BAB 10

8 3 0
                                    

"Semua dah ready ke?" Tanya Fattie.

"Hmmm" kata Wizah.

"Alaaa kau ni..senyum laa sikit.."kata Fattie.

Wizah membuat senyuman palsu.

"Boleh laa daripada tak senyum langsung kann" kata Fattie.

***

Setelah naik ke atas kapal, Pau telah menetapkan mereka bilik bersebelahan supaya senang untuk menguruskan hal-hal kecemasan. Fattie berkongsi bilik dengan Wizah. Pau mempunyai single bedroom. Manakala Liyana dan keluarga miliki satu bilik.

Kapal memulakan persiarannya, angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh Wizah.

"Ehh! Wizzz...aikk mana budak ni? Ni syampu aku ke syampu dia? Haihh susah laa barang sama nihh.." celoteh Fattie.

"Tak sejuk ke?" Tanya Pau.

Wizah menggelengkan kepalanya.

"Wizah rindu mak eh?" Tanya Pau.

"Hmmm...mak tu nyawa aku..."kata Wizah.

"Mak pun nyawa aku jugakk🤪🤪"kata Pau.

Wizah tidak berkata apa-apa. Pau merapatkan sedikit jaraknya kepada Wizah.

"Cuba kau tengok kat sana...kau nampak ape?" Tanya Pau yang sedang menuding jari ke permukaan laut itu .

"Jap..itu macam dolphin kan! Huaaaa! Comelnyaaa🤩". Kata Wizah. Pau tersenyum.

"Ade berapa ekor?" Tanya Pau lagi.

"Ermmm..dua!...haaaa! Mesti Dolphin tu dating kann.." Kata Wizah kerana menikmati keindahan ciptaan tuhan.

"Satu untuk aku...satu untuk kau.." kata Pau yang menyakat Wizah.

"Eeeeee mengada aaaa, kau..". Wizah cuba untuk mencubit Pau tetapi Pau sempat mengelak. Mereka tertawa bersama kerana aksi pelik masing-masing.

***

"Sayang, tengok tu!" Kata Liyana sambil menuding jari ke arah Pau dan Wizah.

"Bila laa abang nak dapat manja-manja macam tu jugak kann..hmmm.."kata Firas.

"Isshhh ke situ pulak dia...nnti laa..sayang nk manja dgn baby kita dulu.." kata Liyana.

"Kesian papa dia..kena ignore .." kata Firas.

"Ye laa..ni untuk papa ya.." kata Liyana.

Satu ciuman manja dari Liyana melekap pipi Firas. Firas memeluk Liyana dengan erat sekali.

***

Makan malam mereka merupakan satu acara yang formal, jadi mereka dikehendaki untuk memakai baju yang cantik dan kemas untuk meraikan malam pembukaan di atas kapal persiaran.

Fawwaz dengan segak dan rapi memakai tuksedo dan sedang menunggu Wizah di ruang utama. Bunyi iringan muzik yang lembut menenangkan hati para pendengar dan tetamu yang hadir. Wizah agak kelewatan setelah sekian lama mencari baju kesukaannya dan dia agak gementar kerana dia bakal menjadi orang yang terakhir menuruni anak tangga utama itu.

Wizah turun dari tangga utama dengan memakai jubah putih yang bercorak bunga-bungaan dan tudung bawal putih berbidang 55'. Dengan perlahan Wizah melangkah menuruni anak tangga. Wizah yang terlalu menahan malu tidak sedar bahawa dia telah menarik perhatian orang ramai.

Pau yang sedang membetulkan bowtie nya dengan tidak sengaja tidak berkelip mata memandang Wizah yang sangat cantik pada malam itu.

"Ya Allah," terdetik di hati Pau kerana dia telah membayangkan seperti ada bidadari syurga yang bakal menguasai hatinya.

Engkau Tetap MilikkuWhere stories live. Discover now