¦¦ 10 ¦¦

67 6 0
                                    

Setelah mengunci basikal di tiang, Alya masuk ke dalam rumah. Puan Adira sedang menonton televisyen sambil mengunyah kacang. Alya berlalu ke bilik setelah menyapa Maknya namun macam biasa tidak dilayan.

Alya mencapai tuala yang tergantung itu. Harini hari Khamis dan kelas Alya perlu memakai pakaian sukan.

Dan sekarang badan dia berpeluh teruk dan sangat tidak selesa.

Selesai bersihkan diri, Alya bergerak ke almari pakaiannya. Satu baju t-shirt biru tua kosong yang berlengan pendek diambil dan seluar tracksuit hitam bergaris putih dipakai.

Kemudian, rambut disikat rapi sebelum diikat menjadi ekor kuda.

Baru sahaja dia mahu mencapai beg sekolahnya, pintu diketuk. Alya membuka pintu dan terlihat Maknya berdiri sambil menghulurkan duit.

"Pergi beli garam sepeket dengan minyak masak dua. Kalau ada baki tu kau ambil la nak buat apa pun. "

Alya mengambil duit itu tanpa sempat berkata terima kasih, Puan Adira sudah kembali ke sofa menonton televisyen.

Duit tadi dimasukkan ke dalam poket seluar. Cardigan hitam paras peha yang sentiasa berada di belakang pintu itu diambil.

Tudung bawal hitamnya itu masih dalam mesin basuh.

Alya terpaksa memakai shawl. Almari dibuka kembali dan satu laci ditarik. Alya mencari shawl hitam yang tidak jarang.

Jumpa sahaja shawl itu, Alya melilit di kepala gitu-gitu je. Cardigan tadi dipakai.

Sebelum keluar, sempat dia mencapai kunci basikal di tepi pintu.

••••••••••

Selesai sahaja membayar, Alya berjalan ke basikalnya yang berada di depan kedai. Plastik disangkut pada pemegang basikal.

Sebelum dia pulang ke rumah, Alya melambai Tok Kasim merangkap pemilik kedai runcit itu.

Dalam perjalanan pulang, Alya menyanyi kecil. Hani pernah cakap suaranya macam katak panggil hujan. Tapi dia kesah apa? Hani tu hobi menipu je.

Jangan risau. Alya tahu suara dia sedap sikit dari katak. Jadi, yakinlah untuk menyanyi.

"Little do you know
How I'm breaking while you fall asleep
Little do you know
I'm still haunted by the memories
Little do you know
I'm trying to pick myself up piece by piece
Little do you know
I need a little more time"

Alya berhenti sebentar. Di hadapannya ada dua buah kereta mewah. Itu dia tak kesah. Yang dia kesah, kereta itu berhenti di hadapan rumahnya.

Alya tahu tu bukan kereta Puan Hafisah. Atau kereta kawan Mak yang lain.

Mak..

Mak!

Alya mengayuh laju dan berhenti di belakang salah satu kereta tersebut. Dia turun dan terus membongkokkan badannya. Alya cuba mengintai apa yang sedang berlaku.

Ada seorang lelaki dewasa sedang bercakap dengan Mak dan ada lagi 4 orang lelaki berbadan sasa di belakangnya.

Muka Mak nampak ketakutan. Boleh nampak dari sini tangan Puan Adira menggigil. Alya semakin risau apabila lelaki itu seperti cuba masuk ke dalam rumah.

Alya mencari apa - apa yang boleh dijadikan senjata. Terdapat satu kayu besar di dalam longkang. Alya mengambil dan terus menyorok di belakang kereta tadi.

Kaki melangkah keluar perlahan-lahan. Walaupun lututnya tengah goyang, dia kesah apa? Mak dia dalam bahaya sekarang ni.

Lelaki tadi tiba - tiba menolak Puan Adira kuat sehingga jatuh terduduk. Alya terus menjerit kuat.

ALYA : fight for CahayaWhere stories live. Discover now