
"Jap,jap.." kata Wizah.
Pau menunggu mereka di depan halaman rumah sambil memakai baju Melayu dan bersongkok.
"Wizah! Kau memang kena pakai dress eh?" Tanya Pau.
"Ini bukan dress tapi abaya maksudnya jubah." Terang Wizah kepada Pau.
"Ouh okay.." kata Pau.
***
Setelah tiba di rumah Pau, Wizah terkejut dengan rumah yang sangat besar dan cantik. Setelah duduk di atas kerusi, Wizah perasan yang kelibat ibu bapa Pau tiada di situ.
"Wei Pau..mana mak ayah kau mesti kita makan dengan diorang kan?" Tanya Wizah.
"Siapa cakap kita nak makan dengan mak ayah aku...diorang busy laahh. Tak de masa untuk semua ni.." kata Pau dengan kecewa.
Wizah tidak mampu berkata apa-apa.
"Ucopp meh laa makan .. ajak staf yang lain skali ek.." kata Pau.
"Baik Fawwaz." Kata Yusof.
"Uuuuuu Fawwazzz..." kata Wizah kerana dia jarang mendengar orang lain memanggil Pau dengan nama penuhnya.
"Aippp! Wizah diam!" Bisik che leha.
"Ehh tak pe laa mak..sekali sekala kan.." kata Pau.
Setelah semua staf berada di meja makan, Pau memimpin bacaan do'a.
"Untung dapat anak yang baik macam Pau..." kata che leha di dalam hati.
"Kak mah, tambah laa lagi.." kata Pau.
"Eh tak pe.. cuma Kak Mah nk tnya boleh?" Tanya Kak Mah.
"Boleh.." kata Pau.
"Kamu berdua ni bercinta ke?" Tanya Kak Mah dengan berhati-hati.
Wizah yang ingin meminum air tiba-tiba tersedak dengan sendirinya.
"Ehemm! Saya pergi toilet kejap.." kata Wizah.
"Maaf! Kak Mah betul-betul tak sengaja...😰" kata Kak Mah dengan cemas sekali.
"Tak pe, tak pe, cuma kalau boleh jangan tanya soalan yang melibatkan hal peribadi ye Kak Mah.." kata Pau.
"Baik tuan.." kata Kak Mah.
YOU ARE READING
Engkau Tetap Milikku
RomanceWizah dan Pau berkawan rapat sejak kecil. Persahabatan mereka sangat kukuh. Tetapi, pada suatu masa ada sesuatu yang telah memisahkan mereka dan telah menyebabkan mereka tidak dapat berhubung sesama sendiri. Namun, setelah bersua muka semula, Pau me...