¦¦ 21 ¦¦

46 5 0
                                    

"Semua dah ada tenaga kan? "

Aku mendengus perlahan mendengar soalan Damien. Tenaga memang ada, masalahnya perut aku dah mula panas. Ini semua salah Hani. Dia pergi gaul separuh nasi lemak aku dengan sambal.

Fasi pulak dah bagi amaran kena habiskan. Sekarang, aku yang terseksa.

Kami duduk dalam bulatan seperti semalam. Semua bendera masik tegak. Sesekali, bendera berkibar mengikut arah angin.

Dari tadi, Khaisara memandang aku tajam. Kalau sekejap je takpe, ni tak berkelip.

tch.

Mesti hal sarapan tadi. Lah tak kesah pun.

Khaisara yang duduk di sebelah Amir mula bangun dan bergerak ke arah aku. Ain memandang tajam gadis itu.

Dia kemudian duduk di sebelah kanan aku. Aku memandang Khaisara. Dia turut memandang aku.

Lama kami begitu, masing-masing taknak kalah. Akhirnya, aku pandang hadapan. Cuba memberi fokus terhadap fasi.

"Aku tak tahu apa niat kau, tapi aku takkan ikut telunjuk kau walau apa pun."

Khaisara ketawa kecil. Dia menggeleng kepala . Sejurus itu, dia dekatkan diri dan membisik sesuatu yang pasti hanya aku seorang sahaja dengar.

"Jangan yakin sangat. Aku boleh buat kau jatuh terduduk macam orang takde harapan." Dia mengusap pipi aku sebelum dengan kasar aku menolak tangannya.

Dia tersenyum sinis.

Gila ! Betul cakap Ain, perempuan ni psycho. Senyum - senyum pula, aku tampar sekali kang.

••••••••••

Khaisara masih di sebelah. Aku menjeling dia sekilas. Dia sedang termenung memandang depan, maksud aku termenung memandang Damien yang sedang memakai topi.

Sekarang pukul 8 suku, tak lama lagi aktiviti pertama akan diadakan. Semasa borak dengan Damien di dewan makan tadi, dia ada beritahu sesuatu.

Katanya, aktiviti harini melibatkan fizikal dan mental. Jadi, aku kena kuatkan mental fizikal aku untuk aktiviti harini.

Dia pun ada cakap,

"Nanti aku garang tau,  jangan harap aku akan kesiankan kau."

Eleh, dia ingat aku ni lembik ke? Dah berapa kem aku pergi, okay je. Cuma ada la beberapa kes yang memalukan.

Shut, jangan tanya kes apa.

Semua fasi sudah mula berdiri tegak. Maksudnya, kami pun perlu ikut sama.

Dengan segera, semua berdiri tegak menghadap para fasi.

"Ada satu perkara yang aku terlupa nak beritahu. Kami akan memilih dua orang daripada kamu iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai peserta terbaik."

Kami memandang sesama sendiri. Riak masing-masing sudah teruja.

"Pada akhir kem, dua peserta tu akan dapat hadiah. Jangan risau, ada juga hadiah untuk kumpulan terbaik. "

Khaisara menegakkan badan. Dari sisi dapat aku lihat, dia merenung aku. Aku mengabaikan sahaja.

Ain menepuk bahu dan aku memandangnya.

ALYA : fight for CahayaWhere stories live. Discover now