¦¦ 29 ¦¦

34 4 4
                                    

Aku di sini masih menunggu mereka yang masih belum tiba. Mana diorang ni? Lama betul. Ke diorang tengah sediakan sesuatu?

Ni mesti nak suprise kan aku. Tapi, birthday dah lepas. Eh, apa aku fikir ni.

Huaaaaaaa

Haih, untuk kali ke berapa aku menguap. Dah la semalam tidur lambat. Aku mana biasa tidur selepas pukul 12.

Ain ni, tak nampak pula kelibat dia dekat sinki. Mana dia pergi?

Aku rasa dah boleh jadi penyanyi jalanan yang berjaya ni. Hmm, bagus juga idea tu.

Boleh la nyanyi dulu ke. Mana tahu duit masuk, boleh bayar hutang Ayah.

Tak pun, aku jadi acik cleaner sementara kat sini. Dapat juga pahala. Ha, tu baru idea bernas. Apa lah, ni nak menyanyi bagai.

Suara bukan sedap pun. Katak pun takut nak dengar.

Masalahnya, aku tengah mengantuk. Malas betul badan ni nak bangun. Jadi, idea jadi acik cleaner tu dah boleh bubarkan.

Ya allah, bosannya.

"Hai Alya."

Bagus, ada juga yang tegur aku. Sikit je lagi boleh mereput aku kat sini.

Aku mengangkat kepala memandang dia . Senyuman sudah terlakar di muka. Pandang sahaja wajahnya, serta merta mati. Senyuman ku mati.

"Err..hai."

Dia duduk di hadapan aku tanpa dijemput. Aku menegakkan badan dan cuba membetulkan posisi badan agar nampak lebih sopan.

"Mana Ain dengan kawan awak lagi seorang tu?"

Maksud dia, Hani kan?

"Ouh, em entahlah. Dari tadi tak muncul."

Dia hanya mengangguk. Bibirnya masih tersenyum kecil. Aku pula rasa janggal sekarang ni. Tak mampu nak balas senyuman dia.

"Alya tak bawa fon? "

Aku mengerut dahi mendengar soalannya. "Tak, kenapa tanya? "

Dia menyeluk poket seluarnya tiba-tiba. Satu objek nipis dikeluarkan dari situ.

"Nah."

Telefon berjenama apple itu diserahkan kepada aku.

Dah kenapa? Nak bagi aku ke , kalau ye alhamdulillah lah. Boleh jual lepastu bayar hutang Ayah.

Ceh, nak jual dekat siapa je .

Ataupun aku bagi je iPhone mamat ni dekat orang tua bengong tu. Aku cakap je la, ni telefon paling mahal dalam dunia. Mesti dia percaya kan?

"Alya? " Aku tersentak dan kembali fokus kepadanya.

"Ha? "

"Awak tak nak call sesiapa? Mak ayah awak ke?  Semua orang ambil peluang ni untuk main fon tau."

Dengar sahaja ayatnya, aku pandang seluruh manusia dalam dewan makan ini. Betul la tu, semua menghadap telefon masing-masing.

"Ouh, emm nak tu nak la. Tapi takpe, nanti saya pinjam telefon Hani unt-"

"Takpe, guna je telefon saya."

Teragak-agak aku mengambil daripada dia. Setelah mengucapkan terima kasih, aku mendail nombor Mak.

Tiga kali cubaan, aku berhenti. Mak masih tak angkat. Aku mengeluh perlahan.

Iphone diserahkan kepada Rizki semula. Dia tidak menyambut tetapi hanya kerutan yang terhasil di dahinya.

ALYA : fight for CahayaWhere stories live. Discover now