Setenang-tenang melihat crush, tenang lagi melihat senarai nama cikgu yang mungkin tidak masuk ke kelas kerana mesyuarat.
Alya dan Hani berdiri betul - betul berhadapan papan kenyataan kelas. Jari telunjuk masing - masing dibawa ke kertas itu. Di bawa ke bawah mencari nama cikgu yang dikehendaki diikuti mata yang tajam melihat.
Rakan sekelas yang lain setia menanti. Mengharapkan nama cikgu itu ada.
Jari mereka berhenti pada no 8. Hani mengecilkan mata sejurus itu nama dibaca dengan perlahan.
"Puan Siti Zubaidah. "
Alya dan Hani pusingkan badan menghadap rakan yang lain.
"Nama cikgu kita Siti Zubaidah an? ", soal Hani. Masing-masing menganggukkan kepala.
"YES! Cikgu Zubaidah tak masuk kelas. ", Jerit Hani memberitahu seluruh kelas.
Kelas mula riuh. Alya hanya tersenyum. Faham dengan rakan sekelasnya.
Cikgu Zubaidah, cikgu disiplin yang mengajar Fizik. Dan cikgu paling garang antara cikgu tingkatan empat.
Mereka duduk di tempat masing-masing. Perut dah kenyang diisi nasi lemak telur mata rehat tadi.
Alya dan Hani duduk di baris ketiga bawah kipas. Tempat yang sangat selesa.
Alya mengambil oreo di bawah meja. Lupa nak makan masa rehat tadi.
"Alya, kau rasa tahun ni kem perkhemahan kat mana? ", Alya memandang Hani dengan tangan yang memegang sepeket oreo untuk dikongsi bersama.
"Tak sure la. Tapi aku ada dengar yang tahun ni , pihak PIBG nak sumbang lebih untuk kem. Tak tau la betul ke tak. ", Oreo digigit sedikit.
"Kalau betul kan, mungkin kita tak perlu bayar apa-apa . Or hari ditambah contohnya 5 hari or 7 hari. Tak gitu?", Hani mengambil satu oreo dan dimasukkan semua ke dalam mulut.
"Haah la boleh jadi. Tapi tak kesah la yang penting aku nak join. "
"Mak dengan Ayah kau still bagi pergi kem? ", dengan berhati-hati Hani bertanya.
Alya memandang Hani dengan kening sebelah diangkat.
"Er..Yela sebab setiap tahun kita pergi kem. Tu aku tanya tahun ni still boleh pergi ke. "
Alya mengangguk faham.
"Mak aku setiap tahun memang nak aku pergi kem sekolah. "
Satu keluhan terlepas. Hani hanya tunggu Alya menyambung kata-kata.
"Aku tunjuk je borang. Mak terus setuju. Mak sanggup bayar walaupun mahal. Tapi, kalau aku minta belikan buku rujukan satu, satuu je. Mak marah. "
Tangan mencapai botol air di atas meja. Alya minum beberapa teguk sebelum sambung bercerita.
"Kenapa? "
Botol kembali diletakkan ke meja.
"Aku tak tau. Padahal yuran kem lagi mahal kan? "
Hani mengangguk laju.
"Takkan satu buku je tak boleh? Aku tak faham."
Hilang seleranya untuk makan. Hani yang melihat terus diserbu rasa bersalah. Muka Alya dipandang dengan penuh simpati.
"Kenapa? Kenapa Mak sanggup bayar yuran tu. Mak macam..Macam tak suka aku ada kat rumah tu. "
"Jangan cakap macam tu, Alya. "
"Mak aku kalau boleh, pukul 0630 nak aku keluar pergi sekolah. Kalau lambat sikit kena marah. Sekolah mula pukul 0730 kot. Dah la datang -datang je sekolah still gelap. Nasib ada guard. "
"Mungkin Puan Adira ada sebab buat macam tu. "
"Sebab apa? Bagitahu aku sebab apa, Hani? ", Peket oreo tadi diserahkan pada Hani. Alya meletakkan kepala atas meja. Muka menghadap ke kiri. Mengelakkan dari melihat Hani.
Hani melepaskan keluh. Tangan mengusap belakang Alya.
Hani membiarkan sahabatnya menenangkan diri.
Sudah tiga minit dia biarkan, mulut kembali bertanya soalan.
"Ayah kau macam mana, Alya? "
Sejurus itu, Alya menegakkan semula badan. Badan Alya dihadap ke Hani namun kepala tertunduk .
Tindakan drastik Alya itu membuatkan Hani tersentak.
"Hani.. "
"Ya Alya ?"
"Kenapa? " , Alya mengerutkan dahi diikuti Hani.
"Kenapa, apa? ", Hani memandang muka Alya dalam.
"Kenapa aku tak pernah jumpa ayah aku?"
Serentak itu, Alya memandang mata Hani. Menunjukkan yang dia benar - benar keliru.
"Maksud kau? "
"Sejak minggu lepas, aku tak pernah jumpa Ayah aku walau sekali pun Hani. Sekali! Aku.. Ayah aku.. Kenapa? "
"Takkan tak pernah jumpa? ", Hani memegang bahu Alya.
"Tak. ", suara yang keluar amat perlahan. Seperti tersekat di kerongkong.
Masing - masing memaparkan riak keliru.
"Aku betul - betul tak pernah jumpa Ayah aku sejak minggu lepas Hani. Aku tak tipu. "
Alya menggelengkan kepala. Tangan mengurut pelipis. Kepalanya pening.
Dada turun naik cuba mencari nafas. Kerongkong seperti disekat sesuatu menyukarkan Alya untuk bernafas dengan sempurna.
Hani hanya mampu merenung. Otak sedang mentafsir apa yang sedang terjadi.
"Aku nak tidur. Nanti kejutkan aku tau. "
Hani membalas dengan anggukan kepala.
Alya merehatkan kepala di atas meja. Melihat nafasnya sudah teratur seperti biasa,Hani merenung Alya lama. Senyuman hambar diberikan.
Hani sambung makan oreo tadi.
Tidur la sahabat. Jika mimpi mu lebih indah dari realiti yang perlu kau tempuh. Realiti yang mungkin menjadi lebih kejam saat kau membuka mata.
YOU ARE READING
ALYA : fight for Cahaya
Teen Fiction( C O M P L E T E D ) 2020 "You too left me." Kisah hidup seorang gadis , Alya Humaira yang semakin menjunam jatuh ke dalam gaung kehidupan saat melangkah ke dalam sebuah kem perkhemahan. Kawan yang dianggap sahabat , Perjuangan yang dianggap berb...