¦¦ 3 ¦¦

93 10 5
                                    

Batu - batu kecil disepak. Bibir tidak berhenti menyanyi. Sahabat di sebelah hanya menikmati pemandangan sambil menolak basikal kepunyaannya. Mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Hari yang agak memenatkan.

Sampai di satu lorong , mereka berhenti dan memandang sesama sendiri. Alya akan ke kanan manakala Hani ke kiri.

"Aku balik dulu. Kau jangan rindu aku lak. "

Alya yang mendengar terus membuat muka jijik.

"Memang tak la. "

Hani mengangkat bahu seraya memusingkan tubuh membelakangi Alya.

"Bye! " , tanpa berpusing, Hani melaung kuat.

Alya memandang tubuh Hani yang kian menjauh sambil melambai. Hani sesekali pusing memandang Alya.

"Bye. ", hanya bayu yang mendengar.

Alya mengayuh basikal ke rumah dengan segera. Takut dia berseorangan di lorong itu.

•••••••••••

Makan malam kalini amat sunyi. Bukan kalini sahaja, malah sebelumnya juga.

Kerana hanya ada Alya dan Puan Adira sahaja.

Alya makan dengan perlahan. Sesekali mata memandang maknya yang hanya diam membisu.

Haihh..

"Mak. ", dengan suara tertahan Alya memanggil. Entah dengar entah tidak.

"Mak sihat? ", berhati-hati Alya bertanya.

"Ada nampak Mak macam nak mati ke? ", dah agak.

Kepala digeleng. Alya diam sebentar mengumpul kekuatan.

Wajah Puan Adira ditatap kembali.

Nak tanya tapi takut. Kalau tak tanya macam mana aku nak tahu.

Tanya je la..

"Mak.. "

"Nak apa lagi, kau makan je boleh tak?Lepas dah makan kau pergi siapkan kerja sekolah tu."

"Homework Alya semua dah siap.. " Puan Adira menjeling anaknya. "..Alya nak tanya something boleh? "

Puan Adira diam membisu. Tangan mencapai gelas berisi air kosong untuk minum.

"Ayah dah tak makan dengan kita ke? "

Tubuh Puan Adira kaku sebentar sebelum dia menghempas gelas kasar .

"Kau ada nampak bapak kau kat sini?!"

Alya terkedu melihat wajah maknya Tiba-tiba sahaja marah.

Alya menggeleng kepala.

Takpe, kita tanya sampai puas.

"Mana Ayah? "

"Kau makan je boleh tak?! ", sejurus itu Puan Adira bangun bersama pinggan kotornya.

"Kenapa Alya tak jumpa Ayah walau sekali pun sejak minggu lepas? Kalau ye pun kerja, kenapa busy sangat? Ayah bukan ke kerj-"

ALYA : fight for CahayaWhere stories live. Discover now