¦¦ 15 ¦¦

58 5 0
                                    

Dua helai duit biru diberikan pada Tok Kasim. Setelah mengucap terima kasih, plastik yang berisi dua kotak air Apple diambil. Percaya atau tidak, Alya pergi sekolah dengan basikalnya.

Satu beg dia galas. Dalam bakul juga terdapat satu beg kecil yang memuatkan segala makanan dan barang peribadinya. Ada satu beg diikat di belakang.

Tujuh hari kot, banyak la baju kena bawa. Dan ye, dia dalam gelap mengayuh basikal dengan barang banyak.

Sampai sahaja di sekolah, Alya pergi ke depan padang mencari Puan Dahlia. Sambil itu, dia juga akan menanda kehadiran pelajar perempuan.

Ramai pelajar mula menyerbu Alya dan Idham yang berada di depan padang. Satu-satu nama mereka tick. Dengan sekilas, Alya dapat menangkap satu kumpulan pelajar perempuan di tengah padang juga sedang menyerbu seseorang..

Itu Hani!

Alya tergelak kecil melihat wajah Hani yang jelas tidak selesa apabila ramai mengelilingi dia.

Tepat sahaja pukul 8 setengah malam, dua bas tiba. Semua pelajar sudah teruja dan masing-masing sudah dengan pasangannya.

Sempat Idham menyuruh Alya untuk mengawal pelajar perempuan. Alya dengan segera terus mengarah yang lain untuk beratur dalam dua barisan.

Dia mengajak Hani berdiri di sebelahnya sama juga Idham yang mengajak rakan untuk duduk di dalam bas nanti.

"Semua ikut belakang aku tapi dalam barisan ni, faham?" Teriak Idham dengan kuat kerana tiada mikrofon.

Cikgu-cikgu yang terlibat hanya melihat dari tepi.

Sampai sahaja di depan pintu bas, Idham dan kawannya iaitu Nazim meletakkan beg di dalam tempat yang disediakan. Idham juga membantu untuk letakkan beg pelajar perempuan yang lain.

Selesai separuh orang, Idham kembali di depan barisan. Pelajar yang masih dengan beg mengeluh perlahan.

"Yang belum letak beg tu, nanti kat bas kedua aku settlekan."

Alya mengangkat tangan menyuruh mereka diam. Sekarang giliran dia pula nak berbicara. Dia pun ketua kan?

"Nak masuk nanti, lelaki masuk dulu lepastu perempuan and lelaki balik. Gilir -gilir tau."

Buka sahaja pintu, dengan cermat dua pelajar lelaki masuk diikuti dua pelajar perempuan. Sementara itu, Alya dan Idham mengira bilangan yang ada.

Idham akan jaga bas satu manakala Alya di bas dua. Jadi, Alya tidak kesah sangat tempat duduknya di sini.

Separuh sudah masuk, yang lain dibawa ke bas dua oleh Alya diikuti Hani di sebelahnya. List nama pelajar perempuan sudah diberikan pada Alya.

Alhamdulillah, semua sudah ditanda. Takde la menyusahkan dia nak cari pelajar yang tiada.

Idham muncul di tempat letak barang. Beg -beg pelajar perempuan diletakkan dahulu. Pelajar lelaki akan letak sendiri.

Akhir sekali, beg Alya dan Hani diserahkan pada Idham .

"Terima kasih. Sorry la berat sikit."

"No problem, kau jaga elok-elok budak -budak semua tu tau. Apa-apa call je aku."

Alya mengangguk faham. Hani hanya diam sahaja malas menyampuk.

"Kita tak boleh libatkan cikgu kalau ada apa-apa jadi kecuali kalau dah teruk. Tapi selagi kita boleh tepis, kau roger aku tau."

"Ye yee. "

Idham bergerak ke bas pertama. Hani dan Alya masuk ke dalam bas dengan berhati - hati. Dua tempat kosong di belah kiri bahagian depan masih kosong. Di sebelah kanan pula ada Puan Dahlia dan Puan Ain yang sedang berbual.

ALYA : fight for CahayaWhere stories live. Discover now