PROLOG

943 19 0
                                    


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
[ An Nur 24:26 ]

•••

"We might be toxic together, but i'll love you forever."
- Izham Hayqal -

•••┈•••❁○❁🖤❁○❁•••┈•••




SUASANA di dalam pusat hiburan di tengah kota bandar raya hingar-bingar dengan muzik yang kuat terpasang. Raysha Adilla memandang lautan manusia yang sedang leka menari dan bersuka ria tanpa batas. Hari ini dia berseorangan kerana teman berseronoknya tidak dapat turut serta.

Raysha Adilla meneguk air berperisa di sudut bar. Meskipun kehidupan sosialnya begini, namun tidak pernah dia meneguk sebarang alkohol. Tekaknya masih suci dari air yang dikatakan sebagai kencing syaitan.

Leka dalam dunia sendiri, tiba-tiba sosok seseorang yang tinggi lampai datang menyapanya.

"Hello beautiful."

Raysha Adilla tersenyum sinis. Sudah acap kali mendengar pujiaan sebegini diluah padanya. Terlalu sering sehingga dia sudah tidak dapat rasakan apa yang istimewanya. Semua lelaki sama, cuma memandang fizik dan rupa. Bohonglah jika kata dapat menerima seadanya. Itu semua dusta belaka.

Kaum adam memang cenderung memandang wanita tak ubah seperti objek yang boleh ditimbal balik seperti bola. Sebelum dapat memang manis ayat yang dihampar. Namun setelah menjadi hak milik, segala maki hamun dan carutan pula yang keluar.

"Seorang?" Tanya si jejaka.

"Yeah, my friend didn't come tonight." Raysha Adilla membalas datar. Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, buat-buat tanya pula. Sudah terang lagi bersuluh hanya dia saja yang ada di depan mata, pastilah sendirian.

"Well... I can be your friend tonight." Lelaki itu mula mengambil tempat kosong di sebelah Raysha Adilla. Mata Raysha Adilla ditatap menggoda dan tangannya kian menjalar pada belakang kerusi.

"With benefits." Seketika kemudian, matanya dikenyit nakal.

Raysha Adilla hanya diam. Visual lelaki itu diamati dari hujung kepala hingga hujung kaki. Tidak dinafikan, ada rupa. Wajahnya tampan, ditambah pula dengan ketinggian yang rata-rata menjadi idaman para wanita. Siapa saja yang tidak berpaling dua kali. Namun sayang, sudah kacak tapi buaya pula.

Rancak berbual, Raysha Adilla perasan lelaki tersebut mula hendak melancar taktiknya. Ingin memerangkap mangsa ke dalam jerat.

Sudah terbiasa dalam permainan yang sama, Raysha Adilla sekadar mengikut tempo. Dia tak bodoh dalam membaca gerak geri serta bahasa tubuh. Dia tahu lelaki ini mahukan sesuatu yang berharga miliknya. Dari awal mata nakal itu meliar memerhatikan segenap inci tubuhnya, dia sudah dapat membaca akan niat yang tersirat.

"May I?" Soalnya lembut.

Raysha Adilla merenung wajah lelaki itu. Kelihatan mata si dia tertumpu pada ulas bibirnya. Beberapa saat beralih pula ke tempat-tempat privasi.

Raysha Adilla hanya diam, tidak membalas. Namun perlahan-lahan bibirnya terasa basah dikulum oleh lelaki yang baru saja dia temui bahkan saling tidak mengenali. Dia ingin menolak tapi sang jejaka lebih cekap dalam mengatur rentak. Dia khayal buat seketika. Entah kenapa, aura ketertarikan lelaki itu membuatnya sukar untuk menahan rasa.

Setelah ciuman dilepas, masing-masing kian mencari nafas.

"My place?" Sang jejaka bertanya sambil tangannya disua, menanti untuk disambut si jelita.

"I'm sorry, I got to go." Balas Raysha Adilla ingin pamit. Cuba menghalang diri dari terus terbuai. Dia takut tersilap langkah kerana sedar akan iman yang senipis kulit bawang. Jika mengikut nafsu yang membara, sah-sah dia akan jatuh ke lubang syurga dunia.

Namun belum sempat Raysha Adilla berlalu, lengannya sudah direntap dan badannya ditolak ke dinding. Lelaki itu memerangkap dan mengunci tubuhnya dalam pelukan.

"Come on, I'll make you feel good." Lelaki itu masih memujuk. Dengan penuh agresif, leher Raysha Adilla yang terdedah dicium rakus.

"I-..." Raysha Adilla mencari-cari alasan sebelum nafsu bermaharajalela.

"I know you that want me too, so stop ressisting your body needs." Tangan lelaki itu kini merayap pula ke pinggang dan punggungnya.

"I'm sorry, not tonight." Raysha Adilla pantas memintas. Tubuh tegap itu ditolak ke tepi. Lelaki ini hanya mahu mengambil kesempatan ke atasnya. Jadi dia harus kuat melawan rasa.

Setelah keluar dari perkarangan parkir, kereta dipandu pulang ke rumah sewanya. Baru setapak melangkah masuk ke dalam rumah, dia sudah diserang dengan pandangan tajam dari rakan serumahnya, Farhana.

"Kau dari mana ni?" Soal Farhana dengan muka serius.

"Usual."

"Dilla, berapa kali aku cakap bahaya tahu tak pergi tempat-tempat macam tu." Terlepas dengusan kecil dari mulut Farhana. Menggeleng dia dengan kedegilan si rakan. Cukup dia tak berkenan dengan tabiat Raysha Adilla yang satu itu.

Naik risau dia melihat cara Raysha Adilla bersosial. Kalau terjadi apa-apa nanti, merana nasib badan. Diri sendiri juga yang sakit.

"Ya, ya." Balas Raysha Adilla acuh tak acuh. Langkah kakinya laju dibawa menaiki tangga. Malas mahu mendengar nasihat Farhana, teman serumah yang sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.

Mungkin Farhana betul, tapi naik rimas juga dia apabila ada yang cuba mengatur-atur. Dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Tak perlu diulang-ulang beribu kali perkara yang sama.

Toxique [OG]Where stories live. Discover now